Terpanaku dengan JKKK


Cuti universiti pada minggu itu hanya tiga hari,namun ku pulang jua ke kampung halaman untuk melengkapkan borang permohonanku. Benda yang paling merumitku adalah tandatangan pengesahan yang hendaklah dibuat oleh JKKK/ Ketua kampung/ Pihak yang dibenarkan oleh penajaku.

Aku mengharapkan bantuan adikku untuk menghantar borang tersebut kepada JKKK yang terdekat. Aku liat untuk pergi sendiri lantaran sikap pemimpin UMNO itu terkenal dengan dengusan yang tidak menghormati penyokong pembangkang.Pernah sahaja aku tersempak dengan ketua kampung di tepi jalan, ku ukirkan senyuman saat mata kami bertentangan namun langsung tak dibalas malah aku dijelingnya.

Usai adikku balik dengan hampa membawa khabar bahawa surat tersebut tidak mahu ditandatangani oleh JKKK tersebut yang selama ini sudah berkali-kali menandatangani apa sahaja borang yang kami serahkan kepadanya. Berlainan bagi kali ini, dia menyuruh aku mendapatkan tandatangan JKKK bahagian kampungku.

‘’Alamak! Banyaknya JKKK.Agaknya berapa orang yang dilantik menjadi JKKK ni! “hatiku berdengus kecil.

Pada mulanya aku mengambil keputusan untuk membiarkan ruangan itu kosong sahaja lantaran ia boleh ditandatangani oleh pihak penajaku sendiri namun keputusan itu mula bertukar arah sebaik sebelum aku bertolak ke kampusku. Menyerahkan borang yang lengkap diisi tapi kosong di bahagian tandatangan mengambarkan aku membuat kerja separuh jalan.

‘’Persediaan mental dan fizikal!’’ hatiku kuat mengingatkan setelah keputusan ke rumah JKKK diambil.
Dengan membonceng dibelakang kakakkku,kami mengukur jalan mencari-cari kawasan letak rumahnya. 

Tiba-tiba akak memberhentikan motorsikal di hadapan sebuah rumah.

“Rumah kayu? Tanpa pagar? “ Mataku beralih pula pada halaman rumahnya.“Berkebun?”Bertubi-tubi persoalan muncul di segenap bibirku.Baru sahaja aku ingin turun,akak yang  menekan brek minyak motorsikal itu menyebabkab aku terhuyung-hayang dalam penasaran.Hampir sahaja aku terjatuh!
“Kenapa turun? Takkanlah ini rumah dia!” dengus akak yang kembali menggerakkan roda tayar kenderaan berenjin itu.
Seorang pemuda yang berada di laman rumah itu memerhatikan gelagat kami. Mungkin agat kuat kami menjerit  tadi.Tersipu-sipu aku malu sambil mengalihkan pandangan.

Akhirnya, impian menjadi kenyataan apabila kami tiba di sebuah rumah yang lebih besar daripada rumah-rumah di sekitar itu. Terpampang signboard  besar dibirai jalan masuk istana kampung itu yang tidak janggal lagi untuk dilihat setelah jawatan JKKK ditubuhkan.Bewarna biru terang, terpampang di atasnya nama kampung bersama logo UMNO.

‘’Assalamualaikum”,aku menelan air liur.

Sunyi.Pintu terkunci rapat. Sekumpulan anak kecil memecah ombak kesunyian petang berhampiran rumah tersebut.

“Wa’alaikumussalam”,seorang lelaki berumur 20-an muncul dari sisi rumah dengan berseluar jeans pendek .

Aku memandang akak,mengharapkan dia tolong membuka mulut buatku.Serius! Sebenarnya aku menghadapi masalah berkomunikasi dengan lelaki terutama pemuda. Hatiku berdebar kencang. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja aku menjadi sangat segan malah  sering kali lidahku mengulit tanpa suara apabila berhadapan dengan kaum adam.

Namun signal itu gagal dikesan akak.Mata si pemuda tersebut yang memandang tanpa had maksima mengundang reaksi ketidakselesaanku.sambil memandang ke arah pintu masuk rumah tersebut ,aku bertanyakan sama ada rumah ini kepunyaan JKKK atau sebaliknya.

Dia mengia-iakan soalanku sambil melaung-laung memanggil kedua-dua orang tuanya yang berehat di beranda sisi rumah. Aku sempat menjengah di sisi rumah, lelaki yang berusia sekitar 50-an itu cepat-cepat menyarungkan T-shirt merahnya manakala wanita yang berambut panjang disisinya itu bangkit daripada kerusi. aku menjadi tumpuan pasangan suami isteri itu.

“Persediaan mental dan fizikal!!!’’ Semakin kuat hatiku mengingatkan.

Wanita yang berseluar panjang itu melontarkan senyum manis sejurus membuka pintu banglo itu. Terseketika aku di terpinga-pinga

“Err senyuman?”desus hati kecilku.Secepat kilat urat-urat mukaku tergopoh-gapah membalas senyuman sambil batang kakiku menghampirinya.

Bagaikan robot yang disuruh berhenti, kakiku terpaku di sisi tangga rumah batu itu. Aku terfikir-fikir sama ada untuk naik ke rumahnya atau tidak. Terseketika fikiranku melayang.

Pernah akak ke rumah ketua kampung, bukannya dijemput masuk malah dibiarkan sahaja berdiri di kaki lima sementara borang ditandatangan.Tetamu yang datang selepas kedatangan akak  berasa hairan melihat akak berdiri di hadapan pintu yang terbuka.Lalu dia yang menjemput akak masuk. Dengan muka merah padam,akak menaiki tangga dan berdiri di hadapan muka pintu.Sejurus pulang ke rumah, akak menangis sekuatnya. Marah, geram dan malu diperlakukan sedemikian. Aku dan keluarga hanya mampu bersimpati, masing-masing pernah sahaja menjadi  mangsa politik.Semuanya gara-gara ibu bapaku  yang bukan penyokong puak biru, kerap kami dilayan seperti orang yang tidak mempunyai maruah, diherdik,dihina semahu-mahunya.

“Eh, masuklah”,pelawaan wanita yang  berpewatakan ceria mengejutkan aku dari khayalan kisah lalu. 
Usai bersalaman, aku menyerahkan borangku kepadanya tanpa sepatah kata.Lidahku kelu.Hatiku kaget.  Dilayan seenak itu ibarat menjadi tetamu di rumah arab,dimuliakan setinggi-tingginya.

‘’Dia belum kenal aku anak siapa. Mesti langit wajah dia berubah setelah melihat namaku di borang tersebut”,hati aku kuat berprasangka.

Manakan tidak, bapa saudaraku sendiri yang tinggal berdekatan rumah tidak mengenaliku apatah lagi penduduk kampung yang lain. Aku akui, adik-beradikku yang cenderung berada di rumah jarang dikenali di kampung itu. Bahkan sekiranya tetamu datang sekalipun di rumahku, pasti mereka hairan kerana rumahku dihuni ramai anak dara rupanya!

“Anak siapa?’’ senyuman yang terlalu manis menghiasi bibir merahnya membuat aku serba salah hendak menjawab.

Sangkaanku meleset setelah riak ceria wanita sekitar 40-an itu langsung tidak berubah. Malah dia menyebut kembali nama ayahku sambil membelek-belek borangku.Aku terharu,istighfar sahaja yang mendahului punggungku apabila  aku dijemput duduk.Aku menolak kembali segala pahit noda yang pernah keluargaku hadapi.Rupanya tak semua orang UMNO berperangai sebegitu.Aku membetulkan persepsiku.

“Ya Allah! Adab berdakwah adalah bersangka baik terhadap mad’u,tapi di hadapanku sekarang ini bukanlah mad’uku. Maka apalah sebab aku tidak mendahulukan husnu zon dengan mereka. Astagfirullahal a’zim ampuni aku!”penyesalan hati kembali membetulkan fikrahku.

‘’Siapa?’’ satu suara garau mencelah. Lelaki yang berT-shirt merah itu lantas mendekati meja makan di ruang tamu yang luas itu. Aku kembali bangun dari lena kerusi empuk,berdiri menghormati.
Muka kelakiannya yang serius membuatkan aku sedikit berdebar-debar. Sejurus duduk, dia menyuruh aku kembali duduk sambil bertanyakan siapa bapaku. Aku menjawab sopan dengan senyuman dan keyakinan.

‘’Mahu sambung belajar ke mana?” soalnya lagi sambil membelek-belek borangku.

Terseketika aku di awang-awangan. Terasa sungguh asyik dan teruja,aku masih tidak percaya! Oh,sungguh! Aku  tidak percaya! Bahawa sekarang aku bertamu dengan penuh hormat di rumah pemimpin kuat UMNO!!!

“Ustaz Azhar,percayalah! aku dirumah JKKK yang sangat baik!” melodi riangku berbisik. Kenapa aku teringatkan Ustaz Azhar Idrus? Sebab dalam kebanyakkan ceramahnya selalu disebut nama JKKKKKK ini dan hakikatnya aku mengenali JKKK kerana sering kali disebut dalam lawak ustaz.

“ Luar Negara”,jawapan ringkasku mematikan langkah anak lelaki yang menyambut aku tadi,dia merapati meja dan turut serta meneliti borangku. Isterinya lantas menanyakan keputusan SPM ku.

Ketiga-tiga bola mata penghuni rumah itu tersungkur di atas borangku. Bagaikan pelajar terbaik peringkat kebangsaan,aku ditanya dengan pelbagai tips menghadapi peperiksaan dan cara belajar  oleh isterinya yang begitu teruja dengan keputusanku.

‘’Masuk sekolah menengah dengan keputusan 5A ke?” isterinya terus mengorek keputusan peperiksaanku dalam UPSR dan juga PMR.

Aku melayan sahaja kata pertanyaan demi pertanyaan yang singgah pada petang itu. Habis segala latar belakang sekolahku dikhatamkan isterinya. Dilayan dengan sedemikian rupa,aku menjadi sangat gembira. Manakan tidaknya, itulah pertama kali aku berasa ada yang turut bangga dengan kejayaanku selain selama ini hanya dikongsi bersama keluarga,guru-guru dan kawan-kawan sahaja.Tak segan pula aku berceloteh dengan isterinya.Serta-merta aku terasa dihargai pula oleh isterinya yang ringan mulut itu.

“Anak yang tidak berdosa”, celah pak cik JKKK itu setelah asyik membelek-belek borangku dari muka hadapan sampai belakang. Lantas gelak-tawaku bersama isterinya ternoktah di situ sahaja.
Bibirku tertutup rapi, kembali ke bentuk asal,menjadi tepat 180 darjah. Aku terpinga-pinga memahami.  

Terpinga-pinga? Dan memahami?

“Kasihan, anak yang tidak berdosa”,dia kembali mengungkap. Kali ini disambut dengan gelak ketawanya dan anak lelakinya sambil mata mereka masih lagi merayap di atas borangku.

Dan aku masih terpinga-pinga memahami.

---Sebenarnya aku memahami erti kata-kata itu,yang merupakan detik berakhir perasaan teruja berada di kediaman kubu kuat UMNO itu, detik yang mengubah kembali fikrahku terhadap pemimpin itu. Detik di mana lapisan kulit mukaku mula menebal.

---Aku juga terpinga-pinga kerana aku tak sangka saatnya ialah ketika sedang asyik beramah mesra dengan isterinya. Dan yang  sangat membuat aku terpinga-pinga ialah sewaktu melafazkan kata-kata keramat itu, pemimpin UMNO yang liat dengan senyuman tadi tiba-tiba membunyikan hilai tawanya, menguasai ruang udara.

Jantungku berhenti berdetak.Kedua-dua belah tangan dan kakiku yang dari tadi bergerak-gerak kecil mengikut lenggok badan tiba-tiba lumpuh. Aku kaku.Terasa bagai urat sarafku sudah terputus.Air mata bergenang di segenap lurah mata.

Bebola mataku yang tepat memandang kedua-dua lelaki yang ketawa menambahkah perit maungku saat itu.Tak dapat ku bayangkan betapa remuk, hancur luluh ,berkecai hati manusiaku.
Pandangan berairku menoleh ke arah  isterinya. Satu senyuman tawar aku jamah. Isterinya diam seribu bahasa,mungkin memahami hatiku yang juga hati seorang wanita atau mungkin menyetujui kata-kata suaminya itu.

“Tahu kenapa saya kata awak anak yang tidak berdosa?” pak cik itu terus bermain dengan emosiku. “Awak tak berdosa tapi ayah awak!”

Satu perasaan yang aku tak dapat lari,yang mana telah Allah SWT kurniakan untuk setiap hambanya,iaitu MALU, menguasai diriku. Aku langsung tidak mengenakan solekan merah di pipi sebelum keluar dari rumah tadi.

Aku tak dapat berkata-kata. Seandai aku menjawab soalannya nescaya jawapan itu adalah deraian air mataku. Wajahku mencari arah,entah di mana harus kuletakkan. Aku menoleh ke penjuru kiri.Sejambak bunga tersusun rapi di dalam pasu seolah-olah menguatkan perasaanku saat itu.

“Persediaan mental dan fizikal!”,lantaran lalai dengan peringatan diri, hati kembali mengingatkan.

Benar- benar aku merenung ke arah bunga itu ,kemudian aku berpaling  ke arah isterinya sebelum beralih ke arah pemimpin UMNO yang menghina dan anak pemudanya. Aku Berjaya mengesa urat saraf bahagian mulutku membuat satu senyuman kepada mereka. Senyuman palsu!

Aku ikat hatiku, takkan ku biarkan ia melentur walau sesakit mana pun yang aku akan hadapi. Dan aku tahu setiap gelagatku diperhatikan oleh isterinya

“Ayah awak kenal tak saya? Kenapa dia tak mari sekali?”

“Dia tiada di rumah”,aku memberanikan diri untuk mula bersuara.

“ke mana?”,cungkil dia lagi.

“ Entah”,aku menjawab perlahan. Sememangnya aku tidak mengetahui di mana ayahku sekarang.

“ hah?”,dia mengangkatkan telinga tanda tidak mendengar kalamku namun matanya tetap tidak beralih dari borangku sejak dari tadi lagi.

“Tak tahu”, kali ini jawapan tegas,serbuk marah turut kuadun dalam percakapanku kali ini. Dasar kaum yang menghina keluargaku!

 Saat itu anak lelakinya mengangkat muka,bertentang mata denganku.Mungkin kerana perasan yang alunan suaraku dikisar bersama sedikit cili api. Aku mengangkat dagu. Berani merenung.Aku mengetap gigiku. Senyuman yang dibuat-buat sengaja terusku ukir  menandakan kami sekeluarga tak bersalah apa-apa dan tiada apa yang perlu aku malukan.Jauh-jauh aku buang perasaan rendah diri. Pemimpin UMNO perlu diajar!

‘’Ayah awak kerja kerajaan,dapat gaji beribu-ribu dari kerajaan. Tapi lawan kerajaan”,dia meneruskan hujahnya.

Kali ini aku senyum menyindir. Aku tak berniat membalas kata-katanya. Wallah! Andai aku seorang yang tidak pandai menjaga hati orang nescaya telah ku balikkan hujahnya.

“Pak cik oit! Bukannya BN yang bagi duit kat ayah saya,tapi kerajaan. Memanglah sekarang ini kerajaan BN yang memerintah. Tapi kalau Pas memerintah pun, dia akan bagi duit jugak kepada pak cik dan penyokong UMNO yang bekerja kerajaan pun. Pak cik tak reti undang-undang ke?” hati aku kuat berhujah tatkala telingaku mengutip hujah dangkal si pemimpin UMNO itu.

Sepertimana yang UMNO dalam dakwaannya mengatakan bahawa negeri tidak akan membangun seandainya diperintah Pas. Sepertimana itulah aku melenting. Tidakkah mereka melihat Kelantan sebuah negeri maju dan kalau mahukan bangunan sangat -Nah, tengok! -Negeri Kelantan seada-adanya membangun. Malah lubuk membeli-belah di rantau timur Semenanjung Malaysia adalah di Kelantan!

Dan sekira persoalannya, mengapa Negeri Terengganu tidak membangun dan miskin pada pemerintahan Pas- Nah, jawablah si pemimpin terdahulu UMNO!-Bukankah kamu yang enggan menyerahkan harta dan hak Terengganu kepada Pas yang mana telah menang pilihanraya pada waktu itu.Sejajar itu, bukankah kamu layak digelar pengkianat bangsa dan hak rakyat???

Kadang-kadang aku hairan, bagaimana puak-puak mereka boleh menggunakan dalil rapuh kepada penduduk kampung. Pernah suatu ketika calon UMNO yang diletakkan adalah seorang senator wanita berusia dalam lingkungan 30-an. Lalu datanglah dia berkempen kepada penduduk kampung yang rata-ratanya buta huruf.

“Undilah saya! Kasihanilah saya,seorang anak yatim…………”

Mendengar perkataan ‘yatim’ dari mulut seorang wanita berusia 30-an, kami sekeluarga tergelak. Tidakkah dia mengetahui pengertian yatim? Atau sengaja dia memperbodohkan dirinya di hadapan penduduk kampung ?

“ Kalau duit mak ayah, tak boleh kita ke sana. Ini duit kerajaan. Tak mampu mak ayah kita tanggung”, tambahnya lagi.

“ Aha, duit tajaan ***. Hasil duit rakyat”, entah kenapa lidah aku lantas membalas hujahnya itu. Aku sendiri agak terkejut dengan kata-kataku. Terasa berdebar juga seandainya dikatakan kurang ajar.

“Err…Ya.. memang hasil duit rakyat. Tapi…hurmm.. duit ini pun samalah,tetap berada di bawah pentadbiran kerajaan!”, tergagap-gagap dia membalas.

Ya! Aku masih ingat, sebagaimana aku masih ingat hilai tawa dia dan anaknya mengejekku, seperti itulah aku ingat saat dia kematian hujahnya.tergagap mencari idea. –Nah, rasakan! Hatiku puas.
Kadang-kadang aku hairan juga, kenapa boleh sampai dia tergagap-gagap walhal hujahnya baru dicantas sekali, takkan dah mati?? Sebab itu aku rasa, kadang-kadang orang seperti mereka ini tahu bercakap sahaja tanpa dalil dan fakta kukuh. Ditujah angin, melencong ke kiri, dihembus bayu melenggok ke kanan.huh!

“Inipun tak boleh ditandatangan oleh mak ayah ni”,suaranya kali ini lantang bertutur.
Mataku terbeliak.

“Bukannya boleh mak ayah nak sign. Tak boleh ni.”, sambungnya sambil mengecop borangku.

Telingaku yang sedia ada terbuka berhati-hati menangkap kata-kata yang diulang sebanyak dua kali itu. Mataku tidak berkedip.

“Err betul ke pe yang aku dengar nih?” hatiku kuat melontarkan soalan,seolah-olah tak percaya akan apa yang diperkatakan itu
Mahu sahaja aku tamparkan pipiku, memastikan aku tak berkhayal saat itu. Maklumlah diri ini kuat juga berangan-angan. Aku terpandang ke arah isterinya yang dari tadi lagi terpacak di belakang suaminya itu, gelagatnya tak ubah seperti setiausaha yang sedia berkhidmat untuk bos syarikat.

Gelombang tawa di dalam hatiku tak dapat disembunyikan lagi. Menjengah barisan gigi di wajahku bersama hilai tawa kecil yang tak dapat ku tahan saat itu. Aku hampir tergelak! Tak kusangka sempat lagi dia memuji dirinya sendiri. Memuji pangkat JKKKnya itu.

“Alahai pak cik,yelah yelah.Tanpa pak cik tak lengkaplah borang saya. Tapi mulia di sisi manusia apa gunanya tanpa di sisi Allah SWT”, bergelak ketawa jiwa batinku.”Kalau saya tahu macam ini perangai pak cik, saya rela kosongkan sahaja ruangan tu, penaja saya sebenarnya boleh je tandatangan”,aku sebenarnya ingin menyusun ayat, membalas kenyataan riaknya itu namun kupendamkan sahaja niatku. Diam adalah lebih baik. Lalu aku mengangguk-angguk kononnya bersetuju.

Usai menandatangani borang tersebut, dia meminta isterinya yang dari tadi hanya menjadi tunggul kayu dalam babak petang itu untuk fotostat bahagian maklumat keluarga serta maklumat pembelajaran adik-beradikku.
Aku mengerutkan dahi. Pelik. Untuk apa maklumat tersebut difotostat? Tambah mencurigakan apabila bahagian itu sahaja yang difotostat, bukan berkenaan butir peribadiku, bukan jua butir tajaanku.

“Yang tu kakak atau adik? Sekolah mana? “, sapaan ramah yang melilit kembali bibir wanita yang berperibadi menghormati tetamu itu membuatkan aku tak jadi untuk bertanya asbab maklumatku difotokopi.

“ Itu kakak. Dia pelajar U***”, balasku sambil bingkas bangun dari kerusi mewah itu.

“Ooohw!”, isterinya memberi reaksi sambil menjeling ke arah suaminya.”Bagusnya!”,dia menambah sambil menghulurkan borangku.

“Terima kasih”,aku bersalaman dengannya. “Terima kasih.”

“Belajar bersungguh-sungguh. Belajar elok-elok”, pak cik JKKK mengakhiri perbualan.Rentak nadanya perlahan. Dia masih mengharamkan matanya memandangku malah wajahnya pun tak diangkat-angkat sejak dari awal kedatanganku lagi setelah mengetahui latar belakangku.

Aku terjeling seluar anak lelakinya yang separa lutut.”Saya akan belajar elok-elok,pak cik.tapi baik pak cik utarakan dulu kata-kata itu pada anak pak cik tu.”,sekilas hatiku bernada sinis.

“Inshaallah, inshaallah.Terima kasih”,ucapku dengan senyuman di hadapan pintu masuk.Dia langsung tak berpaling.

Sebenarnya sebelum melangkah keluar dari rumah, aku ingin mengungkapkan sebaris kata, bahawa suatu hari nanti aku,anak yang pernah melangkah ke rumah dia akan turut berdosa sama seperti takwilannya terhadap ayahku. Namun kulupakan sahaja niat di hatiku itu lantaran terpesona dengan keramahan isterinya itu. Juga untuk menunjukkan aku hormat pada mak cik itu.

“Kecil je dia,dah nak pergi ke negara orang”,gurau isterinya.

“Owh..hehe..Terima kasih,terima kasih”aku memang suka mengulang ayat yang sama.Aku melangkah mengakhiri babak pedih petang itu.
Demi Allah !

andai ditangan kananku kilat,telah ku panahkan kpd mata yg sombong berpaling tu..
andai dikiriku ribut,telah ku sumbat dlm mulut yg ketawa myindir tu..
andai lidahku tak mhormati org tua,telah ku hamburkan hujah dalilku pd mukanya...
ku pnjat doa agar mrka myedarinya..

Namun di sebalik peristiwa itu, hatiku puas. Walaupun hanya membuka mulut sekali dua di hadapan pak cik JKKK itu namun aku puas kerana dapat membuatnya tergagap-gagap.

Then , should i say....
SERVE U RITE, JKKK?

aha. 
dalam hati je lah ok,
coz ana nak jadi pompuan melayu terakhir..
ahaks??


---------------------------------------------------------------------------------------

Pelajar diharam baiah, demonstrasi?


mari kita tengok muka depan sebuah akhbar yang baru sahaja menggemparkan seluruh rakyat malaysia setelah memaparkan karikatur yang cukup menghina islam.


SEREMBAN 20 Jun - Pelajar yang terlibat dalam gerakan didakwa menghasut untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad ,  selain diajar cara mengadakan demonstrasi haram.
Salah seorang pelajar terlibat dikenali sebagai Ahmad, 18, memberitahu, mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan itu supaya ia tidak dihidu oleh orang lain dan jika mengingkarinya mereka akan ditimpa kecelakaan atau musibah.

Dalam pengakuannya kepada Utusan Malaysia, dia mendakwa program selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 100 pelajar di sebuah ladang terpencil di Kuala Pilah dekat sini pada bulan lalu.
"Upacara baiah itu dilakukan sebagai tanda sumpah setia kami terhadap kumpulan itu dan kami juga dilarang sama sekali untuk membocorkan rahsia kepada umum atau kami akan menerima musibah jika diingkari.
"Majlis ikrar taat setia itu dijalankan di hadapan beberapa ustaz dan fasilitator yang datang dari beberapa buah universiti tempatan," dakwanya.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, sebaik sahaja selesai upacara baiah itu, semua pelajar diajar untuk terbabit dalam demonstrasi bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman mengadakan perhimpunan haram.
Beliau berkata, dalam aktiviti itu, sebahagian daripada pelajar akan berlakon sebagai polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.
"Ketika mengadakan tunjuk perasaan itu, kami diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Kami juga dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.

"Sebaik sahaja aktiviti selama sejam itu berakhir, beberapa fasilitator kemudian memberi ceramah dan menceritakan pengalaman mereka menyertai perhimpunan haram," katanya.
Menurutnya, dia mula berasa curiga selepas menghadiri program itu kerana melihat apa yang dilakukan sudah jauh menyimpang dan menyalahi undang-undang negara.
Sementara itu, sumber dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mengesahkan pernah wujud gerakan militan di sebuah maahad di Kuala Pilah.
"Kita tahu kehadiran beberapa pemimpin ekstremis di maahad berkenaan dan kita pantau perkembangan itu sehingga kini.

"Kita juga menyiasat dakwaan sekolah agama di Tampin yang dipercayai menanamkan kebencian kepada kerajaan dan mengajar demonstrasi kononnya atas jemputan program motivasi," kata sumber itu.