Showing posts with label loVe fUnnY. Show all posts
Showing posts with label loVe fUnnY. Show all posts

Meratah Minda

Tiba-tiba sahaja saya dituduh judgemental person, saya bengung. Pernahkah saya membuat apa-apa kenyataan kepada mana-mana tokoh agama sebelum ini ?

Tiba-tiba saya dipersoalkan tentang pendapat dan belum pun saya menyatakan hujah pandangan, sudah pun diterpa "JANGAN CEPAT MELATAH". Sedangkan saya belum berkata atau menyatakan hitam putihnya.

Saya heran, bingung jadinya.

Seolah-olah dia sedang memarahi saya ?
Atau dia sedang menguji minda saya ?
Atau dia memancing fikrah saya ?

Saya tak pasti. Tapi semangat saya tidak akan luntur begitu sahaja.
Saya suka mengkaji dan akan terus mengkaji.

Bahkan saya jadikan hal ini sebagai pembakar semangat saya !

Syaikh Abdul Qadir Jailani berkata, hancurnya agama pada diri seseorang muslim adalah karana 4 perkara :


 (1) Tidak mengamalkan apa yang diketahui
 (2) Mengamalkan apa yang tidak diketahui 
 (3) Tidak mencari tahu apa yang tidak anda ketahui 
 (4) Menolak orang yang mengajarkan apa yang tidak anda ketahui.

Saya tidak akan berikan sebarang pendapat mengenai hal yang saya tidak tahu. Sepastinya saya akan mengubah perkara yang saya tidak tahu menjadi tahu.

Saya juga tidak akan menyatakannya tanpa pendapat serta dalil.

DAN

Saya cukup hairan akan kenyataan yang tidak dinyatakan sekali berserta hujah dan dalil.

Saya kira, sesuatu pendapat itu, mana mungkin jika tanpa berpaksikan SEBAB. 
Mana mungkin ya kita boleh taqlid dalam sesuatu hal.

Nadhi is always cheers and fears.

Pelajar diharam baiah, demonstrasi?


mari kita tengok muka depan sebuah akhbar yang baru sahaja menggemparkan seluruh rakyat malaysia setelah memaparkan karikatur yang cukup menghina islam.


SEREMBAN 20 Jun - Pelajar yang terlibat dalam gerakan didakwa menghasut untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad ,  selain diajar cara mengadakan demonstrasi haram.
Salah seorang pelajar terlibat dikenali sebagai Ahmad, 18, memberitahu, mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan itu supaya ia tidak dihidu oleh orang lain dan jika mengingkarinya mereka akan ditimpa kecelakaan atau musibah.

Dalam pengakuannya kepada Utusan Malaysia, dia mendakwa program selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 100 pelajar di sebuah ladang terpencil di Kuala Pilah dekat sini pada bulan lalu.
"Upacara baiah itu dilakukan sebagai tanda sumpah setia kami terhadap kumpulan itu dan kami juga dilarang sama sekali untuk membocorkan rahsia kepada umum atau kami akan menerima musibah jika diingkari.
"Majlis ikrar taat setia itu dijalankan di hadapan beberapa ustaz dan fasilitator yang datang dari beberapa buah universiti tempatan," dakwanya.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, sebaik sahaja selesai upacara baiah itu, semua pelajar diajar untuk terbabit dalam demonstrasi bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman mengadakan perhimpunan haram.
Beliau berkata, dalam aktiviti itu, sebahagian daripada pelajar akan berlakon sebagai polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.
"Ketika mengadakan tunjuk perasaan itu, kami diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Kami juga dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.

"Sebaik sahaja aktiviti selama sejam itu berakhir, beberapa fasilitator kemudian memberi ceramah dan menceritakan pengalaman mereka menyertai perhimpunan haram," katanya.
Menurutnya, dia mula berasa curiga selepas menghadiri program itu kerana melihat apa yang dilakukan sudah jauh menyimpang dan menyalahi undang-undang negara.
Sementara itu, sumber dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mengesahkan pernah wujud gerakan militan di sebuah maahad di Kuala Pilah.
"Kita tahu kehadiran beberapa pemimpin ekstremis di maahad berkenaan dan kita pantau perkembangan itu sehingga kini.

"Kita juga menyiasat dakwaan sekolah agama di Tampin yang dipercayai menanamkan kebencian kepada kerajaan dan mengajar demonstrasi kononnya atas jemputan program motivasi," kata sumber itu.