Showing posts with label modul. Show all posts
Showing posts with label modul. Show all posts

Jemaah no 1, akademik bukan no 2

Bandingan antara seorang ustaz yang berkelulusan pondok dan seorang ustaz yang mempunyai PhD, datang menasihati anda. Agak-agaknya mana satu yang lebih kita dengar pendapatnya ?

Nah, jangan menipu diri ! 
Tentu sekali kita akan menumpukan kepada yang mempunyai kelulusan yang diiktirafkan, bukan ?

Walaupun boleh jadi sahaja ustaz yang hanya berkelulusan pondok adalah lebih baik daripada ustaz yang mempunyai pangkat serta status namun tidak dinafikan latar belakang seorang daei itu tersangat penting. Pangkat serta status menjadi cerminan diri, first impression terhadap seseorang.

Dalam lumrah hidup seorang pelajar yang sentiasa sibuk- 
sibuk dengan assignment, sibuk dengan masalah peribadi sendiri, sibuk dengan menyibukkan diri- 
kadang-kadang menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab serta amanat yang dipikul. 

Tanggungjawab sebagai khalifatullah di muka bumi.
Amanah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

"Ah ! Pedulikan ! Sekarang time exam, kita fokus kita punya exam dulu, lepas habis baru kita buat usrah balik, baru senang hati sikit nak bagi ceramah sampai jam 3,4 pagi pun tak apa."

Hakikatnya dakwah dan akademik, bukanlah jongkang-jongkit yang sering kita andaikan.

Eh ?
Siapa boleh jamin, andai kita fokus dakwah, study akan kecundang ? dan siapa pula berani kata andai study di puncak, dakwah perlu slow down ?

Oleh itu, seorang yang memahami tuntutan agama pasti lebih bersungguh-sungguh sebagai seorang pelajar. Malah dalam diarinya tidak wujud istilah "fokus study" dan "futur" kerana study berada dalam ruang lingkup dakwah.

Dalam kehidupan, manusia harus menjaga keseimbangan yang telah Allah ciptakan dan tidak mengurangi sedikit pun keseimbangan yang telah digariskan Allah itu. Allah telah menjadikan dunia ini dalam keadaan yang seimbang dan mengikut fitrah yang telah diperintahkan oleh Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9.
 Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan.
 Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu.
Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan jangan kamu mengurangi keseimbangan itu.
 
Antara keseimbangan yang telah Allah tetapkan adalah:

ü  Allah menciptakan pelbagai makhluk dalam keadaan berpasang-pasangan Allah dan menjadikan adanya syurga dan neraka serta balasan dunia dan akhirat. Kitaran hidup manusia dan ekosistem kehidupan pula terdiri daripada siang dan malam

ü  Manusia secara amnya amat memerlukan kepada keseimbangan seperti mengambil makanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Konsep At-Tawazun penting dalam terapan kehidupan pelajar. Keseimbangan yang ingin dikhususkan adalah keseimbangan diri pelajar itu sendiri yang pada dirinya.

Sifat at-Tawazun ini akhirnya dapat melahirkan pelajar yang tidak hanya mengfokuskan pada perkembangan sesuatu aspek sahaja dan mengabaikan aspek-aspek yang lain.

Bukan itu sahaja bahkan kefahaman ini juga dapat membentuk pembinaan diri pelajar yang kamil dan memenuhi tuntutan muwassofat tarbiyah yang digariskan oleh ulama’.


Memiliki prestasi akademik yang tinggi merupakan satu bonus bagi seorang daei. Janganlah excited dakwah sehingga terlupa tugas seorang pelajar dan janganlah kerana frust dengan result akedemik, dakwah pula ditinggalkan.

Oleh yang demikian, seimbangkan antara kedua-duanya. 
DAKWAH no 1, akademik bukan no 2 !!!

Mana mungkin sesuatu dakwah itu dilakukan sendirian, kan? Ia perlukan jemaah.
Mana mungkin sesuatu misi akan tercapai tanpa suatu organisasi tersusun, kan ?

JEMAAH no 1, akademik bukan no 2 !!!

AKIDAH MUSLIM

(1)  MUQADDIMAH AQIDAH MUSLIM
(A)  Kisah tauladan yg mbincangkan soal Aqidah, Syahidah n hal2 lain yg bkaitan

Ashabul kahfi (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)
*mrk bpgg pd akidah yg btl,tiada Tuhan yg disembah  slain Allah.
*Iltizam n kuatnya pggn dpt dbukti  apabila melarikan diri drpd raja yg zalim
*sembunyi dalam gua
*lari bukan krn takut tp demi aqidah yg ingin dpertahankan


Ashabul Ukhdud

*sgolongan pembesar ngri yg kejam thadap org yg beriman kpd Allah
*mrk mgali parit n myalakan api shingga sluruh parit marak dgn api
*mlakukan pbunuhan kejam thadap org2 yg beriman mrk ked lm api n myaksikan pbunuhan itu dr satu peringkat ke satu peringkat yg lain


(B)pgertian aqidah
*kpercayaan n keimanan yg kuat kpd Alllah yg xterurai dan tputus dlm apa jua keadaan
*bersungguh2 n bpegang kpd Al Quran n as Sunah n mlaksanakan did lm khidupan
-al BAQARAH :256-

(c)konsep tauhid

*asas aqidah=tauhid
*beri’tikad ,pcaya n yakin Allah itu MAHA ESA n tiada yg sekutu bagiNya
-al IKHLAS :1-4

(D) Pembahagian tauhid

1)tauhid rububiyyah

*beri’tikad n mgaku bhw Allah SWT yg Esa shj MENCIPTA sekalian MAKHLUK N ALAM ini.
=pmilik makhluk,pberi rezeki,ptadbir skalian alam

*diiktiraf oleh sume gol manusia sma ada islam/kafir kcuali golongan atheis yg xpercaya ada tuhan
-Al-mukminum:84-85

2)Tauhid uluhiyyah

=mgi’tiqad n beriman bhw Allah swt YG LAYAK DISEMBAH  n XLEH MYEKUTUKANNYA  dgn ssuatu
*bhak dsembah,dikasihi,tmpt harapn,pmohonn,doa
*dpanggil juga tauhid ibadat
*Apbila seseorang beriman dgn tauhid uluhiyyah,scara AUTOMATIK DIA AKN BERIMAN DGN TAUHID RUBUBIYYAH N ASMA UL SIFAT
-al FATIHAH :4

3)Tauhid asma’ wa sifat

=mi’tiqad n mgaku bhw Allah swt bsifat dgn SIFAT2 KESEMPURNAAN n MAHA SUCI dr sifat2 kekurangan n Allah mpunyai 99 NAMA DGN KEBESARANnya
-AL a’raf:180

(E)konsep syahadah
=penerangan,pkabaran,pernyataan
*org yg bersyahadah dipanggil saksi,krn  dia mkhabarkan / mberitahu apa yg dii;tiqadkan olehnya.
Kalimah syahadah mgandungi Iqrar(pgakuan) ,I’tiraf(pengiktirafan) ,I’tiqad(kpercayaan)

-nafi -
*kalimah LA ILAH=TIADA TUHAN mrupakan pgakuan keimanan bserta penafian bhw tiada suatu yg layak dsembah  kcuali  Allah.

-isbat-
ILLALLAH=MELAINKAN ALLAH mrupakan penegasan dan pgecualian / ‘ithbat dgn menolak Tuhan slain Allah n menegaskan keEsaan Allah.

(F)pengertian ilah

1. ILAH SBG TEMPAT  TUMPUAN N MATLAMAT PENGABDIAN
=ssorg muslim mestilah mbentuk hidupnya agar sentiasa berada dlm Ubudiyah kpd Allah

2. ILAH SBG TMPAT PLINDUNGAN
=tiada siapa yg mampu mberi perlindungan selain Allah. Segala perlindungan yg dberikan oleh makhluk adlh bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah.Allah bebas menarik keizinanNya bila2 masa shj.

3. KASIH SAYANG

#nota#
Amal AN-NAS : bg yg ada lintasan hati bisikan syaitan
Mathurat: pendinding Muslim
Xdigalakkan baca bible @ pengetahuan agama lain.(kcuali ada kajian)

 WALLAHU ‘ALAM