Memakan Benci dan Marah

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ 

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari 
(Saidina Ali)

Dalam kehidupan dunia yang bermasyarakat, memang tidak dinafikan mempunyai sahabat merupakan satu keperluan bagi setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat hanya merugikan diri sendiri lantaran sememangnya kita manusia lemah memerlukan bantuan, fitrah luahan rasa dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
 ”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”
(Surah an-Nisa ayat 28 )

Faktor ini juga melogikkan kita supaya tidak bersifat sombong atau "cari pasal" pada mana-mana insan. Sekiranya gagal mencari kebaikan seseorang yang mungkin kita sangat benci, geram atau meluat yang tak terhingga, sekurang-kurangnya bayangkanlah andai tiba-tiba kita mempunyai situasi terdesak sangat dan hanya dia yang mampu tolong kita ataupun hanya dia sahaja yang berada berhampiran kita untuk memberikan bantuan pada saat waktu berlaku kecemasan pada diri kita secara tak terjangka.

Pada waktu tersebut, punyakah perasaan malu untuk meminta pertolongan kepadanya  ? 
Teragak-agakkah kita untuk meminta pertolongannya

Pada waktu tersebut, terkenangkah kita pada permusuhan yang terjalin ?


Pada waktu tersebut punyakah alasan untuk kita meminta pertolongannya sebagaimana kita punya alasan kuat untuk membencinya ?


Memang sukar seribu sukar untuk menelan kemarahan terhadap seseorang, memang kejang lidah untuk menyapanya kembali, memang pedih hati lebih-lebih lagi andainya dia merupakan sahabat yang pernah mendiami hati kita suatu ketika dahulu.


Letakkan kita ditempatnya, andaikan sahaja kita telah melakukan salah kepada yang lain, tentu sekali kita mahu dia memaafkan kita, kan?


Persoalkan juga diri kita, sudah cukupkah kita merasa benci dan mual dengan musuh-musuh Islam yang tiap-tiap masa mempunyai agenda tertentu untuk merosakkan umat Islam. Mengganas menyeksa dan menghalusi denyutan fikrah umat Islam agar terpesong jauh dari ajaran hakiki.


Sudahkah kita habis memusuhi semua penentang-penentang Islam sebelum kita memusuhi orang Islam (baca saudara) sendiri ?




Dan andai sukar lagi, letakkan tadhiyyah (pengorbanan) dalam hati bahawa setulusnya Allah Maha Menghakimi atas setiap perbuatan dan semoga tadhiyyah ini menjadikan kita hamba yang kuat dalam menghadapi sebarang kesulitan lagi.


Sekiranya kita benar-benar tidak mahu sebarang tali silahturrahim dan tali ukhwah islammiyyah terputus, janganlah sesekali mengenangkan permasalahan dan perkhianatan yang terjadi kerana hal itu memungkinkan bisikan syaitan untuk semakin membencinya. 


Bahkan dalam unjuran dakwah, seorang daei perlu mendahului sikap memaafkan dan memohon keampunan. Sunnatullah ini sebenarnya dapat meneutralkan kembali perhubungan kita dengannya.


Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu),
dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
[Ali Imran : 159]


Teringat surat mesej ukhwah yang dinukilkan di atas sekeping tisu yang diberi sebelum sahaja ana melangkah pergi dari suatu tempat. Tempat yang sangat lama ana diami dan selama itu juga terasa bahang baraan daripada insan lain yang menyimpan rasa benci dan melayangkan fitnah.


Dihiraukan sahaja perbuatan mereka walau hakikat di hati sangat perit untuk bergaul kembali dengan mereka, untuk menyapa mereka setiap kali bertembung lantaran nama sudah hitam dimata manusia gara-gara perbuatan mereka.


Terkadang perasan bahawa syaitan sengaja memutarkan ingatan ana pada peristiwa itu walaupun sudah banyak kali ana melupakannya. 


Ibrah zaman nabi dan rasul tersemat rapi.




Mana mungkin ana tidak boleh sabar lantaran Nabi Muhammad SAW sangat menyantuni dalam sosialnya walau dipulau, walau dihina dan walau disakiti hati dan diri sedangkan sekiranya dibandingkan dengan permasalahan dan situasi kita, ia hanyalah sesuatu yang meremehkan sahaja.


Remeh-temeh.


Akhirnya Allah mengurniakan hadiah yang tersangat istimewa apabila menyedarkan mereka tentang hakikat sebenar yang berlaku tanpa perlu ana jelaskan apa-apa, tanpa perlu ana berhujah membela diri.


Adakalanya penjelasan itu perlu. Adakalanya penjelasan itu cuma waktu.


Dan ingatlah saat tiada lagi alasan untuk hati manusiamu gagal memaafkan seseorang,renungilah saat baginda rasulullah berada di Taif, dibaling batu sehingga berdarah namun apa kata nabi dalam doanya ?



"Ya Allah. Berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui"
(Riwayat al-Baihaqi)

Pegang dan resapilah di dalam jiwamu bahawa sesungguhnya 
mereka tidak tahu.

Bersangkalah,
Bahawa orang-orang yang menyakiti hatimu itu tidak tahu.
Tidak tahu hati kamu terseksa dengan perbuatannya,
Tidak tahu (jahil) tentang dosa menyakiti hati insan lain,
Tidak tahu apa yang sebenarnya telah terjadi.

Semarakkanlah hatimu dan pujuklah jiwamu dengan peristiwa Taif itu dimana nabi langsung tidak mahu mereka diazabkan walhal penduduk itu telah pun mengkasari baginda.


Sabar, sabar, sabar
Allahu rabbi...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu.)”.
(Surah Ali-Imran: 200)

Walaupun setinggi mana kesalahan yang telah dilakukan, walaupun sebesar mana amanat dia khianatkan maka bersabarlah dan telanlah.

Sejarah telah membuktikan, maka berdoalah agar dikurniakan pangkat pemaaf yang redho akan ujian daripada Allah SWT.


Sesungguhnya Allah bersifat Al-A'ffuwu ( Maha Pemaaf) dan para nabi telah pun melakar sejarah tentang kemaafan.


Apatah lagi kita yang hanya manusia biasa, hamba kerdil yang selalu melakukan dosa dan noda.


Apakah terlalu sukar lagi untuk memafkan ?


Click untuk lihat lebih dekat

No comments: