Akhi,
Asif ana andai pendirian ini
Memberi tamparan hebat buat akhi
Di sini kalam ana berbunyi
Setelah terlanjur kita memasuki
Alam yang berduri
Terhinggap pada hati
Cinta yang dilarangi
Di lubang duniawi
Perjalanan ana ke sini
Bukan untuk natijah ini
Ketahuilah akhi
Diri ini bukan lemah untuk diratapi
Tapi pejuang seolah serikandi
Yang harus teguh berdiri
Beritahu ana , akhi
Sedalam mana cinta telah bersemi
Seolah hebat mengalahkan naluri
Adakah sanggup akhi temani
Andai ana dipanggil Ilahi ?
Beritahu ana , akhi
Sekuat mana cinta telah berputik
Seolah bisa melawan detik
Adakah sanggup akhi memetik
Andai iman ana sudah tercarik ?
Beritahu ana , akhi
Setulus mana cinta kita
Seolah takdir itu milik kita
Padahal maksiat menang bertakhta
Di akhirat cuma derita
Sanggupkah akhi pergi meminta
Dosa ana untuk dibahagi rata ?
Aduhai indahnya ana mengenangkan
Yang diikat atas nama Tuhan
Sebuah perkenalan
Ketika sama-sama di medan perjuangan
Aduhai manisnya kenangan yang terjalin
Seolah sekeliling kita diterangi lilin
Namun tercemar diragut malin
Kerana hakikat terseksa batin
Ayuh, bangkitlah wahai mujahidku
Pergilah berdagang sampai laku
Biar penuh iman di saku
Jangan mengalah terduduk kaku
Nafikan semua antara kita
Yang berlaku hanyalah pusaka
Sebuah harta untuk menusia leka
Dari syaitan orang ketiga
Cukuplah di sini kita berbicara
Soal hati yang berduka lara
Antara kita bukan sesiapa
Melainkan cuma pertemuan biasa
Dan dijadikan syaitan sebagai mangsa
12 comments:
Sulaman kata2 yg indah..
ecece kak nadhiiii =P nice btw =D
makin lama , ana brdebar menatap coretan nti.. adakh ana trlepas sesuatu yg menyedihkn dlm hdup nti?..
shuuuuuuupp..tutp lampu, sume boleh tido- arahan warden.hehehe
nadiku mulai berentak laju...apakah tafsiran sebalik kata2mu?? Masya Allah...take care my der...:)
love to read :) teruskan mentarbiyah shbt2/ follower2 eh :)
:thumbs up:
nice post,k. nadhi...
rindunye nk tgk k. nadhi kat shams balik...
nadhi.... :)
nadhi diam2 shj :P
terbaiklah.. n_n
Alhamdulillah all of u love it
Post a Comment