cara cari titik persamaaan

Berkata seseorang yg kononnya tegas dlm prinsip agama " innaha bid'ah ! (Sesungguhnya ia adalah bidaah ! ) ", "itu haraaaam !" 

Teringat balik malaysia beberapa bulan lepas, buat 'yg lain sikit je' dituduh syiah dan wahabi (dalam hatiku terasa kesian juga kat syiah dan wahabi,semua yg dianggap sesat dikaitkan dgn mereka)

soalan : Bagaimana untuk terangkan kepada orang awam bahawa Tujuan syariat dapat dilaksanakan dengan pelbagai wasilah (cara).

1. Bezakan antara tujuan dan cara

tujuannya = menutup aurat
cara = pakaian harian / telekung sembahyang

2. Boleh pelbagaikan cara untuk capai tujuan yang satu. bermaksud boleh guna apa-apa sahaja cara untuk capai tujuan menutup aurat.


contoh jika ditanya : "eh kenapa solat tak pakai telekung sembahyang ?" 

Kain telekung yg memang terkenal di Asia tenggara seolah-olah menjadi wajib utk ibadah solat. Sekiranya seorang muslimah memakai pakaian biasa dan menutup aurat, iaitu cukup syarat utk menunaikan solat lalu ditunaikan solat dengan pakaian yang dipakai. Namun ia kelihatan janggal oleh orang awam yang rata-rata akan mengenakan telekung sembahyang yang disediakan di masjid/musolla. Payah utk fahamkan orang awam yg memang sebati dgn ssuatu perkara dgn perkara yg baru

Kadang-kadang si penanya terdiri daripada orang awam yang baru melihat perkara yang dianggapnya bertentangan dengan uruf masyarakat, ataupun seorang yang jahil yang cuma mengikut-ikut akan apa yang biasa dilihat lalu apabila melihat sesuatu yang baru, dia akan mengganggap itu sesat atau ajaran bertentangan. Tugas kita adalah bersabar dan menerangkan dengan baik, menggunakan pertimbangan akal tentang kekeliruan yang dihadapi serta mencari keuzuran faktor( akan diterangkan dalam post akan datang insyaallah) yang menyebabkan si penanya bertanya sebegitu tanpa memarahi si penanya. Juga perlu bijak dalam menerangkan sesuatu perkara mengikut kemampuan berfikir seseorang , misalnya memberi kenyataan menggunakan prinsip kaedah tadi. 

(1)  " saya tak bawa telekung solat dari rumah"

Menunjukkan bahawa telekung bukan sesuatu yg wajib/dhoruri utk menunaikan solat bahkan hanya salah satu cara untuk mencapai tujuan. Malah sekiranya pendengar seorang yang dapat menafsir kata-kata dengan baik, dia akan menangkap bahawa kita sedang membezakan antara tujuan (menutup aurat utk solat) dengan cara (?). Cara apa yang kita gunakan untuk tutup aurat ?

(2) kemudian tambahkan "Cuma stokin yg saya pakai ini dapat tutup kaki saya" 


Bermaksud tutup kaki ( dan berpakaian yang menutup aurat) adalah memenuhi cara untuk mencapai tujuan tadi.Pendengar akan faham bahawa kita tidak cakna/perlukan telekung solat semata-mata untuk solat.

Insyaallah, cara kita mencari titik persamaan dalam setiap hal atau dalam menerangkan perkara khilaf yang menjadi percanggahan adalah sangat penting. Dengan ini dapat mengelakkan pertelagahan yang tak bermanfaat kerana Islam datang untuk memberi rahmat dengan penerangan tentangnya. 

segala khilaf qaul, mazhabiyah, mutasyabihaat dll patut diremehkan dgn memandang besar kebersamaan objektif setiap gerakan iaitu menegakkan islam yg satu.sy merancang utk satu kebersamaan jika diterima krn pengakhiran khilaf yg memecah-belahkan akan menjumpai satu tauhid yg sama

terutama pada orang awam yang tidak belajar agama secara khusus, tersangat penting untuk terangkan yang ASAS sebelum yang furuq( perkara cabang dalam agama)


Jadi kawan-kawan, jangan gaduh-gaduh sebaliknya kita cuba untuk memahamkan keadaan ^_^ peace no war