Alhamdulillah akhirnya berjaya menamatkan satu kursus yang menjadi ke'fobia'an ramai lebih-lebih lagi mereka yang membangkang terapan sekularisme yang selalunya dijadikan kerajaan sebagai medium rasmi dalam pelaksanaan sesuatu modul atau program selama 5 hari di Kem Bina Negara.
Saya akui, saya menghadirinya tanpa sebarang persiapan ilmu sejarah dan Gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri kita. Saya hanya mempunyai sedikit ilmu sejarah yang sudah saya ingat-ingat lupa sewaktu belajar di sekolah menengah setahun yang lepas.
Sebelum berangkat, ramai yang mengingatkan saya supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa agenda yang akan dimasukkan ke dalam fikiran saya nanti. Tak kurang pula BTN ini digelar sebagai mesin basuh yang fungsinya mencuci fikrah individu untuk pro kerajaan.
Ramai yang bertanyakan pendapat saya mengenai hal ini. Saya tidak dapat memberi apa-apa pandangan lantaran saya sendiri tidak tahu cara pelaksanaan dan bentuk kem ini walaupun saya pernah mendengar luahan hati peserta yang pernah menghadiri kem ini. Namun bagi saya, tak wajar andai saya memberikan pendapat dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Mungkin penganjur mempunyai sebab tersendiri mengenai modul yang diwujudkan.
Saya fikir, tak perlulah kita berfikiran kolot dengan mendengar khabar angin dan mendengar sesuatu yang belum lagi kita lalui. Sesuatu yang kita mahu nilaikan, perlulah lebih terbuka dengan ilmu pengetahuan yang ada, bukannya pakai hentam kromo sahaja.
Belum sahaja bermula modul kem, ada yang sudah pandai-pandai membuat andaian bahawa ia berteraskan pro kerajaan dan lebih tepat lagi jika disebut Barisan Nasional. Walhal tiada satu pun slot yang menghasut para peserta ke arah kepartian itu.
Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, modul yang kami (bakal mahasiswa luar negara) adalah modul yang terbaru dan kami dikatakan merupakan batch pertama yang melaluinya.
Mudah dan simple sahaja.
Itu yang dapat saya gambarkan, antara kem yang sudah banyak saya lalui, antara kem yang saya kendali dan antara modul kem yang saya pernah buat dan selami, inilah modul kem yang paling ringkas dan halus.
Paling menarik, fasilitator yang dibekalkan kepada kami merupakan mereka yang menggunakan hujah agama dan sebahagiannya bergelar ustaz.
Mungkin kerana dibuat pada bulan Ramadhan ?
atau
Mungkinkah juga kerana peserta kebanyakkannya berlatar belakangkan sekolah agama dan mengambil jurusan agama di Timur Tengah ?
Allahu a'lam
Setiap kali sebelum sesi Wacana Minda, lagu ini dinyanyikan sambil menonton tayangan video di skrin putih. Lagu 1 Malaysia ini boleh saya kategorikan sangat best. Rancak dan benar-benar boleh menaikkan semangat kewarganegaraan bagi sesiapa yang menghayati liriknya. Tambah pula apabila melihat video nyanyian itu (klik video di atas), sungguh menggambarkan suasana harmoni dan aman damai rakyat berbilang kaum di Malaysia dan cukup untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadhan kami !
Kami didedahkan dengan pengetahuan negara melalui tiga slot Wacana Minda yang hanya berlangsung selama 6 jam dan selebihnya kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk slot diskusi selama 18 jam.
Riadah hanya dijalankan setiap pagi selama sejam sahaja manakala riadah petang langsung dibatalkan kerana mengambil kira bulan Ramadhan walaupun hakikatnya kami peserta sangat kecewa kerana tidak dapat meneroka hutan dan bukit-bukau di sekitar kawasan itu.
Secara keseluruhan, modul riadah tidaklah berat sangat cuma peserta wanita agak keberatan lantaran ia dilakukan bersebelahan dengan peserta lelaki. Terpaksalah kami bertunggang-tonggek di hadapan lelaki. Tak mengapa kerana kita semua adalah 1 Malaysia.
Semua peserta dikehendaki lulus kem Biro Tata Nagara ini. Markah dikatakan dinilai melalui semua aktiviti dijalankan dan pada hari terakhir kami dikehendaki ujian sebanyak menjawab 40 soalan. Ini bermakna 60% dinilai dari segi penglibatan manakala 40% lagi melalui peperiksaan soalan objektif yang dijalankan secara 'open book' selama sejam.
Sekiranya gagal, peserta dikehendaki menjalani sekali lagi kem Biro Tata Negara ini sebelum diluluskan menyambung pelajaran ke luar negara. Namun, jangan risau, peratusan yang gagal hanya sedikit sahaja.
Gagal di sini bermaksudkan andai gagal mengikuti aktiviti yang dijalankan dan juga gagal menghayati modul kem ini. Tersiratnya di sini, janganlah kita menggagalkan diri dalam menyokong gagasan kerajaan. Walaupun kerap kali fasilitator menekankan dan menyatakan sifat keterbukaan mereka dalam menerima pandangan dan pendapat para peserta namun jangan lupa akan pesanan-pesanan ini.
Penyelaras program selalu mengulangi ayat yang saya sangat suka menghafalnya,
" Ingat, sebelah kaki dah di Timur Tengah, sebelah lagi adalah penentuan di sini"
Setiap aktiviti yang kami rasa agak janggal untuk menjalankannya, fasilitator akan mengingatkan,
"Setiap penglibatan kamu diambil kira. Setiap daripada kamu dinilai secara individu. Ha, sporting sporting."
Maka konsep "sporting" diguna pakai di sini.
Joget dan nyanyian yang melalaikan ?
Ada yang mempersoalkan hal sebegini dalam pelaksanaan modul walhal fasilitator berstatus ustaz yang berada di situ tak mempersoalkan apa-apa pun.
Berlagaknya peserta-peserta itu, kan ?
Maka pada saat umat Islam berlumba-lumba mengerjakan ibadah dalam bulan barakah ini, kami pula menghidupkan malam kami dengan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan sehingga saya sendiri gagal mengawal perasaan lantaran sangat terharu dengan sportingnya fasilitator perempuan yang kadang-kala menggoyangkan badan menghayati lagu patriotisme.
Fasilitator pula bijak dalam melontarkan pendapat dan mereka sangat peramah pada setiap masa.
" Ambil bidang apa di sana (luar negara)", soal seorang fasilitator.
" Bidang syariah islam", balas seorang peserta.
" Buang masa!", tegur fc tersebut. " Ambillah bidang doktor, engineering ! "
Pengetahuan mereka yang tinggi benar-benar menarik minda saya walaupun kadang-kadang fakta yang dinyatakan bercanggah dengan pengetahuan yang saya dapati di kelas-kelas agama.
Apabila salah seorang peserta mempersoalkan undang-undang di Malaysia- kata fasilitator,
Untuk mendapatkan kerjasama peserta dalam melakukan aktiviti yang kontra dengan diri peserta yang berlatar belakangkan agama, fasilitator wanita yang gagal memahami tatacara berpakaian dalam Islam menyatakan,
" Saya faham mana yang boleh dan tak boleh dalam Islam." Selepas itu kami diajar nyanyian lirik cinta yang romantika. Lirik cinta jiwang karat dua insan ! Wah, romantik sekali ! Macam karaoke rasanya !
Sangat best !
Pelbagai perkara yang julung kali saya melakukannya telah saya rasmikannya di sini. Saya teresak-esak terharu kerana mendapat ilmu baru dan lebih-lebih lagi ia dilakukan pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Pada akhir BTN saya sempat mencoretkan sedikit tinta-tinta terakhir buat fasilitaor BTN.
" " "
Shukron jazilan kerana mengadakan kem Biro Tata Negara ini yang mengajar saya beberapa perkara :
Saya akui, saya menghadirinya tanpa sebarang persiapan ilmu sejarah dan Gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri kita. Saya hanya mempunyai sedikit ilmu sejarah yang sudah saya ingat-ingat lupa sewaktu belajar di sekolah menengah setahun yang lepas.
Sebelum berangkat, ramai yang mengingatkan saya supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa agenda yang akan dimasukkan ke dalam fikiran saya nanti. Tak kurang pula BTN ini digelar sebagai mesin basuh yang fungsinya mencuci fikrah individu untuk pro kerajaan.
Ramai yang bertanyakan pendapat saya mengenai hal ini. Saya tidak dapat memberi apa-apa pandangan lantaran saya sendiri tidak tahu cara pelaksanaan dan bentuk kem ini walaupun saya pernah mendengar luahan hati peserta yang pernah menghadiri kem ini. Namun bagi saya, tak wajar andai saya memberikan pendapat dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Mungkin penganjur mempunyai sebab tersendiri mengenai modul yang diwujudkan.
Saya fikir, tak perlulah kita berfikiran kolot dengan mendengar khabar angin dan mendengar sesuatu yang belum lagi kita lalui. Sesuatu yang kita mahu nilaikan, perlulah lebih terbuka dengan ilmu pengetahuan yang ada, bukannya pakai hentam kromo sahaja.
Belum sahaja bermula modul kem, ada yang sudah pandai-pandai membuat andaian bahawa ia berteraskan pro kerajaan dan lebih tepat lagi jika disebut Barisan Nasional. Walhal tiada satu pun slot yang menghasut para peserta ke arah kepartian itu.
Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, modul yang kami (bakal mahasiswa luar negara) adalah modul yang terbaru dan kami dikatakan merupakan batch pertama yang melaluinya.
Mudah dan simple sahaja.
Itu yang dapat saya gambarkan, antara kem yang sudah banyak saya lalui, antara kem yang saya kendali dan antara modul kem yang saya pernah buat dan selami, inilah modul kem yang paling ringkas dan halus.
Paling menarik, fasilitator yang dibekalkan kepada kami merupakan mereka yang menggunakan hujah agama dan sebahagiannya bergelar ustaz.
Mungkin kerana dibuat pada bulan Ramadhan ?
atau
Mungkinkah juga kerana peserta kebanyakkannya berlatar belakangkan sekolah agama dan mengambil jurusan agama di Timur Tengah ?
Allahu a'lam
Lagu 1Malaysia
Kami didedahkan dengan pengetahuan negara melalui tiga slot Wacana Minda yang hanya berlangsung selama 6 jam dan selebihnya kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk slot diskusi selama 18 jam.
Riadah hanya dijalankan setiap pagi selama sejam sahaja manakala riadah petang langsung dibatalkan kerana mengambil kira bulan Ramadhan walaupun hakikatnya kami peserta sangat kecewa kerana tidak dapat meneroka hutan dan bukit-bukau di sekitar kawasan itu.
Secara keseluruhan, modul riadah tidaklah berat sangat cuma peserta wanita agak keberatan lantaran ia dilakukan bersebelahan dengan peserta lelaki. Terpaksalah kami bertunggang-tonggek di hadapan lelaki. Tak mengapa kerana kita semua adalah 1 Malaysia.
Semua peserta dikehendaki lulus kem Biro Tata Nagara ini. Markah dikatakan dinilai melalui semua aktiviti dijalankan dan pada hari terakhir kami dikehendaki ujian sebanyak menjawab 40 soalan. Ini bermakna 60% dinilai dari segi penglibatan manakala 40% lagi melalui peperiksaan soalan objektif yang dijalankan secara 'open book' selama sejam.
Sekiranya gagal, peserta dikehendaki menjalani sekali lagi kem Biro Tata Negara ini sebelum diluluskan menyambung pelajaran ke luar negara. Namun, jangan risau, peratusan yang gagal hanya sedikit sahaja.
Gagal di sini bermaksudkan andai gagal mengikuti aktiviti yang dijalankan dan juga gagal menghayati modul kem ini. Tersiratnya di sini, janganlah kita menggagalkan diri dalam menyokong gagasan kerajaan. Walaupun kerap kali fasilitator menekankan dan menyatakan sifat keterbukaan mereka dalam menerima pandangan dan pendapat para peserta namun jangan lupa akan pesanan-pesanan ini.
Penyelaras program selalu mengulangi ayat yang saya sangat suka menghafalnya,
" Ingat, sebelah kaki dah di Timur Tengah, sebelah lagi adalah penentuan di sini"
Setiap aktiviti yang kami rasa agak janggal untuk menjalankannya, fasilitator akan mengingatkan,
"Setiap penglibatan kamu diambil kira. Setiap daripada kamu dinilai secara individu. Ha, sporting sporting."
Maka konsep "sporting" diguna pakai di sini.
Fatwa haram nyanyian bagi perempuan ?
Pergaulan lelaki perempuan dengan tabir dan batasan tertentu dalam Islam ?Joget dan nyanyian yang melalaikan ?
Ada yang mempersoalkan hal sebegini dalam pelaksanaan modul walhal fasilitator berstatus ustaz yang berada di situ tak mempersoalkan apa-apa pun.
Berlagaknya peserta-peserta itu, kan ?
Maka pada saat umat Islam berlumba-lumba mengerjakan ibadah dalam bulan barakah ini, kami pula menghidupkan malam kami dengan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan sehingga saya sendiri gagal mengawal perasaan lantaran sangat terharu dengan sportingnya fasilitator perempuan yang kadang-kala menggoyangkan badan menghayati lagu patriotisme.
Fasilitator pula bijak dalam melontarkan pendapat dan mereka sangat peramah pada setiap masa.
" Ambil bidang apa di sana (luar negara)", soal seorang fasilitator.
" Bidang syariah islam", balas seorang peserta.
" Buang masa!", tegur fc tersebut. " Ambillah bidang doktor, engineering ! "
Pengetahuan mereka yang tinggi benar-benar menarik minda saya walaupun kadang-kadang fakta yang dinyatakan bercanggah dengan pengetahuan yang saya dapati di kelas-kelas agama.
Apabila salah seorang peserta mempersoalkan undang-undang di Malaysia- kata fasilitator,
" Tak semestinya kita menjalankan Islam secara keseluruhan. Walaupun tidak secara keseluruhan namun undang-undang negara kita juga mengambil undang-undang Islam. Contohnya hukuman bunuh dibalas bunuh, ia juga diterapkan dalam undang-undang negara kita. "
Untuk mendapatkan kerjasama peserta dalam melakukan aktiviti yang kontra dengan diri peserta yang berlatar belakangkan agama, fasilitator wanita yang gagal memahami tatacara berpakaian dalam Islam menyatakan,
" Saya faham mana yang boleh dan tak boleh dalam Islam." Selepas itu kami diajar nyanyian lirik cinta yang romantika. Lirik cinta jiwang karat dua insan ! Wah, romantik sekali ! Macam karaoke rasanya !
Sangat best !
Pelbagai perkara yang julung kali saya melakukannya telah saya rasmikannya di sini. Saya teresak-esak terharu kerana mendapat ilmu baru dan lebih-lebih lagi ia dilakukan pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Pada akhir BTN saya sempat mencoretkan sedikit tinta-tinta terakhir buat fasilitaor BTN.
Shukron jazilan kerana mengadakan kem Biro Tata Negara ini yang mengajar saya beberapa perkara :
- Mengetahui sejarah Tanah Melayu dan kepentingan menjaga perpaduan negara
- Meningkatkan kefahaman tentang gagasan yang kerajaan laksanakan terutamanya Gagasan 1Malaysia
- Mendalami perlembagaan persekutuan yang menjadi dalil undang-undang negara.
- Meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan agama, diri dan bangsa.
- Mencampur-adukkan fahaman sekularisme dalam kehidupan
-naDhi_islamic-
" " " "
Saya tidak menggalakkan mereka yang nerd, lurus bendul membaca entry ini.
hehe
tq, sila click like for sharing
17 comments:
ko kritik ke puji nih
=.='' ??
hehe, ini denyutan fikrah ^_^
bukan skadar mbaca, anda perlu bfikir..
^_^
Ahaha
nadhi, ko memang nadho(nakal) lah
great!
difahami..
mungkin ada point penting yg terlepas pndang.."yg penting makan cukup dgn suasana yg harmoni"...;)
ye, mknn tlebih cukup ^_^
haha
naDhi_islamic...tinggi btowl unsur balaghah y kamu gnakn,huhu
unsur balaghah + *sentap*
tahniah ukhti! :)
~binturushd
huhu da lama tinggal arabiC ni.
Erm ana betul2 mksdkan bg stiap bait kata tu
cth: "Fasilitator pula bijak dalam melontarkan pendapat dan mereka sangat peramah pada setiap masa."
ye, fc mmg ramah sgt, kmudian ana bg kata2 fc yg xdpt kami lupakan,
" Buang masa!", tegur fc tersebut. " Ambillah bidang doktor, engineering ! "
maknanya, ada fc yg baek, ad jg yg mlatah lebih
btn ni djdikn modal pmbgkg..itu yg jd mslhnye.die nk tmbh jati diri thdap ngra je.pelik.btw,nice entry=)
sangat jelas dengan maksud penulis.. (:
ana pun pernah ada pengalaman 3x ke BTN ni.. semuanya 'mantop'..
agaknya modul tahun ni mmg 1 Malaysia kot..
wow 3 kali =.=''
saye pernah ke btn..time sye pegi aritue, nilai2x agame islam sgt diterapkan..solat x tinggal..ade ceramh agame.. time aktiviti perempuan, lelaki kena pegi tmpt laen..skdr mncelah
ini pengalaman sy, mungkin berbeza dgn pengalaman org lain, jika mahu menilai keseluruhan, maka nilailah pengalaman org lain juga. ^_^
ana saja search kt google pasal btn...isnin ni(11/8/14) kursus btn di perlis....takut jugak..heje...lps dah baca ni....kurang la sikit takut tu...hehe..takut apa tak tau la...
Google psl BTN smpai sini. Esok akan ke BTN juga.. Di gng pulai johor.. Mengandung2 ni kena BTN. Hehe.. Layankan jela.
Post a Comment