Setapak di Jordan

***  Perantauan anak-anakmu **

Saat di dalam perut kapal terbang Malaysia Airlines masing-masing keliru, samaada gembira ataupun sedih.

Gembira kerana akan memulakan satu hijrah jauh di perantauan dan perasaan sedih juga menerjah hati kami lantaran terpaksa berjauhan dengan keluarga selama empat tahun. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah membuat keputusan untuk tidak balik selama empat tahun berturut-turut macam naDhi nie.

Aiyak ! Memang sedih giler plus plus larh !


" Menangis ea ?" tanya seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an yang berada di sebelah naDhi.
" Nak pergi Jordan pun menangis ?"

Err, apa pulak tak sedihnya ?! Ada-ada jer mamat nih, entah-entah kalau ko kat tempat aku, ko lagi teruk agaknya, merengek-rengek macam budak kecil kowt ! Huh !

Aku faham dia cuba memujuk tapi aku lebih suka melayan emosi sendiri. Mungkin dia mengganggap aku terlalu sombong tapi aku sangat tiada mood untuk berbual-bual saat itu.

Ada yang sibuk mengirim SMS dan membuat panggilan terakhir sebelum meninggalkan lapangan Sultan Mahmud Syah yang dikerumuni oleh para ibubapa yang masing-masing mahu memberi lambaian terakhir buat anak-anak mereka walaupun hakikatnya kami yang berada di ceruk kapal terbang tak dapat mengecam kedudukan ibubapa masing-masing.

" Berjalan dengan cepat ! Kita sudah kesuntukan masa.",pesan CEO penaja kami.

Alhamdulillah nyaris kami terlambat untuk flight seterusnya di KLIA kerana masalah teknikal yang dihadapi  oleh kapal terbang Malaysia Airlines itu.

Masing-masing mengheret beg yang melebihi maksima muatan 30 kg lantaran terlalu banyak barangan keperluan. Kami tak perlu bimbang kerana kos lebihan untuk barangan tersebut telah pun dibayar oleh pihak penaja kami.

Lagi tenang apabila penaja kami menuntut kembali wang tersebut dengan memotong biasiswa kami !!!

Waaaa !!! Kedekut nyeeeeeeeeeeeer !
Hmm okey, kedekut diiktiraf sebagai penjimatan yang nyata !


Dan akhirnya !
Alhamdulillah pada 5.45 pagi bersamaan 10.45 pagi waktu Malaysia, roda hadapan kapal terbang Royal Jordanian yang kami naiki selamat tiba di Queen Alia Airport.

Akhirnya!

Tiba juga kami di negara urdun ini ! Ini bermakna honeymoon kami selepas SPM yang hampir setahun sedah tamat !

Dan turut bermakna status di facebook kami akan berkurangan lantaran sudah memasuki fasa bergelar seorang mahasiswa !


Di sini kami dilayan seperti anak raja, saat tiba di airport lagi senior-senior sudah mula menunggu, menyambut ketibaan kami.



Pesanan dan pesanan terus diberi.

Jadi ibubapa tak perlulah risau sangat akan perantauan kami ni, ye !


Kami dipecahkan kepada tiga mantiqah (daerah ). Di sini perpisahan mula berlaku. Huk Huk


Bas pertama menempatkan pelajar ke Universiti Al- Bayt di daerah mafraq.

Ok, tata baytians, elok-elok berada jauh di pedalaman tu yep !



Begitu juga sahabat lain yang memilih Universiti Mu'tah, jauh di pedalaman.

Musim sejuk nanti jangan lupa kirimkan kami salji ye !


Dan tibalah kami di daerah Irbid yang akan menapakkan kaki di Universiti Yarmouk !

Extra excited !


Dalam bas kami tak melepaskan peluang melihat apa yang ada di hadapan mata, katanya bumi ini digelar negara putih, kenapa ye ?


Oh ! Sebab mostly bangunan di sini adalah berwarna putih/ kuning cerah sahaja. Tak colorful macam Malaysia , kan ?

Dari dahulu lagi aku hairan macam mana mereka hidup dalam keadaan tanpa pokok dan tanah yang berbukit-bakau.Semua pemandangan bewarna koko padang pasir persis warna rumah mereka, bahagiakah begitu ?

Err bahagia tak bahagia pun, dah memang tuh bumi diorang mak cik naDhi oit !


Namun ada sahaja pokok tapi tak banyak sangat. Kedudukan rumah di atas bukit seperti bertingkat-tingkat sangat lawa !!! Macam lukisan !

Nah, jom masuk bab orang arab pula !


Sepanjang perjalanan selama 45 minit ke tempat penginapan yang lancar tanpa traffic light apatah lagi traffic jam, aku terlihat satu banner iklan di tepi jalan.

Wowowo seksi giles !

Ha, tinggi mana agaknya pandangan orang Melayu terhadap negara arab ? 

Siapa kata budaya barat tak merebak di sini ?

Siapa kata tiada sekularisme ?

First impression aku pasal orang arab ialah suka menyatakan haknya, atau dalam bahasa kasarnya suka mengkritik. Sifat ini ada kebaikan dan keburukkannya.

Saat tiba di lapangan terbang, semasa urusan passport kami disuruh beratur di tempat yang sepatutnya milik warganegara Jordan lantaran tiada Arabians di situ. Namun setelah mereka sampai, mereka terus beratur di tempat kaunter tutup bersebelahan kami dan menyatakan ketidak-adilan untuk mereka menunggu kerana setiap kaunter dipenuhi warganegara lain termasuklah kaunter yang di khaskan untuk mereka.

" Sho sha inde ma poligato ", err aku pun tak faham apa diorang cakap, tapi agak-agak jelah tu. Haha


Yang pasti mereka sangat suka meninggikan suara. Setelah beberapa minit bertekak, pegawai di kaunter bangun dan memberikan keadilan kepada mereka dengan menyelesaikan urusan pasport selang-seli antara kami dan warganegaranya.

Begitu juga semasa mengambil bagasi. Mereka juga komplain apabila barangan mereka lambat tiba walhal kami budak Melayu yang terlebih dahulu menunggu daripada mereka sabar sahaja menunggu pemunggahan bagasi.


Akhirnya kami ditempatkan di sebuah asrama universiti di hadapan universiti kami. Jadi kami hanya perlu menggunakan kaki untuk sampai ke universiti kami.

Walaupun agak mahal dengan harga sewa RM 375 sebulan, sakan ini menjanjikan keselesaan kepada penghuninya berbanding sakan lain yang dikatakan sering mempunyai masalah bekalan air.
Insyaallah !

Pihak penaja perlu tahu kenapa kami bawa bagasi dan beg jenis 3B (besar , berat dan banyak ) sebab kami membawa makanan cukup untuk hidup selama 4 tahun !


Sesampai di sana kami diperkenalkan oleh mentor kami, Kak Tasnim dan Kak Dayat.

Memang best sangat dapat mentor yang sangat sporting macam mereka ! Hari pertama sahaja kami dah pusing satu bandar Irbid !


Kami ke Balad,  pasar yang menjual barang-barang keperluan dapur. Di sini kami membeli pinggan mangkuk, gelas, kuali, periuk , sudu , sodek, blander, sterika , jug , beras dan bawang.

Amboi naDhi, abis barang ko nak list !




Kat sini jual macam-macam, murah sikit berbanding tempat lain. Kadang-kadang bau rempah dia yang menyusuk hidung membuatkan sebahagian daripada kami pening kepala.


Jalan kat sini lengang sahaja, orang pun tak banyak walau kawasan bandar. Cuma pada sebelah malam, ramai pemuda arab suka lepak kat tepi jalan. Mereka sangat suka merokok. Di mana-mana sahaja terdapat puntung rokok, mereka suka membuang sampah merata-rata termasuk membuang kaca, jadi memakai kasut adalah lebih selamat andai melalui tepi-tepi jalan.

Pada sebelah petang, mentor yang merupakan pelajar tahun kedua membawa kami ke kedai telefon untuk membeli nombor.

Kami memilih line Orange, kat sini tiada maxis ataupun celcom !


Bertuah juga sebab dapat hadiah daripada Kak Ehsan yang memberi simcard secara percuma ! 
Jimat 2 JD !

Dengar je angka 2, tapi bermakna RM 10 tuh ! thanks a lot Kak Ehsan and the geng !

Kemudian kami ke Arabella Mall untuk beli keperluan lain plus makan angin yang kuat bertiup di negara iklim panas kering ini.


Kenderaan kuning ini menjadi tunggangan kami setiap kali keluar, begitu juga coaster (berwarna putih ) yang fungsinya seperti bas.

Di sini jalanraya tak seperti di Malaysia yang teratur dan sistematik sebaliknya teksi ataupun coaster akan berhenti di tengah-tengah jalan apabila ditahan penumpang.

" Ya Allah , ya Allah ! Ta'ali ta'ali ", gesa pemandu teksi saat kami yang terpinga-pinga lantaran kereta dan pemandu lain di belakang membunyikan hon.

Selalunya di Malaysia , hon merupakan tanda seseorang membuat apa-apa kesalahan di jalanraya namun di sini bunyi hon bukan sahaja apabila mahu meminta laluan malah mereka turut membunyikannya sebagai isyarat pejalan kaki dibenarkan melintas jalan. Teksi juga akan membunyikan hon yang kuat andai melihat pejalan-pejalan kaki untuk menarik perhatian mereka.

Akibat terlalu lama di tengah-tengah jalanraya, pemandu teksi yang kami naiki disaman, beberapa orang pemandu yang melalui teksi kami memarahi pemandu tersebut.

Kesian + sedih sangat ! Gara-gara kami dia disaman T.T Mintak maaf abang pemandu teksi !


Kami yang berada di dalam teksi berdebar-debar apabila dia memandu dengan begitu laju dan kasar sekali setelah menggenggam surat saman berwarna merah. Sepanjang perjalanan itu, kami diam sahaja. Bimbang juga andai dia mahu memarahi kami.

" Shul malik ? Shul malik ?" jerit sekumpulan buadak arab yang melepak di lorong kecil apabila teksi yang kami naiki melalui jalan yang hampir sahaja mahu merempuh mereka.Pemandu teksi ini benar-benar naik angin, memandu kami bagaikan kilat yang menyambar-nyambar. Kami yang berada di tempat duduk belakang hanya mampu berdoa agar perjalanan kami selamat .

Disebabkan baru pertama kali menuju ke Arabella Mall, kami langsung tidak mengetahui arah jalan. Cuma mentor yang memberitahu pemandu tersebut supaya membawa kami ke mall tersebut. Apabila dia melalui lorong-lorong kecil terdetik prasangka, bimbang andai dia mahu mencampakkan kami di tempat lain lantaran marah dengan kes saman itu.

Namun alhamdulillah akhirnya sampai juga ke destinasi, rupanya dia menghantar kami di belakang mall tersebut. Sewaktu teksi itu berhenti, masing-masing terpinga-pinga lagi. Dia langsung tidak memandang kami ataupun berkata apa-apa. Terseketika, kami 'pause' di dalam teksi itu sebelum keluar dengan menghulurkannya 1 dinar.

Agak mahal andainya menaiki teksi, kebanyakkannya meminta 1 dinar walaupun harga kebiasaannya adalah 0.75 dinar. Hal ini berbeza dengan coaster yang biasanya kami bayar 0.25 dinar.

Kami turut ke Mukhtar Mall untuk membeli peralatan dapur. Barang-barang di sini dikatakan lebih murah.

Sehari sahaja kami di Jordan namun begitu banyak cabaran yang kami lalui.

Malam itu kami dijemput makan malam di rumah senior-senior kami yang baik hati melayan kami bagaikan puteri raja

Wah ! Wah ! Wah !




Sistem muroqib diguna pakai dalam kalangan akhowat yang keluar dari rumah melebihi jam 10 malam. Usai makan malam, kami balik ke sakan kami dengan ditemani oleh dua orang senior syabab.


Tiba-tiba kami rasa perjalanan pada hari itu sangat panjang walhal tempatnya berdekatan sahaja dengan sakan kami. Barang-barang yang sangat berat kami jinjing bersama meninggalkan kesan yang mendalam pada jari masing-masing.

naDhi rasa macam mereka tersalah jalan tapi tak berani menegur, manalah tahu kowt-kowt ada jalan lain, lagi pula kami orang baru. Tambahan pula syarat muraqib, tak boleh berkomunikasi dengan akhowat yang dimuroqibkan.

Dua kilometer rasanya !

Masing-masing menyatakan sangat tidak berpuas hati, kami jalan-jalan shopping tak berpeluh pun tapi pada malam itu, habis segala penat jerih keluar. 



Malam itu kami tidur sangat nyenyak bersama keletihan yang amat sangat. Keesokkannya kami mendapat tahu rupa-rupanya muroqib tersebut melalui jalan yang sangat jauh !


Hmm bagaimana syabab yang jadi muroqib boleh tak tahu jalan nih ?!



Apapun sepanjang berada di sini, jadual kami full giler. Best sangat dapat berjalan di rumah akhowat di sini.



Namun di sebalik kegembiraan pada siang hari, waktu jelas wajah siapa tahu perasaan hati di sebalik tabir perantauan kami di negara orang ?

Seringkali ada yang menangis merindui keluarga di tanah air, mengenang kembali episod manis bersama mereka yang tersayang saat ketika waktu bersama dahulu.

Siapa kata aku terbiasa dengan perpisahan ini ?


Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku berulang-alik dari Malaysia ke Jordan bagi menampung rasa rindu ini.
Kalau ikutkan perasaan, mahu sahaja aku menangis berpanjangan apabila memikirkan soal mereka.

Namun andai semuanya dalam kesedihan maka bahu mana yang mahu dipinjamkan ?

Apabila seorang yang lain terasa lemah, maka yang lainnya pula perlu menguatkan. Semoga perantauan ini merupakan perkiraan jihad buat anak-anakmu wahai keluarga dan orang yang tersayang kami, rindui kami seadanya di jalan Allah, lepaskan kami anak-anakmu tersayang di medan jihad ini. Semoga Allah mempertemukan kembali kita


Gambar-gambar sekitar Jordan ( klik sini )

21 comments:

Afiq Fadhli said...

kekgi homesick r tuh. semoga tabah berada di negara orang. selamat belajar.

ana solehah~ ^^ said...

salam nadhi~
kami kakak2 sudi meminjamkan bahu utk adik2 m'ngadu, sedey n kami kakak2 sudi share ape2 je ngan adik2..

semoga terus kuat ye dik! ^_*

Naqiuddin Ansarullah said...

BismiLLAHi Rahmani Rahim..,

huh. bce post ni, rasa tak sabar pulak dengan giliran ana nanti, (insyaALLAH), mcam mne plak kan..?

tpi ap2 pun mabruk alaiki,sbb dapat sambung belajar kt bumi anbiya`, jordan. semoga terus tabah menghadapi ujian seterusnya. InsyaALLAH.
Bittaufiq wan najah.. =)

waALLAHu a`lam..

azad said...

moga cekal di sana. taniah!
='(



.:salam:.

naDhi_islamiC said...

Akh afiq : da homesick da huhu

naDhi_islamiC said...

ana solehah : kak ehsan, tq sgt :D

naDhi_islamiC said...

naQi : kat tmpat org tlalu bnyak cbrn dan dugaan, psiapan yg mantap diperlukan smoga slmt smpai juga

naDhi_islamiC said...

ana solehah : kak ehsan, tq sgt :D

naDhi_islamiC said...

Azad : ksedihan xmmatahkan pjuangan, mana ada kjayaan tnpa pgorbanan kan ?

Fadzmie said...

Tahniah. Jangan sia-siakan peluang, okay? ^^

naDhi_islamiC said...

syukran, ye! inshaallah!

Anonymous said...

guna line Orange ke? kenapa tak guna Zain.. best sikit.

naDhi_islamiC said...

huhu taktau la lagipun dah orang bagi hadiah + mmg line tu byk malay guna, so nk msg sama2 malay murah sikit

rahita said...

Tahniah y nadhi.. jangan sia2kan kesempatan.. jujur, aku pengen banget seperti kamu :D

naDhi_islamiC said...

tQ rahita ! tapi jgn jadi mcm aq lorh, jadi mcm apa yg aq nak jadi :) ensyaallah sama2 yep ^_^

azad said...

yup. kesedihan juga mengajar kita menjadi tabah dalam perjuangan.

naDhi_islamiC said...

di malaysia, xpernah tfikir nak jimat bila beli brg, tp skrg time kuliah da pkir, satgi nak masak pe, beza harga sikit pun perlu dpertimbangkan sblum beli ssuatu, wah inilah tadhiyyah jiwa!

Infiru said...

Assalamualaikum warahmatullah ya ukhti Nadhirah :)

Jazakillah kheir,atas perkongsian puisi Cinta Buat Akhi,sy jumpa masa sbb kwn sy post di FB ttg puisi ukhti.MashaAllah,sgt menyentuh hati. ;') assif jiddan sy copy dan paste di blog sy,sy minta izin dgn kawan sy,tapi lupa mahu minta izin dgn tuan punya puisi ini.Allahu..Assif ya?

Salam ukhuwwah dari bumi China,
:')
may Allah bless.

Unknown said...

ahlan wasahlan fi urdun.

naDhi_islamiC said...

ahlen beek

naDhi_islamiC said...

Qauthar : la baksa bih, akak suka orang share puisi akak :)
sharing is caring , rite ?

^_^ salam tautan ukhwah, ukhti