Menjelang tahun ini, umurku mencecah 18 tahun.
18 tahun bererti dewasa, 18 tahun bereti matang, 18 tahun bererti berjiwa remaja. Dan yang paling penting, persepsi pemuda/pemudi berumur 18 tahun sekarang adalah KEBEBASAN. Ulang suara, ya! Kebebasan- tiada siapa yang layak menentukan segala tindakan dan keputusan melainkan individu remaja itu sahaja-
Paling penting, 18 tahun itu bukan lagi dibawah ketiak ibubapa, bukan dibawah tempurung kolot peraturan sekolah atau asrama, dan bukan juga dibawah kongkongan siapa-siapa lagi.
Itukah persepsi sebenar 18 tahun ?
Pernahkah perkara tersebut terlintas di minda anda sewaktu anda remaja ?
Mengakui mempunyai masa yang terlalu lapang dan panjang sebelum melangkah ke fasa kehidupan universiti, aku hanya menjadi pemerhati kepada perubahan kehidupan sahabat-sahabat yang lain yang mana terlebih dahulu telah menjejakkan kaki ke alam itu.
Aku mendongak erti kehidupan. Satu per satu aku belek. Perkara ini mula mebuat hatiku beronak kencang.
Iman!
Asas kekuatan, jawapan utama dan pertama untuk setiap tindakan manusia.
Iman manusia berpotensi berada di tiga tahap.
Boleh jadi lebih tinggi daripada malaikat, boleh jadi sering naik dan turun ibarat roda dan mungkin juga menjadi lebih teruk daripada binatang ternak.
Aku terkedu melihat gambar sahabat-sahabat yang sibuk berposing di laman-laman sosial. Paling mengejutkan aku ialah penampilan mereka.
Er, bukankah mulut dia yang lantang berbicara mengenai aurat seorang muslimah suatu ketika dahulu di sekolah menengah ? bukankah dia membawa qudwah berpakaian kepada adik-adik junior sekolah dahulu ? pakaiannya cukup mengoyak iman ,paling sayang penampilannya jauh lebih buruk daripada orang kebiasaan.
Astaghfirullahal a’zim
Pada suatu petang yang tak terjangka, satu kiriman SMS aku terima. Alangkah terkejutnya aku apabila membaca bait SMS tersebut.Seolah-olah seorang budak lelaki sedang bergurau senda dengan aku. Berkali-kali aku belek pemilik nombor itu.
Nta !!! Ntakah itu ??? Kenapa jadi macam ni sebegitu sekali ? Nta juga berubah ?
Jiwaku terentak. Mataku terbeliak. Jasadku terkaku seketika.
Dialah pemilik hati yang ditarbiah saat di bangku sekolah, dialah baja yang membina batas usrah tapi sekarang?
Mindaku beralun keliru. Hatiku membisu. Suarasa yang sangat-sangat merentap thiqahku terhadap mereka. Namun, tak wajar andai aku tundingkan jari kepada mereka terus, meletakkan kesalahan di atas kepala mereka seratus peratus.
Aku rasa sangat takut. Timbul pelbagai persoalan, adakah aku juga akan menjadi seperti mereka sebaik sahaja melangkah ke menara gading nanti ?
“Adakah aku akan jadi seperti mereka ?”
“Adakah aku akan berubah seperti mana mereka juga ?”
Hatiku beralun gelisah. Kalau dia yang sangat hebat pada tarbiah Islam di sekolah menegah suatu ketika dahulu pun boleh berubah sebegitu sekali, bagaimana pula dengan aku ? sahabat-sahabat yang lainnya?
Adakah suasana universiti mengubah mereka ?
Adakah mereka terpengaruh dengan suasana dunia yang pernah mereka keji dalam kuliah, tazkirah dan usrah sewaktu di bangku sekolah hari itu ?
Apa terjadi sebenarnya ? aku tak faham . Langsung tak faham. Bagiku kalau seseorang mempunyai prinsip, maka sepatutnya sampai ke hujung dunia sekalipun, dia mesti berpegang pada prinsip itu. Menggadaikan prinsip sama seperti menggadaikan maruah !
Apa yang berlaku ?
Aku tidak tahu. Aku tak tahu. Aku tak tahu.
Bagaimana mungkin aku tahu ? Aku kan masih dibawah ketiak mak ayah aku. Haha. Ruang sosialku masih sahaja di takuk lama.
Aku akan terus menjawab tidak tahu sampailah suatu hari.
Alhamdulillah ! Dan akhirnya...
Aku harap dengan waktu lapang yang aku ada- lebih kurang dua bulan ini, aku dapat cari kefahaman yang betul dan terus berpegang pada ajaran Islam sehingga ke hujung nyawa. Insyaallah.
Namun aku tidak nafikan, ada sahaja sahabat-sahabat lain yang berubah jauh lebih baik.
Bahkan ada sahabat yang menghubungiku dan menyatakan mula menyintai usrah dan selalu ke kuliah. Walhal dahulunya mereka hanya di atas kerusi kelas-ke sekolah semata-mata untuk belajar-,tanpa melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti tarbiah.
Iman manusia,
Ibarat roda,
Boleh jadi tinggi-di akal,
Dan boleh jadi rendah- di kaki.
Namun aku tidak nafikan, ada sahaja sahabat-sahabat lain yang berubah jauh lebih baik.
Bahkan ada sahabat yang menghubungiku dan menyatakan mula menyintai usrah dan selalu ke kuliah. Walhal dahulunya mereka hanya di atas kerusi kelas-ke sekolah semata-mata untuk belajar-,tanpa melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti tarbiah.
Rupanya disebalik hari cerah, berkumpul awan mendung
Dan rupanya juga !
Di sebalik awan mendung, muncul pelangi nan indah !!!
Iman manusia,
Ibarat roda,
Boleh jadi tinggi-di akal,
Dan boleh jadi rendah- di kaki.
Kawan-kawan, doakan aku thabat, ya!
4 comments:
nadhie...doakan agar aku tetap istiqamah disini...:'(
yuk sama2 yer ^_^
nadhi,akak doakan kita sama2 thabat.
thanks akak! ensyaallah ^_^
Post a Comment