blogku luahan hatiku

tinta yang aq tulis lam blog ni
merupakan luahan hati aq
takde kena mengena antara yang hidup ataupun mati

aq tak harapkan follower
malah TAKDE pe yang aq harapkan
tapi klu ada yang nak komen n nasihatkan aq
tu yang aq nantikan
sebab

AQ NAK JADI BAIK!

ramai yang tulis blog
tapi semata-mata nak kumpulkan follower
bagi aq niat tu tak ikhlas langsung
lebih2 lagi kalu blog yang perkongsian agama

BLOG AQ
aq harap tak sape teman/kawan2 aq jumpa blog aq nih
apa yang aq coretkan kat sini cuma luahan hati aq
cuma pandangan peribadi aq
dan paling penting cuma

LUAHAN RASA BUKUKAN HATI INI

ni blog aq yang kedua
n aq lebih aktif kat sini
sebab luahan hati aq
suka duka,
aq lebih suka secretkan
aq tak suke ceritakan pada orang
KALU AQ CERITA PUN TAK SIAPA AKAN PERCAYA

sebab aq ADALAH AQ
bukan kamu
bukan dia
bukan kita
bukan kami
bukan mereka
bukan sape2

kenapa aq pendamkan perasaan aq dari teman2?

sebab aq takut menjadi umpatan klu diceritakan


Menceritakan perkara yang benar kepada orang lain berkaitan dengan
seseorang yang mana orang itu tidak suka akan perkara tersebut dinamakan
MENGUMPAT. Seolah2 kita makan daging saudara kita sendiri.

Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan:

A. MENGUMPAT
1. Al-Hujuraat ayat 12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.

2. An-Nisaa' ayat 148
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang
yang dianiayakan.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

B. MENGADU DAN MENFITNAH
1. At-Taubah ayat 47
Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu
melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di
antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam
kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar
hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang
yang zalim.

Hadith-hadith Nabi berkaitan dengan:

A. MENGUMPAT
Menjauhkan Diri Dari Mengumpat
1. Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang
paling baik? Rasulullah s.a.w
bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah
dan tangannya

Manusia Perlu Mengelak Dirinya Dari Mengumpat Hadis Sofiah binti Huyai
r.a katanya:
1. Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang
menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun
berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku.
Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid.
Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w
mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda:
Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai
Maha suci Allah, wahai Rasulullah.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada
aliran darah manusia. Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang
tidak baik dalam hati kamu berdua.

Tegahan dari mengumpat
1. Hadis Abu Hurairah r.a:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Adakalanya seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia
tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan
barat.

2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
Perhatikan! Aku akan terangkan kepada kamu apakah dia Al-Adhhu? Ianya
adalah umpatan yang biasa diucapkan di kalangan orang ramai.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda: Seseorang yang
biasa berlaku jujur, maka beliau akan dicatat sebagai orang yang jujur.
Sebaliknya orang yang biasa berbohong
(berdusta) maka beliau akan dicatat sebagai pembohong

B. BURUK SANGKA
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan
ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu
memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual
atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai
hamba-hamba Allah yang bersaudara.

C. MENGADU DAN MEMFITNAH
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang
yang suka menabur fitnah

Sesetengah Alim ulama mengatakan "Jika kita ingin menghapuskan sesuatu
keburukan hendaklah kita tutup keburukan tersebut."
sebab aq tak ske orang mengenali siapa aq
 dan paling penting sebab
AQ MAU JADI BAEK!
as u know kan,
pompuan ni sering dikaitkan dengan gejala mengumpat
tapi memang aq ni dari dulu pendiam
cuma bila kita pegang sesuatu kuasa
kita kena banyak mulut lah kan
sebab AMANAH kan

An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Ayat ini turun semasa Nabi bercadang untuk menyerahkan kunci Kaabah yang dijaga oleh “penjaga turun temurun” (sejak zaman jahiliyyah lagi) kepada penjaga lain yang baru. Allah menyuruh Nabi s.a.w. memulangkan kepada penjaganya yang asal.
Hadith Nabi s.a.w. tentang amanah:
Tidak sempurna iman
  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
  • Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)
Sumber rezeki
  • Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran” (Riwayat Ad-Dailami).
Akhir zaman amanah dihilangkan
  • “Daripada Abu Hurairah dia berkata:
  • “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: “Bilakah hari kiamat?”.
  • Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata “Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya”. Sementara yang lain pula berkata “Bahkan baginda tidak mendengar”.
  • Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: “Manakah orang yang menyoal”. Jawab (badawi tersebut): “Saya di sini wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat”.
  • Tanya badawi tersebut: “Bagaimanakah menghilangkan amanah itu”.
  • Sabda baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat
kalau tak,
dipanggil DAYUS plak

tp seriously
aq lebih sukakan kehidupan dulu
sewaktu aq tak dikenali sape2
sewaktu aq hanya gan kawan2 aq sj

tapi tu pun tak jadi jugak kan
sebab lam islam ni pentingkan jemaah

Kewajipan berada di dalam satu jamaah atau harakah Islamiah ini dapat dilihat di dalam Al Quran:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As Saff:4)
Di dalam hadis Rasulullah saw menyatakan:
“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah muslimin dan pimpinan mereka”
Dan penegasan baginda lagi:
“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala dan kambing, dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil, maka janganlah kamu memncil diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid.”
Menurut kaedah fiqhiah yang popular juga menyatakan:
“Barang yang tidak sempurna wajibnya melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib.”
Negara atau Daulah Islam hanya dapat ditegakkan dengan adanya Jamaah Islamiah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu mewujudkan jamaah Islamiah menjadi satu kewajipan keatas umat Islam dan menyertainya juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.

Jamaah Islamiyyah Yang Diwajibkan Supaya Kita Menyertainya



so aq ikut je arus syariah
mudah2an

AQ BOLEH JADI BAIK!!





Biah sekolah menengah (SM) dalam membentuk peribadi minda remaja

Bagaimana patut ana berbicara demikian??

Sekolah menengah? membentuk peribadi ? membentuk minda ? remaja ? pada zaman ini?

RELAVEN atau tidak?

benar, acuan keluarga adalah menjadi titik utama,
namun kesibukkan para ibubapa dalam dunia globalisasi ini membuatkan biah keluarga menjadi watak rapuh dalam membentuk peribadi remaja zaman sekarang.

Kenapa sekolah menengah?
Kerana di situ terdapat faktor kawan-kawan, faktor terpengaruhi , dan paling besar ialah FAKTOR REMAJA.

berbeza di sekolah rendah yang mana murid-murid hanya mengikut arahan guru,
bertindak atas arahan,
segala-galanya dipacu oleh minda cikgu.

memasuki sekolah menengah dengan jiwa yang mula menyemai benih-benih keinginan remaja,
kemahuan yang mahu digapai adalah kebebasan hakiki.

"terkongkong, hak peribadi, memberontak"
- perkataan yang mula hadir pada zaman remaja-

Jiwa remaja, andai ikutkan nafsu-
  maka kemenangan kepada kehidupan yang melalaikan
- keseronokkan yang sementara sahaja

andai disulam iman dan islam

Inshaallah!
Jiwa tenang, hati tenteram, matlamat jelas
--menggapai kehidupan akhirat yang kekal abadi

SHAMSIAN



Aha!
exactly
inilah sekolah yang membentuk jiwa ana!
Thanks alot SHAMS!

I LOVE U SO MUCH !!!



dasyatnya kem tuh!

kem...kem...kem

bukanlah satu benda yang asing bagiku

orang tuaku
manusia yang tak lekang
mempromosikan namaku
sejak dibangku sekolah lagi
aq terdedah dengan pelbagai program

kem,motivasi,program,usrah,liqo,mesyuarat....

tarbiyyah
ditarbiyyah
mentarbiyyah
tertarbiyyah

menjadi diari hidupku

BEDA

Mashaallah berbezanya kem ni
kem yg baru aq bergiat beberapa bulan lepas

aq macam ikut flow
aq macam lali dalam takdir

ALHAMDULILLAH

kalau nak ikutkan arus nafsuku
aq tak kan disini
Tersangkut dalam fatamorgana dunia
dan
aq tak kan menuju ke situ

berada dalam tarbiyyah islam
secerah-cera tarbiyyah yang aq dambakan selama ini!

tapi....
tapi...

CUT !!!

aq tak layak
aq langsung tak layak
berada bersama mereka

mula aq rasa nak lari..
aq tak sepatutnya disitu
aq tak sepatutnya mganggu mrka

dosa2ku...
kekotoranku

aq takut
aq bimbang
kalau2 aq menyebabkan malaikat tak disitu
memberkati ahli usrah

aq rasa kerdil
berada ditengah2 kehidupan bersama mereka
menggapai cita-cita ISLAM

mereka sangat baek
mereka terlalu baek

dan mampukah aq menjadi seperti mereka?.....

aq juga mau!!

MAU JADI BAEK

Inshaallah!