Saya Mahu Terbang Juga !

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, pemilik seluruh alam dan perancang segala yang berlaku- tanggal 14 September nanti buat julung kalinya akan ana jejakkan kaki ke bumi Arab, Jordan. Persiapan mula dijalankan sejak sembilan hari lagi sebelum menjelang tarikh tersebut.

Bak kata pepatah, mahu hidup di negara orang, persiapan perlu lengkap !
(ada ke pepatah camni ? Eleh, Karam Sigh pun reka sendiri pepatah dia )

***Majlis Kesyukuran***

" Syukur itu lahirnya teristimewa untuk Rabnya sahaja", puas ana memujuk mak supaya tidak mengadakannya. Bukan apa, ana cuma tak nak masyarakat setempat di situ tahu.

Hurm, apalah ana ini, kan? Errk dalam erti kata lain, ana malu. Entah untuk apa ana malu.
bla bla bla lah ko naDhi!

Kadang-kadang ana rasa mungkin sindrom malu yang melampaui batas ini ana perlu buang. Ana selalu kena paksa ke rumah saudara-mara walaupun untuk beraya dan juga ke tempat awam seperti pusat membeli-belah sebab ana malu nak berhadapan dengan masyarakat umum melainkan kalau kelompok ana seperti kelompok akhowat ataupun sahabat-sahabat sahaja. Segan sangat ! Nak menyorok bawah katil rasanya !

Namun alasan mak, dia sudah menjemput sahabat-sahabatnya. Apapun, alhamdulillah berakhir sudah majlisnya.

Agak penat sebab ayah tak bagitahu yang dia menjemput ramai sahabatnya untuk solat hajat pada waktu malam, jadi terlalu banyak pinggan terpaksa digunakan lantaran pinggan plastik yang ana beli tidak mencukupi.

Jadi kalau orang tanya, perkara apa yang paling meletihkan untuk jamuan makan ?
Yes for sure, basuh pinggan ! Huh !

Ada juga tetamu lelaki yang datang ke dapur usai makan untuk membasuh pinggannya sendiri. Namun sebenarnya perkara yang paling baik pada ana adalah membiarkan sahaja pinggan tersebut kerana dalam sesuatu majlis sekiranya chefnya adalah wanita maka secara automatik, dapur itu menjadi HAK milik wanita.

Hehe, kenapa ana cakap macam itu ? Sebab apabila hanya kelompok perempuan di dapur, al maklum sahajalah, lengan kami nak sinsing waktu membuat kerja, ada yang duduk menunggeng (ejaan untuk perkataan ini tak terjamin ) , ada yang menyelak jilbab dan seribu satu macamlah. Adapun andai puak adam ingin benar-benar menolong, sebaiknya harus dong diminta kebenaran terlebih dahulu.

***Bacaan Yaasin***

Pada petang kelmarin juga bacaan yaasin diadakan pimpinan mursyidah ana merangkap sahabat mak ana yang menjadi setiausahanya. Berebut-rebut orang nak memimpin bacaan tersebut walhal mak ana sudah memilih sahabatnya dengan menetapkan ahli jemaah yang harus memimpin bacaan tersebut.

Mursyidah ana menyampaikan sepatah dua kata-kata ucapan sebelum sahaja memulakan bacaan, rasa sungguh terharu apabila semua orang menyokong dan mendoakan kejayaan dan keselamatan kita, kan ?!

" Biar ilmu memenuhi dada, ya? Kiri dan kanan !" Dia berpesan kepada ana dalam majlis tersebut. Ana yang dijemput berada di hadapan semua orang tidak berani mengangkat wajah, hanya tunduk dan menggangguk.

Direnung dan menjadi perhatian adalah sesuatu yang sangat malu bagi ana. Malu giler XXXXLLL !

Malah ada yang langsung tak mengenali ana dan adik-beradik perempuan yang lain lantaran sikap kami yang memang suka berkurung di dalam rumah.

Namun usai bacaan, beliau mengadakan usrah beberapa minit, tujuannya tidak lain tidak bukan mahu menyelitkan sedikit agenda keilmuan Islam kepada tetamu yang hadir.

" Habis belajar nanti jumpa Che Ngah, Che Ngah nak tanya balik kamu. ", seorang tetamu sudah siap memesan ilmu yang bakal ana tuntut nanti. Wah, wah wah ! Semakin berdebar rasanya.

Naqibah ana pula tak dapat hadir. Kerap ana menelefonnya namun tidak dijawab, mungkin dia sibuk dengan program agaknya. Rasa agak kecewa, semoga dipertemukan sebelum beliau berangkat ke Yaman.

Walau apapun, ana rasa sangat terharu dengan kehadiran saudara-mara, membantu meringan beban. Sangat teruja !

Suatu hari nanti ana yakin ana akan diuji kembali dengan ilmu dan masyarakat setempat, ia akan berada dalam tanggungjawab ana. Moga-moga Allah lapangkan hati semua.

*** Shopping***

Minggu ini banyak masa dihabiskan untuk shopping. Dalam masa dua hari sahaja RM 1 000 dihabiskan untuk membeli barang-barang keperluan diri.

Kah kah kah, duit memang senang nak dihabiskan, kan ? Dalam masa seminit pun boleh. Tapi bayangkan agak-agak kerja apa yang menjanjikan seribu dalam masa dua hari, ya ? Dan mampukah kita mendapatkan seribu dalam masa dua hari ?

Beg 28 inci dibeli, muatan hanya dibenarkan maksima 20 kg. Bukan setakat petang, malam tadi juga sempat berlegar-legar di bandar Kuala Terengganu usai menghantar akak yang bertolak ke USM setelah 4 bulan bersama ana tanam anggur di rumah- muka penghabis beras.

Oleh kerana akhowat Malaysia digelar " taman bunga bergerak " oleh orang Arab dek kerana baju kurung (yang dipanggil jubah dua lapis ) mempunyai corak-corak berbunga, ana tidak membuat apa-apa tambahan pada bilangannya cuma jubah sahaja yang dibeli, itu pun semuanya berwarna gelap dan tidak banyak corak. Memakai pakaian bercorak-corak dan bewarna-warni juga sesuatu yang memalukan bagi ana. Ia macam mengambil perhatian ramai !

Baju-baju sejuk pula tidak digalakkan beli di sini kerana nipis dan ia hanya memberatkan timbangan. Namun sebagai permulaan, sehelai sweater sudah memadai kerana khabarnya pada waktu kami sampai, cuaca sudah mahu menghala ke musim sejuk.

Laptop pula tidak penting bahkan sangat sedikit sahaja assignment yang memerlukan penggunaanya namun dapat memudahkan perhubungan dengan keluarga tersayang nanti. Ramai yang membawanya termasuk ana yang menggunakan internet sebagai media ilmu paling utama.

Rempah-ratus wajib dibeli sebagai persediaan kehidupan mula-mula berumah tangga ini. Kos hidup di Jordan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi di Yarmouk, memaksa kabanyakkan pelajar Malaysia ke sana memasak untuk meneruskan hidup ( bunyi macam desperate sangat-sangat je ). 

Tapi ana rasa macam tak sesuai sahaja nak bawa bahan makanan cecair seperti kicap dan juga bahan tambahan dalam masakan seperti halia, serai, kunyit dan lain-lain ke sana. Memanglah di sana tiada namun kita juga perlu sesuaikan diri dengan cara masyarakat di sana. Walaupun tersenarai, ana membuat keputusan untuk tidak membawanya.

Ibaratnya pelajar Malaysia yang datang ke Jordan macam Bangla datang ke Malaysia kowt. Haha.
okey, kita highlight kan sikit ,
pelajar Malaysia yang datang ke Jordan macam Bangla datang ke Malaysia !

Lainlah kalau belajar di Malaysia sendiri macam akak, hari-hari kedai- kedai-kedai. Membeli je tahu, itulah faktor wanita Malaysia tak pandai memasak ! Bila suami mahu mengupah orang gaji, cemburu pula !

Eccecee. Miss naDhi kita macam mana pulak?

Ahaha. Memasak ? Dah tiga tahun ana tinggalkan industri itu. Sejak tingkatan empat dimana pengkaderan ana bermula- jarang ana jenguk ke dapur. Kalau tiada kelas di sekolah pada waktu petang atau hujung minggu, ana akan diminta hadir ke program-program anjuran persatuan mak ana.

" Mak, ramadhan ni nak belajar memasak pulalah. Nak duduk rumah, fokus memasak.", ana menyuarakan pada bulan Ramadhan lepas. Bulan Ramadhan kalau di Malaysia merupakan bulan makan jadi sebab itulah ana minta belajar pada waktu tersebut. Ana risau juga sebab bukan empunya badan sahaja yang merasa masakan sendiri tetapi juga kawan-kawan. 

" Tak payah, orang sekarang memasak pakai Google saja." mak menjawab selamba. Asyik-asyik apabila ana menyuarakannya, mak akan cakap - Google, google, google.

" Sekarang orang pandai jaga baby, kalau orang pandai memasak, perfect kan, mak ! Sebab itulah mak tak nak bagi orang pandai memasak, nanti mak takut orang kahwin. Hehe.", aku mengusik hal kahwin yang menjadi kefobiaan keluargaku di mana kepantangan di tahap tertinggi untuk istilah ' Kahwin Awal'.

Kahwinofobia ?

Sebab itulah buku abang Asyraf- tajuk ' Kahwin Awal' mak tak bagi baca, juga termasuk novel-novel cinta. Err tapi anak dia nakal jugak. Buku Tautan Hati dibalut dengan kulit lain- diseludup senyap-senyap ke dalam bilik. Dikhatam dan dijilat. Extra Best !!! 

Huhu. Mak, mintak ampun mak, halalkan susu ibu ye.

Kedai buku pula tak jumpa di cari. Entah buku apa yang diperlukan untuk pelajar ijazah tahun satu usul wa fiqh namun kata alumni 'Fiqh Min Haj' juga penting sebagai asas rujukan buku arab nanti. Jadi berbondong-bondonglah ana dan sahabat-sahabat membelinya. Lantaran ada 8 jilid semuanya, kami berpakat setiap seorang membeli sejilid dan ana pilih jilid ke 7 ! Bab yang ana tak suka. 

Tak suka sebenarnya juga bererti tak fasih. Bukankah tak kenal maka tak cinta, jadi macam mana ana nak fasih kalau ana sendiri tak suka mengenalinya. Jadi harap-harap Miss naDhi rajin-rajin membaca, jatuh cinta dengan bab tu ye .
***Salun***

Alang-alang kedai buku tak jumpa dicari, kami sekeluarga pun singgah gunting rambut sebentar.

" Buka (jilbab) kat sini ke ?"  Ana menyoal tanda menyatakan tidak selesa berbuat demikian lantaran kedai itu bersebelahan jalan.

" Orang tak nampak, bukan ada yang lalu-lalang. Buka sahajalah.", Huh ! Nasiblah labu. Lagipun mujur pintu kedai-kedai itu dipenuhi dengan sticker- jadi terhalanglah juga walaupun tak sepenuhnya. Ana menyuruh adik ana berdiri di sebelah- menjadi hijab ana.

Alangkah beruntungnya kalau pemilik salun itu lebih islamik !

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan perkara yang paling menyedihkan adalah...................

...................Apabila pegunting rambut mengunting sesuka hatinya, maka.................... dot dot !

Ana minta rambut pendek yang berbentuk bulat seperti memakai topi keledar namun hasilnya macam Lady Diana !

Alamak ! Kalaulah rambut itu boleh dicantum semula. 

" Tak apalah. Nanti balik Jordan empat tahun, panjanglah nanti.", ana menyedapkan hati sendiri.

Benar-benar nampak macam tomboi, tak sesuai sungguh dengan watak ana. 

" Ikut suka hati dia sahaja potong. Dia tak nak dengar cakap orang, buat ikut suka dia sahaja", mak turut merungut apabila melihat rambutnya.

" Tengoklah rambut acik !!!", adikku pula bersuara.

Akhirnya kami tergelak sesama sendiri. Lucu. Seumur hidup ana tak pernah memiliki rambut sependek ini malah pada waktu kecil dahulu kami adik beradik pernah menyimpan rambut sepanjang lutut. Adik lelaki ana pun kalau pergi gunting, tak mahu sependek ini. Dia selalu minta nombor tiga atau empat, rela selalu ke kedai rambut daripada memiliki rambut yang pendek.

Agaknya rambut yang pendek ini tak stylish kowt. Sememangnya trend terbaru wanita zaman kini pendek gaya Lady Diana untuk memudahkan pengurusan namun dalam temubual Wanita Hari Ini, rata-rata lelaki tidak suka rambut wanita pendek. Ada yang berpendapat rambut panjang adalah seksi.

" Rasa macam ringan kepala, rasa terlepas satu bebanan di atas kepala.", ana mengakui sangat selesa berambut pendek, terasa sangat ringan walaupun hati kata--- Tak suka !

***MP 3***

" Kalau nak rakam suara lagi baik sewaktu kuliah. Tapi kena minta kebenaran dahulu sebab ada sesetengah doktor yang memperjuangkan ke arah khalifah, tidak mahu suaranya dirakam.", seorang pelajar Jordan yang masih menuntut di sana memberi idea.

Malam tadi sederet kedai telefon di hadapan stesen bas Kuala Terengganu ana bertanyakan MP 3 namun tiada satu kedai pun menjualnya. Agak hampa. 

***Impiano***

Angan-angan ana sejak kecil adalah untuk menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir namun tak banyak tajaan ke sana tambahan pula penaja ana menaja semua pelajarnya ke Jordan lantaran sistem kuliah di Mesir yang tidak mewajibkan pelajarnya menghadiri kuliah sebaliknya hanya wajib mengambil peperiksaan.

Oleh yang demikian, pihak penaja ana seolah-olah sudah serik dengan prestasi pelajar lulusan universiti di Mesir dengan selalu mengingatkan kami bahawa bantuan yang diberikan kepada pelajar sebelum ini langsung tidak amenghasilkan gred jayyid jiddan apatah lagi mumtaz berbanding dengan enam orang pelajar dari Singapura yang lulus dengan mumtaz.

Berikutan itu terdapat pelajar yang menetap lama di sana lantaran tidak lulus dan terpaksa mengulangi peperiksaan. Isu pelajar Mesir yang tidak berdisiplin dan ada yang tidak pandai bertutur dalam Bahasa Arab  lantang kedengaran. 


Selain itu ramai antara pelajar yang mengambil bidang agama di Timur Tengah mendirikan rumah tangga pada usia terlalu muda tanpa menghabiskan pelajaran sekurang-kurangnya ijazah terlebih dahulu. Benar, kalau ada jodoh, maka ia adalah jodoh di samping dengan berkahwin dapat menjaga nafsu diri namun bagi ana sekurang-kurangnya habiskanlah ijazah terlebih dahulu- mengejar cita-cita sebelum cinta, bukankah ?

Berkahwin bukanlah semata-mata untuk matlamat menjaga nafsu diri bahkan mempunyai makna dan matlamat lebih besar, jadi bagi ana penumpuannya adalah pada waktu yang sesuai.

Kelompok Melayu yang besar di sesuatu tempat malah sudah ada rumah khas untuk pelajar dari Malaysia yang ditempatkan mengikut negeri masing-masing dikatakan menjadi faktor ramai yang tidak dapat mendalami bahasa al-Quran itu.

Walaupun dikhabarkan banyak kelemahan dan kekurangan, ana percaya bahawa setiap perkara yang berlaku merupakan kehendak individu itu sendiri kerana yang dinampak sebagai kelemahan itu boleh ditukar kepada kelebihan. Contohnya sistem di Mesir yang tidak dikawal ketat membolehkan pelajarnya menuntut ilmu dengan bertalaqqi dengan lebih banyak sheikh Arab di luar sesi kuliah.

Apapun, andai ditakdirkan masa depan ini bermula di Jordan- maka moga takdir ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

Wah, hati ana mula menjerit girang-tak sabar-sabar rasanya-
saya mahu terbang juga !

*** Tamat***

Hurm nak citer apa lagi ? Extra lebih plak, kan ? Stop sini dululah. 

Kalau ada nak share pengalaman atau nak pesan apa-apa untuk budak baru nak bertatih ini, ana sangat nantikannya !

10 comments:

ayin said...

Selamat sampai naDhi :)

fikrahuddin said...

ha yelah tu. setahun tak rasa citarasa mesia, baru menyesal tak bawak. bawak jelah, kalau tak banyak, bawak sikit.

betul, mungkin kita nak biasakan diri dengan suasana sana. tapi kalau baru pegi, jangan la berani sangat buat macam tu. kalau boleh bawaklah.

lagipun, biasanya nanti duduk rumah kan?
kesian ahli beit nanti, nak masak je kena pakai barang yang depa bawak dari mesia. yg kita punya, tak ada. betul tak?


oh ye, tautan hati sangat best. tu bukan novel cinta. tu novel dakwah.
=)

fikrahuddin said...

sori la menyampuk byk2.

fiqhul manhaji, kita fiqh imam syafie, karangan as-syarbaji, al-bugho, dll tu mmg bagus. hehe

naDhi_islamiC said...

thanks namesis, erm mmg xbawa mknn cecair, ahli beit bpakat camtu jgk, rasa mcm xpelah nde tuxde pom. tp rempah mesti kna bwa..

tautan hati... ? hehe, novel cinta islamik pom skrg ni perlu dikawal saat mbacanya.

smoga Allah meredhoi :)
syukran jazilan :)

fikrahuddin said...

utk ilmu, baguslah ke jordan. huhu. kat mesir ni ramai yang dah mengarut. jaga kelas talaqi sedang kelas dengan lecturer terabai. mana lagi afdhal?

lagi pula mereka sibuk berpersatuan sampai pelajaran terabai.

naDhi_islamiC said...

^_^ sikap masing2 yg mnentukannya,..perlu seimbang- jgn tlalu kolot shingga kluar dr jemaah & jgn tlalu taksub shingga trabai pljrn

syukran sis :D

caliph shuriken said...

agak panjang en3 ni ^^
apa2 pun, smoga trus sukses kt jordan..

*tautan hati.. byk jgak novel2 cmtu kt dlm e-store sy ^^

naDhi_islamiC said...

( eerr ana xpaham knp sllu ad yg komen entry pnjg...)

pesan ana, walaupun novel cinta islamik, bhati2 mbacanya krn stiap denyutan mbawa kpd fikrah yg mcerminkn peribadi kita :) renung2kan

Azam Husni said...

haha.. ramai jugak yg jeles lulusan mesir ramai jadi ulama..tu yg khabar kurang baik sering berterbangan.. dalam 8 ribu mahasiswa di sini, minoriti saja yg gagal.. jgn hanya setitik nila susu sebelanga pulak yg kena.. ada juga yg sengaja gagal untuk lebih lama bertalaqi di sini, menghabiskan kitab2 turath..menyedut ilmu yg ada, ingin menjadi seperti ulama dahulu yg berpuluh tahun menuntut ilmu, bkn sekadar 4 tahun saja.. dalam 8 ribu mahasiswa disini, sebilangan kecil saja yg gak bisa ngomong arab.. Al-azhar sudah tidak mewajibkan kuliyah krn terpaksa.. ratusan ribu masyarakat dunia berpusu2 ke al-azhar setiap tahun.. sekiranya dtg ke kelas wajib, maka kelas talaqi di masjid Al-Azhar di pagi hari akan kosong.. dan kelas di kuliyah akan sesak, sampai tak blh bernafas, smpy ada yg berdiri hingga ke luar.. semuanya ada sebab.. kalau kita dgr sgt ckp org mmg takkan kemana..bg saya, kita akan lebih rasa ikhlas dlm menuntut ilmu jika tiada kongkongan wajib dtg kuliyah.. blh jd keikhlasan hati kita terpesong pada, "takut kena buang kalau tak dtg kuliyah, or rugi je bayar mahal" tp x mgp..tak blh salahkan sistem, salahkan diri.. sy prnh ke irbid...gempak2 juga mrk..

Semuanya baik, yg pntg berjuang menuntut ilmu..ahlan wasahlan ila ardhil anbiya' fi biladi sham...

Bittaufiq!

naDhi_islamiC said...

minoroti ? ntahla..

sengaja gagal ? first time dgr camni, alang2 nk gagal, knp xsmbung master / phD lgi bgus !

ikhlas tu bgus klu ramai yg punyai, tp tkut mslhnya adlh sbliknya

apapun kita blapang dada, dan moga kita tpilih utk mdapat Redho dan Ilmu Nya