Jalan-jalan di Jordan

" هل الأردن جاميل (adakah Jordan cantik ) ? "

Setelah berkenalan dengan masyarakat arab, pasti mereka akan mengajukan soalan ini.

" Sure yakni na'am! Na'am ! Jamilun Jiddan, mashaallah ( Ya, ya, cantik sangat! ) !" 

Opps ! Bahasa Inggeris senang sekali terlucut keluar dari mulutku, apapun itulah skema jawapan yang selalu aku muntahkan walaupun hakikatnya ....dot.... dot .....dot.

Pertama dan utamanya, apabila berada di negara orang, kita mesti menyatakan rasa suka kita kepada negara mereka, pedulikan sampah sarap dan debu yang bertebangan mencari populariti, hiraukan bau syisya dan asap rokok yang masyhur sekitar bandar dan juga jabatan-jabatan rasmi mereka, entengkan bunyi-bunyi hon yang menjadi irama merdu  bagaikan sekumpulan pipit menyanyi riang di tengah jalan.
Jawapan yang positif adalah mesti, lebih-lebih lagi kita sebagai tetamu negara mereka.

"!هناك في ماليزيا حار جيد ( Di Malaysia sangat panas )"

Aha, ini lagi satu kenyataan yang perlu dihafal bagi mentakkidkan ( meneguhkan) lagi jawapan kita. Hehe

" الأردن أو ماليزيا اجمل؟ ( Jordan atau Malaysia lebih cantik ?) "

Alamak ! Itu soalan kantoi !!!

Keadaan di sini mungkin kelihatan seperti bandar separa siap tatkala musim panas dan pastinya musim bunga yang akan menjelang pada bulan Mac dan April nanti menjanjikan pemandangan yang cukup indah buat tatapan sanfurah (anak burung) seperti kami ini !

Alhamdulillah akhirnya genap sebulan berada di sini dengan pelbagai kisah dan cerita, cuma agak kekangan waktu (baca tidak mencari waktu) untuk mengupdate blog.

Perasaan ?
Jika ditanya tentang perasaan, hanya kuntuman senyuman yang mampu mengulasnya.

Kita ketepikan dahulu soal perasaan, soal hati menggapai awan, soal jiwa yang berduka lara kerana ini post tentang JALAN-JALAN DI JORDAN !!!

Iyeah !!!
naDhi bersemangat waja !!! ( entah apa-apa   '' =.=''? )

Baru sebulan dah pandai berjalan-jalan, alamak kalau kak-kak senior tahu.... kantoi jawabnya !



Antara sahabat arab yang paling rapat dengan naDhi ialah Mona yang berasal dari Arab Saudi.
Setiap hari kami akan berjumpa di مكتبة (perpustakaan) pada waktu tengahari, dia sanggup tunggu kuliah naDhi habis. Mona yang mengambil takhosus dirasat diperkenalkan oleh Nida', ibu saudaranya yang juga merupakan pelajar tahun tiga kuliah adab universiti ini. Mereka sangat menyukai pelajar Melayu.

Opss ni Perpustakaan JUST, lupa nak capture gambar universiti sendiri :P
" تعلمت منك لمجتهد في الدروس (saya belajar daripada awak (pelajar Malaysia) untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran", ujar Nida'.

" I like Malaysian, Arabian come to university not to study, doesn't like Malaysian.", luah Mona.

Walaupun berlainan aliran, Mona sanggup membantu menterjemah buku serta mencari isi-isi penting. Lazimnya kami akan berkomunikasi dalam bahasa yang berlainan.

Hah ?

Bahasa apakah ?

Dia akan cuba berbahasa Inggeris kerana dia mahu fasih dalam bahasa antarabangsa itu manakala naDhi pula akan bertutur dalam bahasa Arab.

" كيف دراستك ؟( bagaimana pelajaran awak ?), have u change it ?''Mona memohon untuk tukar bidang, dia ingin mengambil aliran Bahasa Inggeris pada semester akan datang.

" Said in arabic !!!", dia memarahiku.

"سوف تكون أستاذي الذى بشراسة ها ها ها (awak akan menjadi guru saya yang garang)" 


Nahu Sorof ? Grammar ? Buangkan dulu dalam sink sebelum anda kutipnya kembali kerana apa yang penting adalah تحديث (bercakap) sebagaimana cikgu tuisyen kami, Ummu Sarah memberitahu.



Aha, ini dia tempat persembunyian kami dalam maktabah Yarmouk

Nida' yang fasih dalam mencari kitab di perpustakaan akan membantu naDhi membuat kerja rumah yang diberikan doktor. Seandainya terlambat, pasti dia akan menyimpan buku tersebut di tempat khas dengan muka surat yang bertanda dan isi penting yang perlu disalin.

" Like bees", mata pustakawan itu tepat merenung kami sambil meletakkan jari telunjuk di mulutnya.

Terseketika kami berhenti mengadakan perbincangan yang lazimnya rancak kerana dipelopori tiga bahasa. Kadang-kadang kami pindah ke tingkat atas untuk mencari lebih 'privasi'.


Semua mata tertumpu apabila nada telefon berkumandang, alamak ! Lupa nak silent handphone !

" السلام عليكم يا نضيرة,كيف حالك؟ ( apa khabar ?)", Jima kenalan di masjid menelefon. Orang Arab memang suka bertanya khabar berkali-kali.

"الحمدلله,خير. انـت.؟  (sihat) "  walaupun agak kurang sihat dengan badan yang panas, kepala yang bio, batuk yang berdekah-dekah, mata yang berair dan kulit yang mengering, namun menjadi kebiasaan untuk mengucapkan " alhamdulillah, bikhoir" kerana sejak mempelajari bahasa arab di bangku sekolah, itulah jawapan kepada pertanyaan "kaifa haluk". 

Perkataan " انا مريض انا مريض ( saya sakit)" tiada dalam hafalan bagi soalan " kaifa haluk", yep ! 

Hehe, jawab ikut skema.

"تعالى امام المكتبة, أريد اخبرك عن شأء (datang ke depan maktabah sekarang, saya nak memberitahu awak sesuatu)", kadang-kadang naDhi berada di masjid dan sering berjumpa Jima dan ibunya yang mengambil diploma di universiti ini.

Tengok, tua-tua pun masih mahu belajar !


"أريد أنت تعالى الى بيتي .أنت مع صديقاءك التي تريد ( saya mahu awak datang ke rumah saya. Awak bersama kawan-kawan dan sesiapa yang mahu ", satu-satu dia melontarkan kata lantaran naDhi kerap tak faham kalau dia bercakap dengan ayat yang extra lengkap, huh !

Er, rezeki dah ada, maklubah mesti dalam tangan. So, apalagi ? Let's roger !


naDhi mengajak tiga orang sahabat bersama. Ayah Jima mengambil kami usai solat Jumaat menuju ke kampung mereka.

"اين قريتك ؟ ( di mana kampung awak)"

"قريب من الجامعة (dekat sahaja daripada universiti)", Jima tidak sabar-sabar menerima kami sebagai tetamu.


Acu cuba try teka kat mana kami nak tuju ini ?


Perjalanan kami pada hari itu mengambil masa 25 minit !



Oh, lupa. Orang arab suka cakap benda positif, dekat maknanya ............. !!!


Akhirnya kami tiba di sebuah perkampungan setelah melalui jalan berbukit-bukau.

Huh, makin panjanglah kalau cerita bab orang Arab melayan tetamu mereka. Tautan ukhwah bukan hanya pada Jima malah seluruh ahli keluarganya. Keluarganya sebesar keluarga naDhi, bilangan adik beradik lelaki dan perempuannya juga sama dengan bilangan adik-beradik naDhi. Ini membuatkan naDhi berasa sangat gembira dan terlalu mesra dengan mereka. Bukan itu sahaja, pekerjaan ibubapa juga sama persis.



Mereka menjamu pelbagai hidangan yang tidak terhingga. Ya Allah ! Mujur tak pecah perut kami !
salad dan susu

dawali dan kusa

Mereka menghidangkan kami makanan tradisional mereka, dawali dan kusa 

Turut serta makanan wajib mereka iaitu roti , salad dan susu.


Kami akhirnya tenggelam dalam dulang kabsah, sejenis makanan popular di sini selain maklubah.


Dan paling kami nanti-nantikan ialah IKAN ! Sebab dah lama kami tak jumpa ikan kat sini.


Kasi besar sikit gambar ikan nie =P
Malangnya ikan-ikan di sini kurang segar.


Bukan setakat makan malah mereka turut mengajar kami cara memasak maklubah dan beberapa jenis pencuci mulut.

"أنا متأسف جيد, توجد برنامج الأخرى بعد (saya minta maaf, ada program lain pula selepas ini) ", berbisik naDhi kepada Jima. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang sementara ibu Jima masih lagi tidak menang tangan mengeluarkan satu persatu bahan mentah daripada peti sejuk.

"نعم, اخبر ابني ( baiklah, saya akan memberitahu ayah saya)", kami gelisah apabila ibu Jima semakin rancak melanjutkan silibus resepinya dengan mengajarkan juga cara membuat kek merah yang dihidangkan kepada kami selepas makan tengahari tadi.

" naDhi, macam mana ni ? ", masing-masing gelisah. Jima masuk semula ke dapur dengan membawa plastik yang besar, kemudian menyusun buah-buahan di dalam pinggan.

" تفضلك (silakan )", Jima menjemput kami ke ruang tamu sekali lagi untuk melahap buah-buahan yang dihidangkan.


Kami hanya makan sekadar untuk mengambil hati sahaja lantaran terlalu kenyang. (tengok gaya tangan memetik buah )

"تريدين تنظر في خارخ البيتز؟ ( awak mahu melihat-lihat di luar rumah )", terpinga-pinga apabila Jima menyoalnya. Mahu tapi bukan malu, sebaliknya dek gara-gara mempunyai program PERMAI (paksi Komuniti ), kami jadi teragak-agak untuk menerima pelawaannya.

Sementara di luar rumah, matahari beransur mengucapkan salam perpisahan.

Takjub kami melihat pemandangan dari sebuah kampung yang terletak di kaki bukit , tergoda kami !

" Na'am , na'am !" terus kami bersetuju untuk dibawa ke sekitar rumah.

Wah, indah sekali !

         ^___^

Kami mengambil peluang mengenali beberapa jenis pokok dan tumbuhan yang ditanam keluarga Jima.





Buat seketika, kami dilalaikan waktu dan dilalikan pemandangan yang cukup mencairkan hati.



Jima turut menunjukkan sempadan Palestin yang terletak sejauh mata memandang dari kediamannya.
Bukan sahaja mengelilingi rumahnya malah kami juga diajak bertebaran di kampung tersebut.



" Orang Arab ni sifat dia, suka bercakap berulang-ulang tapi dengan ayat yang berbeza. Bertanya khabar dah berkali-kali, kemudian waktu nak berpisah pula, nak minta diri pun dah berjam-jam. Lepas satu ayat, satu ayat dia keluarkan. Itu memang adat dan budaya mereka.", kata-kata Ustazah Fatimah sewaktu kursus Bahasa Arab di Unisza tiba-tiba menjengah kembali, jauh datangnya dari Terengganu.

Sekali lagi kami cuba melepaskan diri. Akhirnya, setelah mentari benar-benar sudah tenggelam, barulah muncul ayah Jima sebagai pemandu pelancong kami yang tak lekang memperkenalkan nama-nama jalan.

" انت كأمي ( awak seperti ibu saya) ", luah seorang sahabat kepada ibu Jima. Jiwanya meruntun pilu.

"وانت كبنتي ( dan awak seperti anak saya )", ibu Jima turut teresak-esak.


Kami meninggalkan keluarga tersebut dalam keadaan hiba. Masing-masing dalam kerinduan keluarga tercinta di tanah air. 
Kehadiran Farah, Sarah dan Yumna sedikit sebanyak dapat mengubat rinduku pada adik-adik tersayang di Malaysia.

Apabila pulang ke sekolah, Balqis terlebih dahulu mendapatkan  lappy tanpa menyalin pakaian sekolah.
Jannah yang sentiasa ceria dan penghibur  hati
Dan baby Huzaifi tersayang, jaguh penurun tangga secara terbalik.
Awas ! Jangan tiru aksi ini !
Dalam perjalanan pulang, masing-masing melepaskan ombak rindu. Suasana suram.


Akhirnya setelah selamat dihantar pulang oleh ayah Jima, barulah kami perasan akan sesuatu.

Kami telah mengembara jauh di perkampungan negara Jordan, namun kami sebenarnya langsung tidak mengetahui tempat itu !

Subhanallah ! سبحان الله !

Gara-gara untuk melengkapkan post ini, barulah naDhi bertanyakan nama tempat itu,

0wh ! Kuffar Jayaz !كفر جايز !

=.=''
 p/s : lain kali pergi jalan, jangan tak ingat nama tempat. Kang tersesat kang payah ! Dahlah duduk di negara orang !


Ayat Al-Quran mengenai mengembara

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
( QS. Ali Imran 3:137 )

Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu."
( QS. Al An'am 6:11 )

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.
( QS. Ar Ruum 30:9 )

Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu.Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)."
( QS. Ar Ruum 30:42 )

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.
( QS. Al Mu'min 40:21 )

Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.
( QS. Al Mu'min 40:82 )

Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu.
( QS. Muhammad 47:10 )