Tahu Agama Tak Semestinya Baik

Tadi usai ana menonton rancangan TV9 yang bertajuk "Ini Kisahku". Rancangan baru ini memaparkan kisah golongan artis yang menyesali kehidupan yang dahulunya jauh terpesong dari jalan agama. Pengalaman mereka amat menyentuh kalbu dan keinsafan yang dikecapi boleh dijadikan teladan oleh penonton.

Pertama-tamanya, tahniah TV9 kerana banyak menayangkan kisah-kisah Islamik yang sangat hebat, penerbitan pelbagai rancangan seperti Sentuhan Qalbu, Tanyalah Ustaz/Ustazah dan Halaqah banyak mengajak penonton kembali memegang tali Islam yang mungkin makin lama semakin rapuh dari pegangan.
Sebenarnya dalam liku-liku kehidupan manusia, tak semestinya label baik dipegang oleh orang yang tahu agama. Dan orang yang baik sememangnya dalam label orang yang tahu agama. Ibaratnya, orang yang bertudung tak semestinya baik tetapi orang baik semestinya bertudung.



Kadang-kadang orang yang tenggelam dalam bidang kemaksiatan seperti industri hiburan tak semestinya Allah sesatkan terus dari cahaya keimanan. Boleh jadi seseorang di ambang keasyikkan dunia tiba-tiba bangkit tersedar erti sebenar kehidupan. Boleh jadi sahaja.

Ya, mungkin agak sukar tapi itu tidak mustahil.

Contohnya sudah ada. Kagum dengan pelakon yang terkenal dengan jolokan Ali Setan atau nama sebenarnya Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha yang dahulunya menjadikan pentas disko sebagai qiblat hidup tiba-tiba berubah memasuki pentas dakwah.

" Kami berharap agar Ali Setan kembali lagi ke dunia hiburan", ucap seorang pengacara rancangan hiburan ketika menemu ramahnya.

" Tak, saya tak akan kembali lagi ke dunia hiburan", balas Ali Setan. Sinis.

Sungguh, sangat mengagumkan !

Hal ini mungkin boleh dikatakan satu dalam seribu namun tiada yang mustahil.

Namun,

Boleh jadi juga, seseorang yang rancak di medan menyebarkan syiar dan tinta Islam tiba-tiba kecundang rebah menggapai kelekaan.

Contohnya juga sudah ada. Gejala Futur menjadi-jadi. Alasan muak, alasan bosan. Faktor dikritik, faktor menjaga periuk nasi dan tak kurang pula faktor isteri. Pelbagai.

Lebih malang, mereka yang giat di jalan agama, di jalan dakwah namun gagal menjaga hati, keikhlasan diri yang menghijab di hati. Akibatnya sia-sia amalan disisi.

Bertambah malang andainya seseorang itu mempunyai fikrah agama berdindingkan kepentingan peribadi, gagal memahami jalan hak. Maka jadilah dia seorang tokoh agama yang sesat dan menyesatkan.


Namun walaupun orang yang tahu agama tak semestinya baik, tapi pengetahuan dia itu sekurang-kurangnya adalah usahanya untuk menjadi insan yang baik

Dan

Semestinya mereka yang berpengetahuan agama ini adalah lebih baik daripada mereka yang jahil terus tentang Islam namun hal ini bukan menjadi faktornya untuk seseorang itu mencela seorang yang lain.

Hadith dari Mu’awiyyah Radhiallahu ‘anhu dia berkata: 
aku menengar Nabi Shalallahu ‘alihi wa salam bersabda: 
"Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan, maka Allah akan membuatnya faqih(faham) tentang agamanya."





Semoga mereka yang jahil tentang pengetahuan agama, tergerak hatinya untuk mendalami agama.

Semoga mereka yang tahu agama difahamkan Allah dengan pengetahuan tersebut.


p/s :peringatan untuk diriku jua

9 comments:

Anonymous said...

setuju! xsmestinya yang pndai agama tu baik :P

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam 'alaik...

nice entry, alhamdulillah..
teruskan menulis, syukran.

CeritaSekupang said...

terbaik... ^_^ ...

satu lagi program yang cs rasakan menarik di tv9 ialah ini kisahku...

naDhi_islamiC said...

peringatan buat ana juga

MIss AShAa said...

tp sedih, sekarang yg ade agama,,berpikiran spt kurang pegetahuan agama,,nice entry
peringatan bt sy jga

naDhi_islamiC said...

nauzubillahi min zalik

Nightroad said...

entri yg memberi peringatan....nice...^^

naDhi_islamiC said...

syukran kerana sudi mbaca :) semoga Allah mberkati

Anonymous said...

peringatan yg berguna .
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah .
Bila-bila masa Allah boleh tarik dan
mencampakkannya dalam hati manusia . Wallahu'alam.