aku ahbash?

" hei buku apa yg kau baca ini? " kawan arabku menyapa dan merampas kitab itu.

" adalah, bagi sini balik?!"aku benci arab ni kasar tau kalau nak tegur2 orang.

" eh, kau baca kalam harari? Kau tahu tak siapa dia??"

" tak aku tak tahu, kau tau?"aku bertanya balik.

" nadhirah, kau duduk dengan mereka? Sejak bila? Kenapa tak bagitahu aku?" Sarah ni memang banyak mulut.

" ya, kdg2 aku duduk dengan mereka, sejak aku dengar kuliah mereka, aku tak boleh tidur malam dan dalam otak aku macam2 persoalan akidah timbul, berkenaan Allah terutamanya."

" sudah! Jangan duduk lagi dengan mereka! Kata2 mereka akan mencelarukan fikiran kamu!"

" kau tak boleh tahzir aku macam tu sarah, aku cuma....."

" sudah! Kalau kau masih duduk dengan mereka, aku tak akan duduk dengan kau lagi." Sarah cuba mengugut.

Aku tahu itu gurauan Sarah tapi aku macam tak berdaya melayannya, beberapa hari ini tidurku tak lena.

Akhirnya aku memanjat bilik doc yusuf zuyut dan memberi dua kitab tulisan harari. 

Doc mengambilnya dan terus mencampaknya ke belakang, membuatkan aku sedikit terperanjat.

Dengan muka garang dia memandangku dan berkata, " kamu jangan tahu apa yg didalamnya, jangan baca buku itu lagi."

Aku terduduk. " kenapa doc?"

" ia akan mencelarukan fikiran kamu"

Setelah berbincang sesuatu dgn doc, aku masih tak puas hati. Pelajar2 arab yg mendengar perbincangan itu, mendapatkan aku dan menasihatiku banyak perkara.

 Beberapa hari kemudian, aku dipanggil doc samirah tahir.

Nantila aku sambung tulisan ni..lapar..makan dulu ye, to be continue tp boleh baca kisah bwh plak. "Poyo punye penulis" hahahhahsha


 *****

" nadhirah, senaraikan nama pelajar malaysia yg ikuti ahbash!" 

Pernah suatu ketika(tak igt dh bila, mgkn bulan 2-5 2014) amid kuliah syariah yarmouk, prof abd Rauf memanggilku. Aku tak tahu bagaimana prof boleh kenal aku,cuma menerima panggilan telefon drp seorg wanita Arab lalu setelah dua minggu setelah itu baru aku berkesempatan memanjat bilik prof. Aku yg melengah2kan waktu utk bjumpa sedangkan perkara ini dipandang penting oleh semua doc syariah sehinggakan setiausaha beliau pon sudah menunggu kedatanganku.

" err prof, mana ada pelajar malaysia yg ahbash. Kamu tak boleh kata mereka yg mendengar kuliah ahbash itu ahbash! Seperti mana saya dulu, saya duduk bersama mereka, tapi saya bukan ahbash, sekadar saya dengar kemudian bila saya tahu sebahagian ajaran mereka btentangan dgn kaedah islam, saya tak duduk lagi bersama mereka. Juga dengan aliran2 lain yg sgt byk. Tentu sekali menuduh seseorang ahbash memerlukan pengakuan drp mereka sendiri!"

Prof tersenyum " wahai anakku, aku memanggilmu kerana beberapa minggu lepas aku melihat dua org akhowat malaysia bersama sheikh mereka. Aku bimbang sesuatu dan kenapa kamu tidak sampaikan apa yg kamu tahu(kesesatan) mereka kpd mereka yg ikuti kelas mereka?"

" mereka sendiri tahu apa yg mereka dgr( kecuali pljr baru di sini yg tak faham bahasa arab atau tak tahu fiqh). Bahkan aku pernah bertanya mereka, mereka mengakui kesalahan puak itu tapi mereka kata setiap kelas mereka akan tapis apa yg disampaikan sheikh mereka."

Errr..walaupun dlm fikiran aku masa tu, macammana mereka tapis? Kalau bab2 biasa bolehlah tapis, kalau bab yg kita jahil? Nak tapis macammana?? Kalau ada orang yg dengar, tanpa selidik macammana jugak?? Apapun, itu hal mereka dan hal aku, aku tak suka dipanggil sebahagian doc syariah berkenaan hal ini, yang jelas sebenarnya jelas. Dunia pon tak mengingkarinya.

" baiklah kamu senarai mana2 pelajar malaysia yg kamu tahu mengikuti sheikh mereka. Aku bukannya nak buat apa, cuma kita perlu bagitahu mereka hal yg sebenar."

"Maaf prof, kalau itu sebabnya aku dipanggilkan, aku tak akan senaraikan walaupun apapun. Itu prinsip aku, aku enggan memberi apa maklumat kpd mana2 identiti sehingga mereka sendiri memberi kebenaran kpdku."

Kami berbincang seketika berkenaan beberapa puak di jordan yg kelihatan sangat aktif. Prof kemudian menyebut kalam saidina ali/umar (aku igt2 lupa) berkenaan kagumnya dengan keaktifan puak yg sesat mencari ''mad'u'' mereka.

Akhirnya, aku mendapat satu idea...." Apa kata prof, kalau mereka aktif, kita juga aktif. Aku percaya mereka bukannya mahu berada dlm puak tertentu tetapi mahu meneguk sebanyak mungkin ilmu di sini dan aku sebenarnya sgt ihtorom mereka."

Prof masih tak dapat tangkap idea aku "tobb, kalau nak ilmu, di kuliah syariah ini, pelajar malaysia dibenarkan mustami3 mana2 kelas yg mereka nak, boleh sahaja. Pelajar just pon boleh menuntut ilmu agama di sini"

" ya, ada sahaja kelas syariah yg dibuat utk semua pelajar.. Tapi maksud saya, waktu renggang setelah pulang dari jamiah..."

Prof kelihatan sgt kagum dengan keaktifan pelajar melayu di jordan dlm mencari ilmu. " baiklah saya akan suruh doc turun ke tempat tinggal kamu dan berbincang dengan persatuan kamu". 

Prof kemudian menelefon doc Ibrahim Ubadah utk menyampaikan hasrat itu, sementara menunggu panggilan dijawab , prof berkata kepadaku " Cuba kamu fikir, kalau kami membawa ajaran bertentangan dgn islam tentu sekali dunia akan mengecam sebagai mana dunia mengecam ahbash, tentu sekali ada yg mengeluarkan fatwa tentang kami sebagai mana ada ulama yg mengeluarkan fatwa tentang ahbash."

Aku menggangguk2, bahkan aku juga membuat bancian terhadap penduduk setempat berdekatan markaz mereka di hadapan bab iktisod.program mereka yg kadang2 'ikhtilat'(percampuran lelaki dan perempuan) berbeza dengan program2 anjuran puak2 lain di sini(makruf arab sangat jaga bab ikhtilat ni).doc fakhri, bekas rois qisim fiqh juga mengenali susuk abdullah harari dan menceritakan kpdku bagaimna beliau mengenalinya. Juga tahzir drp doc ibrahim jawarneh, doc usamah, doc samirah tohir, doc samirah umari yg selalu aku dengar sejak tahun 1 disini berkenaan dalil2 mereka dan perjuangan mereka. Kata seorang doc, "kamu tahu kami di kuliah syariah ini bukan sependapat pon, kami banyak berkhilaf tntg pelbagai aliran dan perkara, tapi dlm bab ini, kami semua bersependapat! "

Post ini sekadar memori penulis tentang kenangan lalu sebelum grad (cheewahh..ayat~).. Memang ada kena mengena dgn yg hidup dan mati namun penulis tidak mengkhususkan mana2 identiti dlm post ini. 

Juga alhamdulillah kelas2 seperti yg dirancang masih berjalan di bawah kelolaan MMY, supaya tiada alasan lagi utk kita mengikuti mana2 puak yg cuba menarik kita utk mperjuangkan hadaf mereka dan tak perlu bersusah-payah lagi menapis ilmu drp sheikh yg kita dengar.