Timbusan Kehidupan

Dalam kesibukkan menghadapi peperiksaan tiba-tiba seluruh warga Malaysia di bumi Irbid dikejutkan dengan berita kematian salah seorang pelajar lelaki jurusan medik tahun tiga di Just. Walaupun aku dan kawan-kawanku tak pernah mengenali allahyarham namun hati kami cukup tersungkur apabila mendengar berita ini. Mati. Saat masing-masing sibuk mengadap buku rupa-rupanyanya ada insan dipanggil mengadap Tuhannya. Mati.
Mati ?
“ Hah ! Betul ke?!”

Mati?
Masing-masing mengangkat mata. Kitab-kitab dibiarkan tanpa tatapan.

Mati ?
Suasana diam kecuali esakan.

Bahkan bekas pemilik nyawa itu tak sangka akan masanya.

Sejenak. Dalam kehidupan yang padat dengan pelbagai ragam, impian yang dikejar dan kesibukkan kerja menjadikan kita sering lupa akan jangka masa hayat kita. Terlupa.

Hayat disangka lama dengan pertambahan umur namun akhirnya di tengah-tengah simpang kehidupan  kita dapati bahawa semakin banyak angka itu semakin pendek umur kita. Bererti suatu hari nanti akan tiba masa untuk kita direhatkan dek kerana usia yang telah ditetapkan. Tetap.

Rehat daripada ragam duniawi, rehat daripada impian yang dikejar dan rehat daripada kesibukkan kerja. Samaada segala corak amal kita menjadi bekalan manfaat untuk kita di alam selanjutnya atau langsung tak menyumbangkan apa-apa atau boleh juga merugikan kita. Rugi.

Dan apabila kematian itu sendiri mengambil suasana kehidupan, barulah terasa ambangannya. Detik waktu seolah-olah terhenti seketika. Masing-masing tunduk. Tafakur.


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Know that the life of this world is but amusement and diversion and adornment and boasting to one another and competition in increase of wealth and children - like the example of a rain whose [resulting] plant growth pleases the tillers; then it dries and you see it turned yellow; then it becomes [scattered] debris. And in the Hereafter is severe punishment and forgiveness from Allah and approval. And what is the worldly life except the enjoyment of delusion.
[Al-Hadid, ayat 20.]


Mati ?
Minggu depan exam

Mati ?
Hujung minggu ada program persatuan

Mati ?
Bulan depan etc....
Tahun depan .....

Mati ?
Mati ?
Mati ?

Soalan itu muncul lagi. 
Mati ? 

Bila agaknya mati akan berada dalam jadual hidup kita pula?


Kita pilih :
Kehidupan menimbuskan ingatan kita terhadap kematian
 atau 
kematian menimbuskan kehidupan kita.

Mati?
Dia dah dijemput Ilahi. Kita bila lagi ?


p/s: Takziah buat keluarga allahyarham

2 comments:

ana kwn hatta said...

arwah,sahabat kpd hatta kan??

naDhi_islamiC said...

hatta razian ?
hurm ntah sbb ana xknl sgt senior2