Tarikh Diri

Aku dan Masa
Kedua-duanya hamba
Dua elemen yang berbeza, tergabung bersama
Laluku menganggapnya sebagai teman setia, terapat berbicara

Enggan-namun tetap aku dirapati
Segenap dalam ambangan hayatnya
Aku tidak akan mempercayai
Kerana aku makin dapat merasainya

Singkat
Itu hal baginya
Jikalau kami bukan satu
Nescaya aku akan mengasihaninya


***
Sketsa I

" Si Fulan telah meninggal dunia "
" Betul ke ? Bila ? "
" Semalam, dia accident semasa kat simpang sana "
" Ya Allah! Kesiannya. Teruk ke ? "
 " Kena langgar lori. Awak tahu, otak dia hancur ! "
" Biar betul ! Kemudian apa yang berlaku ?"
" Dia................
........
***
Sketsa II

" Saya harap semua dapat bertenang menerima berita ini "
" Tolong selamatkan anak saya , doktor !"
" Banyak-banyakkan berdoa. Disebabkan ianya sudah kritikal, mungkin dia hanya mampu bertahan dalam beberapa bulan sahaja lagi"
" Tapi doktor, dia masih boleh dibedah !"
" Disebabkan beberapa faktor, kami terpaksa menghentikan rawatan setakat ini sahaja. Banyakkan bersabar"
" Tak, doktor !  Jika apa-apa berlaku kepadanya, kami akan saman kamu ! "
" Ini adalah ketetapan Ilahi, bukan dari saya. Bersabarlah " 
" Kami tak puas hati .....
............
***

Mereka sibuk berbicara
Tanpa menyedari hakikat itu buat mereka jua
Aku dan dia
Bersama menunaikan cita-cita

Janganlah tersibuk berbicara sehingga terlupa
*Aku dan dia adalah KITA*
Aku dan dia - adalah kita-

Amalan Bidaah Rabu Terakhir Bulan Safar


Rabu terakhir pada bulan Safar terkenal dengan panggilan 'Rabu Wekasan'. Ada yang mengganggap bulan safar merupakan bulan bala kerana sejarah yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti :

  1.  peperangan Al Abwa atau Wuddan 
  2.  perang Bani Qainuqak dan Zi Amin
  3.  tragedi al-Raji' - 6 orang sahabat dibunuh 
  4. Tragedi Bi'ru Ma'unah - 69 pendakwah dibunuh
  5. Peperangan Khaibar

Demikian antara peristiwa penting yang berlaku pada Safar dirakamkan oleh sejarawan untuk dijadikan bahan pengajaran kepada umat Islam. Bagaimanapun, masih terdapat sebahagian umat Islam terutama yang lemah akidah mempercayai kepada sempena baik, prasangka buruk atau nahas terhadap Safar ini, khususnya pada Rabu akhir bulan.

Lebih malang lagi, mereka percaya bahawa pada Safar ini, Allah akan menurunkan puluhan ribu bala yang akan menimpa umat manusia, sedangkan bala sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila masa yang dikehendaki Allah. 

Antara perkara budaya yang karut dan bercanggah dengan Islam yang sering diamalkan kononnya untuk mengelakkan bala bulan safar ialah :

1. Mandi safar
 - Berpesta mandi beramai-ramai sama ada di pantai atau sungai.
- Menolak bala dan buang sial.
 - Menghapuskan dosa.
 - Berarak diiringi alunan muzik.
 - Tanda kesyukuran kerana Nabi Muhammad s.a.w. sembuh dari sakit berat.
 - Minum air dalam mukun (pinggan tembikar) lama bertulis nama sahabat Nabi dan simbol Islam (bulan dan bintang) untuk membersihkan dalaman tubuh.
 - Menulis ayat-ayat tertentu di kertas dan mandi bersamanya.

2. Melarang mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan
 - Pasangan dikhuatiri tidak kekal.
 - Dibimbangi tidak mendapat zuriat.

3. Menghalang bermusafir atau berpergian jauh. 
 - Boleh mendatangkan bahaya atau musibah.

4. Rabu minggu terakhir bulan Safar puncak hari sial
 - Upacara ritual menolak bala dan buang sial sama ada di pantai, sungai atau rumah (Mandi Safar).
 - Hadiahkan kepada diri dan keluarga dengan bacaan syahadah (3 kali), beristighfar (300 kali), ayat Kursi (7 kali), surah Al-Fil (7 kali), 
 - Jangan keluar rumah. 

5. Membaca jampi serapah tertentu untuk menolak bala sepanjang Safar.

6. Menjamu makan makhluk halus yang dikatakan penyebab sesuatu musibah.

7. Menganggap bayi lahir bulan Safar bernasib malang;
 - Perlu jalani upacara timbangan buang nasib buruk.
 - Penumbuk padi, kain putih, sebekas air, seikat kayu, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda diguna semasa timbangan.

8. Mempercayai dalam perut manusia ada ular yang boleh mendatangkan musibah ketika lapar.


9. Bulan Safar adalah bulan sunah. Nabi s.a.w menamakannya Safar al-Khair. 

10. Safar bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. 

11. Banyak kaum terdahulu yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul telah lenyap pada bulan ini. 

12. Mengamalkan membaca kalimah syahadah (3 kali) dan astaghfirullah (300 kali) sebagai pelindung bala.

13. Memberi sedekah setiap hari untuk Allah s.w.t. dengan niat menghindari musibah. 

14. Membuat korban di hari ke-27 Safar untuk Allah s.w.t.

15. Amalan zikir tertentu seperti membaca surah Al-Fil (7 kali) dan Ayatul-Kursi (7 kali) setiap hari.

16. Ada 70,000 bala akan menimpa dunia dan hanya yang mengamalkan adab perlindungan akan diselamatkan Allah s.w.t.

17. Pada hari Rabu terakhir bulan Safar kononnya disunatkan untuk mengerjakan solat sunat empat rakaat. Waktu mengerjakannya adalah setelah terbit matahari dan sebelum masukya waktu Zuhur. Pada setiap rakaat hendaklah dibaca surah al-Fatihah sekali, surah al-Kautsar tujuh belas kali, al-Ikhlas lima kali, Surah al-Falaq dan al-Naas sekali dengan dikerjakan dengan hanya satu tahiyat. 
Setelah selesai solat ini hendaklah membaca doa yang terdapat lafaz-lafaz tawassul yang dilarang oleh syarak iaitu menjadikan Hassan r.a, Hussain r.a, Ali r.a, Fathimah r.a serta keturunan mereka sebagai perantara dalam berdoa. Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk berdoa secara terus kepadaNya tanpa perantaraan sebagaimana firmanNya 

  وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.(Surah Ghaafir : 60)

Hakikatnya tiada sumber sahih bulan Safar boleh mendatangkan bencana dan mala petaka sedangkan sesuatu perkara, bulan dan hari tidak boleh dijadikan ibadah (amalan) tertentu melainkan ada sumber dari al-Quran dan hadis sahih. Dan hukum mempercayai bahawa bulan Safar merupakan bulan bala adalah HARAM.

Bahkan Rasulullah s.a.w. telah pun menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulan yang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. 

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:  لاَ عَدْوَى وَلاَ صَفَرَ وَلاَ هَامَةَ.
Tiada penyakit yang berjangkit (dengan sendiri), tiada (keburukan ataupun kesialan pada bulan) Safar dan tiada (kecelakaan yang bersangkutan dengan) burung hantu. – Hadis riwayat Bukhari.

Dugaan bahawa bulan Safar mahupun hari Rabu terakhir bulan Safar merupakan bulan ataupun hari yang malang merupakan sebahagian dari tathayyur yang dicela oleh syarak sebagaimana yang telah dibahaskan pada bahagian awal khutbah tadi.

Menurut Ibnu Rajab : Menganggap sial bulan Safar adalah termasuk jenis tathayyur yang dilarang, begitu juga menganggap sial sesuatu hari seperti hari Rabu dan anggapan golongan jahiliyah terhadap bulan Syawal sebegai bulan sial secara khusus untuk dalam nikah.

Amalan khurafat Safar ini sukar dikikis dalam masyarakat mungkin kerana ia telah menjadi adat dan warisan turun temurun sejak nenek moyang lagi. Ternyata kesemua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar di atas tidak pernah diperintah oleh Rasulullah s.a.w. serta tiada seorang sahabat mahupun para al-Salafussoleh yang mengamalkannya.

Sabda Rasulullah SAW :  مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمَرْنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدّ
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari

Harus kita fahami bahawa mencela waktu yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah SWT kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah SWT.  Bagi setiap waktu termasuk bulan Safar ini sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta amal soleh adalah termasuk dalam waktu yang baik dan penuh keberkatan.

Oleh itu hendaklah bulan Safar ini dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita terus mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan-bulan lain tanpa mengkhususkan amalan tertentu yang tidak ada nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah. 

Antara sumber rujukan :

(i)Kitab Fathul Majid : Syarah Kitab Tauhid karya Syaikh ‘Abdurrahman bin Hassan Alu Syaikh, edisi terjemahan bertajuk Fathul Majid Penjelasan Kitab Tauhid


wallahua'lam

Seribu Tahun Lagi


Aku mahu seribu tahun lagi ...

                                              
Pada saat aku telah berhenti menulis, ia masih lagi bernyawa, meneruskan saki baki kehidpuan 


Izinkan aku hidup
seribu tahun lagi