cara cari titik persamaaan

Berkata seseorang yg kononnya tegas dlm prinsip agama " innaha bid'ah ! (Sesungguhnya ia adalah bidaah ! ) ", "itu haraaaam !" 

Teringat balik malaysia beberapa bulan lepas, buat 'yg lain sikit je' dituduh syiah dan wahabi (dalam hatiku terasa kesian juga kat syiah dan wahabi,semua yg dianggap sesat dikaitkan dgn mereka)

soalan : Bagaimana untuk terangkan kepada orang awam bahawa Tujuan syariat dapat dilaksanakan dengan pelbagai wasilah (cara).

1. Bezakan antara tujuan dan cara

tujuannya = menutup aurat
cara = pakaian harian / telekung sembahyang

2. Boleh pelbagaikan cara untuk capai tujuan yang satu. bermaksud boleh guna apa-apa sahaja cara untuk capai tujuan menutup aurat.


contoh jika ditanya : "eh kenapa solat tak pakai telekung sembahyang ?" 

Kain telekung yg memang terkenal di Asia tenggara seolah-olah menjadi wajib utk ibadah solat. Sekiranya seorang muslimah memakai pakaian biasa dan menutup aurat, iaitu cukup syarat utk menunaikan solat lalu ditunaikan solat dengan pakaian yang dipakai. Namun ia kelihatan janggal oleh orang awam yang rata-rata akan mengenakan telekung sembahyang yang disediakan di masjid/musolla. Payah utk fahamkan orang awam yg memang sebati dgn ssuatu perkara dgn perkara yg baru

Kadang-kadang si penanya terdiri daripada orang awam yang baru melihat perkara yang dianggapnya bertentangan dengan uruf masyarakat, ataupun seorang yang jahil yang cuma mengikut-ikut akan apa yang biasa dilihat lalu apabila melihat sesuatu yang baru, dia akan mengganggap itu sesat atau ajaran bertentangan. Tugas kita adalah bersabar dan menerangkan dengan baik, menggunakan pertimbangan akal tentang kekeliruan yang dihadapi serta mencari keuzuran faktor( akan diterangkan dalam post akan datang insyaallah) yang menyebabkan si penanya bertanya sebegitu tanpa memarahi si penanya. Juga perlu bijak dalam menerangkan sesuatu perkara mengikut kemampuan berfikir seseorang , misalnya memberi kenyataan menggunakan prinsip kaedah tadi. 

(1)  " saya tak bawa telekung solat dari rumah"

Menunjukkan bahawa telekung bukan sesuatu yg wajib/dhoruri utk menunaikan solat bahkan hanya salah satu cara untuk mencapai tujuan. Malah sekiranya pendengar seorang yang dapat menafsir kata-kata dengan baik, dia akan menangkap bahawa kita sedang membezakan antara tujuan (menutup aurat utk solat) dengan cara (?). Cara apa yang kita gunakan untuk tutup aurat ?

(2) kemudian tambahkan "Cuma stokin yg saya pakai ini dapat tutup kaki saya" 


Bermaksud tutup kaki ( dan berpakaian yang menutup aurat) adalah memenuhi cara untuk mencapai tujuan tadi.Pendengar akan faham bahawa kita tidak cakna/perlukan telekung solat semata-mata untuk solat.

Insyaallah, cara kita mencari titik persamaan dalam setiap hal atau dalam menerangkan perkara khilaf yang menjadi percanggahan adalah sangat penting. Dengan ini dapat mengelakkan pertelagahan yang tak bermanfaat kerana Islam datang untuk memberi rahmat dengan penerangan tentangnya. 

segala khilaf qaul, mazhabiyah, mutasyabihaat dll patut diremehkan dgn memandang besar kebersamaan objektif setiap gerakan iaitu menegakkan islam yg satu.sy merancang utk satu kebersamaan jika diterima krn pengakhiran khilaf yg memecah-belahkan akan menjumpai satu tauhid yg sama

terutama pada orang awam yang tidak belajar agama secara khusus, tersangat penting untuk terangkan yang ASAS sebelum yang furuq( perkara cabang dalam agama)


Jadi kawan-kawan, jangan gaduh-gaduh sebaliknya kita cuba untuk memahamkan keadaan ^_^ peace no war

Cinta dan Keadilan

Genre : sekular

Adakah cinta itu merupakan satu bentuk keadilan atau adil itu merupakan definisi bagi cinta ?

Sejak suatu masa dahulu, persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam mindaku. Ah, cinta itu merupakan deria plastik !  Boleh sahaja ditunjukkan kebahagiannya, boleh juga dipadam melenyapkannya. 

Begitu banyak sandiwara tentang cinta sehingga melahirkan golongan yang enggan tulus mempercayainya dan aku salah seorang daripada keterlibatannya.

1. Aku tidak percaya akan cinta kerana dunia enggan menunjukkan buktinya.


Lihatlah masih sahaja ada lagi persengketaan di sini dan di sana ! Masakan sebuah rumahtangga jalinan dua hati pun enggan menjamin kebahagiaan yang terus walaupun terbina atas ikatan megah cinta, inikan pula dunia dan seisi alamnya ! inikan pula dunia dan seisi alamnya ?! Lalu di mana cinta yang mereka agung-agungkan ? 

Benar, cinta sendiri enggan mengiktiraf kewujudannya.

Tidak lain tidak bukan, mereka tertipu dengan perasaan khayalan mereka sahaja !


2. Aku masih tak percayakan cinta. Tiada kayu ukur untuk menilainya.


Tiada siapa dapat menjangka atau merumus dengan tepat bahawa dia didiami perasaan cinta, kerana cinta itu satu perasaan yang boleh datang dan dbuang bila-bila masa. Boleh jadi sewaktu datangnya, ia bersama harapan atau kesengsaraan malah sewaktu keberangkatannya. Tiada siapa dapat menjangkakannya. Tiada siapa.

Bagaikan ombak besar yang datang menerpa, cinta mungkin membawa rezeki atau menghancurkan hidup.
Cinta tak boleh diukur dan dijangka !

picture by google image



3. Tiada pengabadian bahkan melanggari kewarasan.

Manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk mengejar cintanya, manusia sanggup berkorban apa sahaja untuk hal yang dicintainya malah sanggup bergadai nyawa untuk kekasih pujaan hatinya dan kerana itulah cinta boleh membuahkan sengsara kerana percintaan tak mensyaratkan pengabadian. Kekasih yang lama mungkin dibuang dan diganti-ganti. Hari ini sayang dan esok belum tentu cinta yang sama akan datang. Dan yang paling perit, cinta tak menjanjikan satu tindakan yang waras. Manusia bercinta, dia boleh melakukan apa sahaja, di luar kawalan akal yang waras demi kepentingan perasaannya.

Malah cinta yang mekar itu juga sanggup membunuh yang dicintainya, gila bukan ?

Aku masih tak percaya akan cinta. Cinta akan datang dan ia membawa janji-janji manis dan kebaikan yang dituturkan. Cinta boleh meresap ke dalam mana-mana jasad dan menuntut perangai kawalan.

 Jadi, adakah cinta itu benar-benar wujud ?
Atau ilusi bayangan yang muncul seketika, atau mimpi yang datang suka-suka?



...........bersambung..........

p:s/ karya tidak melambangkan peribadi penulis. Ruangan pemikiran tanpa mendedahkan pemikirnya :) pop out ur comment thanks!