Andai Hilang Cintamu pada Agamamu, Maka Hilanglah Cintaku Padamu

Maafkan ku aduhai teman 
Lantaran tak dapatku menjagamu sepanjang zaman 
Melalui siang berganti malam 
Kadang-kala tak dapatku panjangkan kalam 
Untuk kesilapan yang kau genggam 

Duhai hinanya aku padamu

Segan bicara untuk menegurmu 
Mencegah maksiat yang bertamu

Ku biarkan sahaja ia berlagu 
Mekar hingga gelap hatimu

Ingatlah teman pujangga hati

Diikat ukhwah atas nama Ilahi  
Tinta dikarang menjadi saksi

Terketar memberanikan diri
Bukti ana ithar enti


Lalai hati berhamparkan tawa
Penangan indah si fatamorgana
Hilang akhirat hilang dunia  
Jangan mudah terpedaya
Akan dunia yang mencari mangsa 



Hati mudah menjadi sebati
Pergauli lelaki jangan melampaui 
A'war dan kuncunya akan menambahi 
Menjadi senjata utama buat lelaki
Taktik syaitan menyerang jiwa insani

Hati-hati menjaga hati
Bergenggam teguh pada hakiki 
Sabar membenteng buakkan naluri
Sama-sama mengislahkan diri
Lantaran kita bukanlah wali
Jauh sekali wanita sufi


Hanya Allah sebab ungkapan 
Keterlanjuran kalam pohon kemaafan
Pelamin syurga menjadi impian
Sekiranya retak di persimpangan jalan
Ana tunggu di mahligai persandingan




*Ukhwah Mahabbah Fillah Abadan Abada*



Lantaran bersahabat dan bersaudara kerana Allah SWT sewaktu didunia, mereka bertemu disyurga duduk berhadap-hadapan.
Firman-Nya yang bermaksud : " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara
(dalam suasana kasih mesra)  serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." (Surah al-Hijr ayat 47) 



Andai Hilangmu pada Agamamu Maka Hilanglah Cintaku Padamu ... 


Dalam Hadis Qudsi diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit, Allah SWT berfirman maksudnya:
"Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu.
Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)


p/s : Dalam merungkai bahtera kehidupan, tak semestinya kita perlu berterus-terang dalam mengucapkan kalam, gunakan puisi sebagai hantaran, nescaya ianya lebih sopan. 
Nasihatilah sahabat andai anda menyayanginya !!!

No comments: