Pabila berangkat pemimpin mithali
Ketahuilah tiada waris yang kau beri
Meronta-ronta tiada bertali
Bagaikan dihanyut arus yang meninggi
Adik-adikmu kehausan kau tinggalkan
Jalanmu ke depan tiada tolehan
Kau tinggalkan generasi kebuluran
Di Mentari bumi wakafan
Sisa-sisamu membawa emosi
Kebanyakkannya dihirup bukan ahli
Memegang tanpa berani
Kerana yang berdiri hanya jasmani
Bukan keteguhan iman di hati
Akhi wa ukhti
Kesibukkanmu mengejar teknologi
Rupakan tiada tunjang hakiki
Kau tinggalkan acuan yang sepi
Rentak mereka mula dikiri
Menggoncang naluri dihati
Hak dan batil tiada dipeduli
Kerana iman telah berlari
Dan fitrah tiada di sisi
Untuk apa ku khabarkan?
Untuk apa ku tangiskan?
Bilamana jawatan menjadi rebutan
Terhurai semua kebaikan
Yang dilakukan rupanya syaitan
Cintakan kuasa tanpa batasan
Bilamana benar dan salah telah bercampuran
Kebajikan dan maksiat mula berpasangan
Berada dalam satu tangan
Lantang berseru pada jalan kanan
Kiri pula mengoyak iman
Khabarkanlah adunan mana yang akan menang ?
Bilamana kata-kata didahului nafsu percakapan
Nasihat berpanjangan tiada berpadanan
Kerana lidah dan hati punyai sempadan
Yang didengar tiada pengajaran
Bahkan dihinggap seribu kekeliruan
Khabarkanlah
Yang mana sebenarnya mereka mahu adik-adik teladankan ?
Bilamana Mentari kita mula menyepi
Seolah pengecut enggan berdiri
Kewajipan uatama ditolak tepi
Pemimpin tiada seolah sembunyi
Maksiat menghiasi dibumi mentari
Aduhai pemimpin,
Adakah kamu sedang berlari ?
Bilamana datang Hawa sebagai ganti
Bersuara lantang dan Adam menyepi
Sepatutnya kami kaum dilindungi
Tapi muncul seolah menyamai
Bumi Mentari akan menangisi
Kaum Adam menjadi penyeri
Dibelakang tabir penghias bumi
Inikah mereka impikan dari kami ?
No comments:
Post a Comment