"Mak, kalau nadhi mati di Jordan bumi anbiya' biarlah ditanam di situ sahaja. Tak perlulah bawa balik Malaysia." selamba aku berbincang dengan keluarga.
"Issshh ! Mak nak dikuburkan di sini juga. Tak boleh macam tu.", mak membantah.
"Percepatkanlah urusanku", hatiku keras mendetak.
"Biarlah mak dapat lihat untuk yang terakhir kali".
Diam menguasai ruang udara. Aku diam terpaksa bersetuju.
Masaku semakin tiba. Aku mendongak dunia. Ia suatu keajaiban apabila berbilion-bilion manusia dicipta, menghuni bumi dengan pelbagai karenah.
Bagaikan berada dalam sinetron. Pelbagai telah aku lalui. Jalan kanan, jalan kiri, belakang dan depan. Menarik, mencabar dan segala-galanya. Segalanya aku telah korek, kadang-kadang menjengah dunia gelap, sungguh kotor dan sungguh indah dan kadang-kadang menjenguk dunia cerah, sungguh jemu dan tenang - masing-masing bergantung pada penerimanya.
Aku seorang pengembara,
mencelah-celah dunia manusia.
Aku seorang pengemis,
mengutip-ngutip pengalaman manusia.
Aku seorang insan,
mencari-cari arah hidup sendiri.
Hakikat sudah nyata bagiku.
Kepastian yang pasti.
Namun tak banyak yang dapat aku sumbangkan. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk Pca. Untuk membuangnya dari ingatan. Lama. Setengah tahun aku terperap trauma. Sepatutnya masa itu boleh digunakan untuk menyumbang bakti.
Namun aku tak salahkan diri aku jua. Proses ini juga yang akhirnya dapat mematangkan aku. Menguatkan aku saat bertimpa-timpa ujian terbeban.
Alhamdulillah pada Ramadhan ini aku cuba untuk melenturkan jiwa aku. Aku akui PCA masih membayangi hidupku- setiap nafas, setiap denyut jantung. Setahun telah berlalu dan aku masih belum boleh melupakannya.
Aku membuat perhitungan, andai semuanya telah aku lakukan- semata-mata untuk lupakanny namun semuanya tak berhasil juaga termasuk usaha aku melupuskan barangan tinggalan PCA, barang kenangan kami, berpindah bilik dan ubah strukturnya, suatu jalan lain perlu diambil.
Aku membuat keputusan untuk tidak mahu melupakannya lagi. Aku mahu rohnya sentiasa bersama aku lagi. Aku mahu menghidu nafasnya lagi. Biarlah hakikat dia sudah tiada namun lantaran aku tak mampu, mengapa aku terus memaksa diri untuk melupakannya ?
" Please stop dreaming bout your Pca! ", kadang-kadang mak sendiri cukup cuak dengan perangai aku.
Aku tak salahkan siapa-siapa bahkan aku sendiri cuak dengan emosiku. Aku sendiri gagal mengawalnya.
Aku ubahkan segala tanggapan negatif ini kepada satu peluang. Peluang untuk aku dekat dengan Rabbul Izzati. Hanya itu sahaja harapan yang aku ada.
"Mak, tahun ni tak nak baju rayalah,"
"Habis nak pakai baju apa ?" Mak menyoal kembali aku yang cepat membuat keputusan.
"Tak apalah, banyak lagi baju dulu tak pakai. naDhi nak habiskan pakai semua baju itu sahaja."aku membalas.
Dalam bab pakaian, aku hanya pakai baju yang suka sahaja. Memang kebanyakkan baju aku yang pilih warna dan coraknya. Mostly adalah warna kegemaran aku, merah,hitam dan pink. Tapi tak semua aku suka pakai. Hanya yang aku rasa cocok dengan aku sahaja aku pakai. Yang lainnya aku akan simpan sahaja atau memberikan kepada orang yang menyukainya. Aku tak kisah kalau orang kata aku asyik pakai baju yang sama asalkan aku rasa selesa baju itu.
Aku akan pakai baju hitam,pink atau merah kalau mood aku gembira dan biru kalau sedih. Kalau aku pakai baju hijau maknanya aku mahu bersendirian sahaja. Itu sahaja warna baju yang aku ada.
Ayah selalu menghadiahkan aku barangan yang terlalu cantik. Kebanyakkannya aku tak berani pakai. Hakikat kerana aku tak cantik untuk menyarungkannya.
"Muka yang cantik untuk hati yang cantik", skrip telemovie cina terngiang-ngiang.
Benar, muka yang cantik juga untuk hati yang cantik. Dalam maksudnya tu.
Dan
Baju yang cantik hanya layak dipakai oleh orang yang cantik.
"Tahun ini kita jangan raya, ya ?" mak memberi cadangan. Adik-beradikku menggangguk setuju.
Aku cukup bertuah mempunyai seorang ibu yang cukup memahami.
" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasi mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"
No comments:
Post a Comment