"Awak usrah pasal apa? pasal agama atau pengawas ?"seorang ustazah menghulurkan satu soalan usai aku mengadakan satu usrah di sebuah sekolah.
"Agama", aku menjawab ringkas tanpa mengesyaki apa-apa.
"Saya tak bagi pelajar saya masuk usrah agama. Kelas mengaji saya tiap-tiap hari ada. Kalau pelajar saya minta nak pergi usrah, saya tanya dulu samaada usrah agama atau usrah(mesyuarat) pengawas. Kalau usrah(mesyuarat) pengawas, saya bagi kebenaran tapi kalau usrah agama, baik jangan pergi. Saya tak bagi pergi."
Aku menggangguk setuju. Benar, aku memahami fiqh aulawiya' dan aku tak akan mengadakan usrah andainya mereka mempunyai kelas lain. Cuma setahu aku, kelas mengaji bukanlah diadakan setiap hari. Tiba-tiba rasa macam terpukul pula dengan pertanyaan itu.
"Dia buat usrah apa?" suaminya bertanya.
"Usrah gitu-gitu je. Budak-budak ni(alah), usrah doa makan je", ustazah menjawab.
Biasanya aku dah kalau kena condemn atau apa-apa, mula-mula aku akan rasa down sangat. Hati aku macam nak tercabut, jiwa aku meraung-raung kesakitan. Pada waktu ini, aku hanya pasif berdiam diri. Lepas itu aku akan fikir semula apa yang diperkatakan. Kalau benar, maka aku akan bersetuju dan kalau tersimpang dari tuntutan Islam, aku mengatakan aku mempunyai pendapatku sendiri atau kadang-kadang aku diam sahaja tanpa aku suarakan, bergantung kepada dengan siapa aku bercakap. Dan beberapa minit selepas itu aku akan tersenyum-senyum sendiri. Kelakar.
Dalam apa-apa hal aku mesti tersenyum bahkan selepas aku marah-marah mesti aku tertawa bila mengenangkan cara aku memarahi seseorang. Semua benda aku lawakkan. Hari ini pula, aku kerap tersenyum-senyum sendiri apabila terkenangkan perkataan "doa makan" yang terkeluar dari mulut ustazah.
Hehe... Bulan puasa ini saya lupa nak ajar budak-budak doa makan. Haha
"Esok-esok awak balik Jordan, barulah awak buat usrah. Usrah banyak-banyak- lagi urmmm(bagus)"
Aku menyedari aku tidak mempunyai kelulusan apa-apa. Cuma pangkatku sebagai hamba Allah yang aku bawakan. Rasa rendah diri yang teramat sangat. Namun, bimbang andai ditunggu habis dahulu pengajian, mungkin tak sempat aku mencurahkan bakti. Mungkin juga kesibukkan akan menguasai.
Terngiang-ngiang nota daei, "kalau bukan sekarang, bila lagi?"
Terngiang-ngiang nota daei, "kalau bukan sekarang, bila lagi?"
"Pergi belajar nanti jangan duk ikut yang puak Mesir tu (pelajar Mesir yang membangkang), belajar betul-betul, jangan duk lawan kerajaan.", tiba-tiba agenda politik menerpa cuping telingaku.
Hati aku penuh kerungsingan. Adakah ini bermakna mereka mengganggap aku mengajarkan politik kepada budak-budak ? Allahu Robbi.
Hadoi Hadoi. Kenapa begitu tiba-tiba ni ? Hurmmm
"Tak boleh, kalau kita Melayu bergaduh, orang Cina, orang India naik kepala. Kita bukan duduk di Arab, mereka baloh(bertelagah) macam mana pun, yang naik tetap orang Arab. Negara kita tak boleh macam tu, orang Cina dan India cepat naik kepala.", dia menambah.
"Kalau kita menentang kerajaan, yang jadi Perdana Menteri nanti ialah Lim Guang Eng.", suaminya menambah."Baru-baru ini pelajar Mesir tu dah kena tarik biasiswa."
"Jangan duk ikut persatuan-persatuan Mesir macam itu. Kita pergi (untuk ) belajar, jangan bercampur dengan orang sebegitu." ustazah menasihati." Janganlah duk taksub sangat kepada pemimpin, puja-puja pemimpin.
Naseb beik Yarmouk bukan kat Mesir.
"Ya, ya." kadang-kadang aku membalas setuju.
" Orang yang pakai jilbab pun tak boleh nak percaya. Duk bagitahu tu, duk bagitahu ni. Zaman kini, masing-masing banyak kepentingan sendiri. Kepentingan politik, kepentingan peribadi sampai sanggup menentang kerajaan.", ustazah meneruskan perbualan.
Aku menggaungguk-angguk sahaja. Tidak berkeinginan langsung untuk menyatakan sebarang pendapatku.
" Kami cakap macam ini sebab kami pernah berada di bawah pemerintahan orang Kristian. Masa itu teruk, kami di Sabah. Habis biasiswa pelajar di tarik."
Entah ke mana hala tuju percakapan ini. Sama ada Melayu atau Islam, aku pun tak tahu.
Sepastinya Melayu Islam kan !? Instead of Islam Melayu.
" Awak pergi empat tahun sahaja. Tuh Tok Kenali 21 tahun duk bumi anbiya'. (Ayat-ayat) Quran (boleh) sebut di mulut. Hafal beribu-ribu hadith. Berjuta-juta pun ada." suaminya menguasai perbicaraan.
" Ini tidak, orang pergi luar negara. Ambil Bahasa Arab, balik Malaysia orang panggil ustaz, ustazah. Pergi belajar Arab tut tut dapat gelaran ustaz, ustazah. Ingatkan ilmu syariah tahu.", ustazah kembali bersuara. "Orang kalau gelar ustaz, ustazah ini ilmu syariah biar di kepala otak."
Aku agak time ni mungkin ustazah lupa aku yang aku tak ambil bidang bahasa.
Selalunya inilah tempias yang selalu aku kena. Tapi sedihnya kali ini kerana ia dilemparkan oleh golongan yang bergelar "ustaz" dan "ustazah", golongan yang tahu agama.
Namun adalah segala tamparan ini patut kita fokuskan sehingga terbantut kerja amal kita ?
Pernahkah kita terfikir, menyampaikan yang makruf itu sering tersekat-sekat walhal yang mungkar pula sentiasa berjalan rapat ?
Namun adalah segala tamparan ini patut kita fokuskan sehingga terbantut kerja amal kita ?
Pernahkah kita terfikir, menyampaikan yang makruf itu sering tersekat-sekat walhal yang mungkar pula sentiasa berjalan rapat ?
Apapun segala teguran samaada secara halus ataupun kasar, kita harus berpandangan terbuka, menerima dan menelitinya sebaik mungkin.
Aku baru teringat kepentingan hazar dalam sesuatu perkara. Membuat alternatif baru iaitu dengan menukarkan nama 'USRAH' dengan nama lain supaya mereka yang fobia dengan perkataan USRAH ini tidak salah faham.
Aku baru teringat kepentingan hazar dalam sesuatu perkara. Membuat alternatif baru iaitu dengan menukarkan nama 'USRAH' dengan nama lain supaya mereka yang fobia dengan perkataan USRAH ini tidak salah faham.
Mungkin aku akan guna Liqo' Rabbani (LR). Sesetengahnya menggunakan SC atau MB demi kelancaran tarbiah islamiyyah di institusi pengajian.
Entah kenapa USRAH dianggap ekstrim dalam tarbiah islam walhal dengan usrahlah fikrah umat Islam dapat disatukan.
Entah kenapa USRAH dianggap ekstrim dalam tarbiah islam walhal dengan usrahlah fikrah umat Islam dapat disatukan.
Hmm time's out. kena pergi BTN. Biro Tata(bye bye) Negara pula hari ini.
Hehe
Orang kata banyak nak kena basuh kat sana.huhu.no comment
Comment only available after i attended, okey.
Hehe
Orang kata banyak nak kena basuh kat sana.huhu.no comment
Comment only available after i attended, okey.
Wallahu a'lam
2 comments:
hm, menarik! usrah ini adalah satu muhasabah, introspeksi iman.. orang yg kurang faham manhaj dan erti usrah tak layak mengkritiknya..
heh..tentang kerajaan bukan pada orang-orangnya, tapi pentadbirannya.. persatuan dan mahabbah sesama Islam harus dikekalkan, tapi pentadbiran kerajaan skrg ni perlu ditentang diislah dan dibaiki sehingga kembali ke jalan yg benar..
Sabda Rasulullah S.A.W: "Sebaik2 jihad adalah berkata benar pada pemimpin yang zalim"
syukran azam, semoga kita semua tak lari dari tautan usrah!
Post a Comment