Hati Tak Terjaga Tanpa Perkahwinan ?

Wajarkah kahwin pada usia muda?
Wajarkah kahwin ketika masih belajar ?
Wajarkah kahwin ketika muda dan ketika masih belajar ?



Era Trend Perkahwinan


Pada zaman nenek moyang kita suatu ketika dahulu, berkahwin pada usia muda bukanlah suatu perkara  yang ‘luar biasa’ yang perlu menjadi buah mulut masyarakat. Berkahwin pada usia seawal sebelas tahun langsung tak menjadi masalah lantaran tak dibebani dengan tumpuan pelajaran malah mereka yang masih tidak berumahtangga pada usia 20-an pada ketika itu lazimnya mendapat gelaran percuma ‘bujang lapuk’ ataupun ‘anak dara tua’.

Apabila Malaysia mula mengorak langkah sebagai negara maju maka corak stigma masyarakat juga berubah. Masing-masing mula bekerjaya baik lelaki mahupun wanita, tempoh belajar yang semakin panjang membuatkan ramai yang lewat mendirikan rumahtangga.

Secara tidak langsung, keadaan ini akhirnya mengubah persepsi masyarakat terhadap kahwin awal. Kebanyakkan pelajar akan giat menghabiskan dahulu pengajian mereka sebelum bersedia mendirikan rumahtangga. Rata-rata yang bekerjaya memilih usia seawal 25-an malah menjadi perkara biasa bagi mereka yang menangguhkan perkahwinan sehingga usia hampir mencecah 30-an demi memantapkan ekonomi masing-masing.

-Ayah, along nak kahwin !
 “Belajar dahulu, biar ada duit sendiri baru boleh bagi makan anak orang”

-Mak, adik nak nikah!
“Gatal sangat ke nak kahwin awal, kerja pun tak ke mana lagi dah berangan nak ada isteri”

Dalam pada masa yang sama, kebejatan moral meningkat naik. Kes-kes jenayah yang semakin hari semakin menimbun cukup merisaukan. Lebih memalukan apabila masyarakat Malaysia mula sinonim dengan episod zina remaja kini yang akhirnya diakhiri dengan babak pembuangan bayi oleh si ibu sendiri. Kejam !

Akhirnya, impak negatif zaman global pada hari ini mengubah kembali  statistik perkahwinan pada usia muda yang meningkat naik  beberapa tahun kebelakangan ini.  Tambahan pula isu ini dipandang serius oleh pelbagai pihak termasuk institusi kerajaan demi membendung gejala sosial daripada terus merebak.
Galakkan inisiatif Kelantan




Melaka galak remaja kahwin awal dan dibenarkan bersekolah

















Akhirnya, impak negatif zaman global pada hari ini mengubah kembali  statistik perkahwinan pada usia muda yang meningkat naik  beberapa tahun kebelakangan ini.  Diakui, ikatan perkahwinan sememangnya merupakan sebagai jalan keluar terbaik bagi menyelesaikan kebanyakkan kes-kes moral remaja pada hari ini dan dapat menghalang maksiat daripada terus berlaku sebagaimana yang dianjurkan oleh agama islam itu sendiri.

 Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah
 kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan)
 dan barangsiapa yang tidak mampu
 maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan”
(hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad)

Wajarkah kahwin pada usia muda?

Istimewanya apabila agama Islam memberi perhatian terhadap usia muda bahkan hadith di atas menyebut golongan pemuda (syabab). Umum mengetahui pada usia meningkat remaja memiliki potensi untuk melakukan sesuatu yang baru, dengan tenaga yang kuat serta nafsu yang memuncak.

Adapun undang-undang Malaysia menyatakan bahawa tiada perkahwinan boleh diakadnikah atau didaftarkan sekiranya lelaki berusia kurang daripada lapan belas tahun dan perempuan kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim syariah memberi kebenaran dalam hal tertentu.

Wajarkah kahwin ketika masih belajar ?

Bagi pelajar yang telah mendapat ‘lampu hijau’ untuk mendirikan mahligai impiannya, sifirnya mudah andai pandai menguruskan kedua-dua hal dalam waktu yang sama- akademik dan rumahtangga-



Pro dan kontra perkahwinan ketika masih belajar sedikit sebanyak  memberi kesan kepada jiwa insan yang mahu mendirikan rumahtangga. Tak kurang pula yang dilema lantaran kekangan situasi yang membelit diri seperti ekonomi yang tidak mantap, tidak mendapat keizinan wali ataupun kontrak perjanjian penaja yang tidak membenarkan seorang pelajar berkahwin.

Saban tahun kes-kes maksiat masih lagi dipelopori dalam kalangan remaja termasuklah golongan yang terpelajar. Isu yang hangat dibahas ini sering timbul dalam kalangan mahasiswa. Tinggal serumah dengan pasangan kekasih, pelajar kahwin lari, pelajar luar negara kahwin tanpa memberitahu ibubapa.


“ Kami nak kahwin tapi mak ayah tak bagi. So, lantaklah !”


“ Wanita sekarang ini pakai terlalu seksi. Ko gay ke kalau tak rasa suka?”

" Mahar tinggi sangatlah bro, gua budak sekolah je pun"



Pelbagai alasan digunakan untuk menutup kesan hati yang tak terjaga, menyalahkan suasana dan keadaan namun terlupa bahawa islam juga mempunyai kaedah “prevention is better than cure”.

Syumulnya islam telah memberi jalan kepada mereka yang tak mampu berkahwin mengekang gelojak nafsu dengan berpuasa. Selain itu Islam juga menganjurkan umatnya, baik lelaki mahupun wanita supaya menundukkan pandangan. 

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ  وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. 
[ An- Nur : 30 ]
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ 
  ۖ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
[ An- Nur : 31 ]


Dalam ayat tersebut, Allah memerintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan. Kemudian barulah diperintahkan wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat. Hal ini membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya.




Lebih-lebih lagi pada zaman modenisasi ini di mana wanita bebas berpakaian malah berlebih-lebihan dalam bertabarruj tanpa mengikut etika agama mahupun tertib berpakaian.
Refleksi tabarruj wanita dan hati lelaki
Umum mengetahui filem-filem ataupun drama kini kebanyakkannya tidak bermoral dan tapisannya semakin nipis. Dengan hanya satu klik di YouTube, sesiapa sahaja bebas mengakses video tontonannya tambahan pula Malaysia bukanlah negara yang mengharamkan video lucah.

Impak lain juga timbul apabila remaja sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang ditontonnya. Hal ini cukup memberi kesan kepada generasi remaja seandainya bendul dalam memilih video ataupun drama yang sesuai sebagai tontonannya.


" Awak letak antivirus tak dalam laptop awak ? "

" Mestilah letak ! "

" Biar pun tak kena virus lagi ? "

" Laa, kalau dah kena virus ,teruklah jadinya. Sekarang ni banyak virus, jadi kena install antivirus yang terbaik dan kena selalu scan tau "

"Ha, begitu juga hati, kalau dah sentiasa terdedah dengan 'virus', tak salah kan kalau kita ada cara yang lebih sikit untuk scan hati kita "

Pergaulan bebas yang dikesan sebagai punca utama kebejatan moral hari ini juga perlu dipandang serius oleh masyarakat. Hati disibukkan dengan  perhubungan berlainan jantina hatta sekecil-kecil perkara pun menjadi lubang urusan yang mendalam.

" Biar ana temankan nta pergi jumpa ketua akhawat nanti "

" Eh, tak payahlah. Dekat sahaja pun, lagipun cuma menyerahkan kertas ini sahaja. "

" Sebenarnya ada yang lagi dekat dengan nta. Fitnah (ujian). Walaupun kita yakin hati kita kuat, kita kena consider juga hati perempuan, jumpa sekejap sahaja hingga tak sempat nak tengok muka tapi impaknya lama" :D

Hati orang bujang tak terjaga ?

Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.

Perlu disedari bahawa perkahwinan bukan sekadar ikatan sah antara dua insan malah juga mempunyai skop tanggungjawab yang perlu digalas. Perkahwinan mestilah mempunyai matlamat yang jelas kerana ia merupakan satu ibadah serta mengikuti sunnah nabi. 

Bukan sahaja ingin membentuk BM (bait muslim)
malah BQ (bait Quran)
Apabila difahami bahawa perkahwinan juga merupakan wasilah untuk beribadah kepada Allah dan melazimi sunnah Nabi SAW, rupanya hal inilah yang akan menghindarkan seseorang dari maksiat.


Huraian Hadith

15 comments:

durrahnur said...

assalamualaikum...

syukran atas ulasan artikel yg menarik..tertarik dan kagum!subhanallah..

kdg2 bila ana fikirkan kembali kewajaran berkahwin di usia muda dan masih belajar..itulah antara dilema-lema yg terakam dlm minda..

tapi apabila difikirkan dari satu sudut yg jernih,ana fikirkan kewajaran itu telah tiba masanya utk anak-anak muda khususnya yg msih belajar,kita lihat skrg..byk sgt social prob jadi,maksiat tu seolah2 lazat,tp bila yg ad fikiran ke arah perkahwinan,ibu bapa penghalang ke arah niat yg cuba nk dilakukan anak-anak2..

dlm kes zaman skrg ni,pd buah fikir dan ilmu ana yg cetek,ana rasa perlu ada juga sedikit sifat keterbukaan ibu bapa dan kesedaran anak2 akan mslh yg menjerat kbykn rmaj2 skrg..dan solusinya perkahwinan..tp bukan perkahwinan yg terbina atas suka2 semata,tp perkahwinan krna ada kesedaran..

sungguh,xdpt nk dinafikan..muamalah kita shri2 pun kdg bercmpur baur antara yg hak dan batil,bagi wanita pula lebih luas pintu fitnahnya berbanding lelaki,dan ana rasakan perkahwinan jua salah satu penutup kepada pintu2 maksiat dan fitnah tersebut..

semua pihak wajar utk bersikap selesa dan tng pabila isu kawin muda ni dibincangkan,khususnya pihak keluarga,ibu ayah dan anak-anak2..

wallahualam...

nice sharing sis!:)

naDhi_islamiC said...

satu denyutan yg bernas ^_^ saya tidak menyatakan mana yg terbaik, mana yg relaven kerana perkara itu subjektif, tertakluk ats situasi dan individu tersebut.

mungkin bagi mereka yg mengambil bidang yg masanya tidaklah setenat bidang medik/sewaktu dengannya-mungkin blh mbuat kptusan itu ataupun mereka yang tak rasa terbeban dengan tanggungjwab belajar setelah berkahwin. atau mereka yg sudah mula bkecimpung di alam pekerjaan ataupun hukum berkahwin sudah jatuh menjadi wajib kepada mereka.

dan mgkin juga bagi mereka yg mementingkan kerjaya/merasakan berat utk memikul tanggungjwab perkahwinan ketika belajar atau pada usia yg muda merasakan keputusan berkahwin bukanlah satu keputusan yg baik

TAG : trend perkahwinan , situasi kini, alternatif jaga hati bagi mereka yg tak berkahwin

..:::..setiap artikel dalam blog ini hanya ingin mendenyutkan(mencetus idea), sedangkan tindakan itu diambil masing2 yg mana dirasakan terbaik buat dirinya

syukran ^_^

Mujahidah Syaabah said...

tertarik untuk kawen di usia muda.. tapi mok ayoh doop wi.. hahaha..
redoo je la op..

naDhi_islamiC said...

hoho status berani mati dik oit...
pada akak, baik pertimbangkan knp ibubapa xbagi, mungkin sbb sikap kita di rumah- da sesuai jadi isteri ?
masak, mgemas, basuh...etc...

igt ayat ni
"perkahwinan bukan sekadar ikatan sah antara dua insan malah juga mempunyai skop tanggungjawab yang perlu digalas. Perkahwinan mestilah mempunyai matlamat yang jelas kerana ia merupakan satu ibadah serta mengikuti sunnah nabi. "

cx's said...

byk pros n cons. kite sbg manusia yg telah dikurnia akal minda n fikiran perlu n wajib ntk berfikir kearah positif dn cuba yg terbaik dlm membina masjid :) tk slh jika berkemampuan dari segalanya.

naDhi_islamiC said...

ya, berfikir ke arah positif dan cuba yang terbaik ^_^

membina rumahtangga juga perlu didasari dgn prinsip yg kukuh,janganlah ia menjadi punca institusi daie runtuh. ramai yg setelah berkahwin meninggalkan kerja dakwah dgn alasan isteri, anak n tanggungjawab peribadi walhal rasulullah berjaya menerapkan keperibadiannya dlm setiap aspek sbgai bapa, suami, pemimpin, kwn etc

Ibnu Aziz Ibnu Daud said...

insyaAllah...dengan perkahwinan, dapat melahirkan zuriat yg mempunyai matlamat ke ustaziyatul 'alam , selain diri kita sendiri...

naDhi_islamiC said...

benar, zuriat bukan sahaja meramaikan umat nabi SAW malah menjadi penggerak kepada dakwah islam.
Istimewanya anak yg soleh juga menjadi pusaka yang paling bernilai selepas mati melalui doa utk orang tuanya. sebab itu pentingnya tarbiyah dlm rumah.


memetik kata2 tuan guru haji hadi awang "ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita."

wallahua'lam

Azam Husni said...
This comment has been removed by the author.
naDhi_islamiC said...

benar, kalau dah selalu bersama mcm suami isteri, selalu buat maksiat, baik halalkan terus ikatan tu dgn berkahwin.
bak kata ust azhar dgn bkahwin dpt " tutup sebelah mata" .
ditekankan juga disini alternatif bagi mereka yg xmampu berkahwin tetapi tegar melakukan maksiat dgn alasan menyalahkan situasi padahal banyak alternatif lain utk 'jaga hati'

akuamir said...

nice blog ... :)

almanjuniyy abdullah said...

syukran diatas perkongsian... semoga Allah redha...

naDhi_islamiC said...

berkongsi dgn diri sy juga, inshaallah semoga Allah redho

ONe MUjahid said...

Mabrook,satu ulasan yang menarik..alhamdulillah..tapi terdapat persoalan..bagaimana hendak mengatasi perspektif masyarakat mahupun ibu bapa yang memandang kahwin awal adalah tidak relevan kerana realitinya sebegitu.syukran

Anonymous said...

Assalam.. nice sharing..
hmm..ade sumber rujukan tak tntg kahwin muda @ semasa belajar?