Fikrah Rama-rama


Pada dunia ISLAM hari ini,
Kita perlu meninggalkan takuk lama, keluar dari kepompong taksub dan fanatik terhadap sesuatu pihak
Sentiasa membenarkan satu pihak dan membangkang pihak yang lain
Puja yang disukai dan kritik yang dibenci

KELUAR! KELUAR ! KELUAR !

Keluar dari kepompong lama
Realistik pada dunia semasa
Keluar dari zaman TAQLID 1 mazhab
Keluar dari zaman TAKSUB 1 pihak 
Keluar dari zaman LABEL-MELABEL

" Dia masih anggap yang pakai jubah itu baik, yang pakai jilbab itu alim. Dia masih tak terbuka dalam berfikrah !"

" Ramai yang buat kisah-kisah islamik tapi watak baik yang kaku melawan fitrah dan situasi zaman ! Cubalah realistik !"

Itu haram , ini haram. Hentikan sifat pandai menghukum sahaja sebaliknya cuba bagi alternatif disebalik pengharaman itu !"


Kita perlukan muslim yang lebih MATANG dalam beragama, REALISTIK dalam memberi pendapat serta terbuka dalam penonjolan fikrah Islam.

 MATANG DALAM BERAGAMA !

 REALISTIK DALAM MEMBERIKAN PENDAPAT !


TERBUKA DALAM PENONJOLAN FIKRAH !


Jika hari ini seekor beluncas
mendakwa dirinya matang
berani keluar dan memecahkan kepompong lamanya

Jika hari ini seekor rama-rama
terbang bebas di alam dunia
berani menjadi realistik dalam hayatnya

Dunia muslim pula bila lagi?


Dari Terengganu ke Jordan


Ini artikel khas yang saya buat bagi lepasan-lepasan SPM di Terengganu khususnya mereka yang ingin memohon tajaan MAIDAM ( Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu ) menjawab pelbagai persoalan mereka yang bertanyakan hal ini melalui mesej di facebook saya.

Pertama lagi utama, perlu diketahui kos pengajian di Jordan khususnya di Universiti Yarmouk serta kos sara di bumi anbiya’ ini sangat tinggi sehingga mungkin mencecah RM 11 000 setahun tambahan pula baru-baru ini tarif elektrik naik secara mendadak bermula bulan Februari pada tahun ini menjadi faktor kenaikan cukai barangan sebanyak 15%.

Kadar  inflasi negara Jordan yang semakin tinggi memberi kesan yang cukup besar kepada mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini. Justeru menurut saya, bagi mereka yang tidak berkemampuan, tidak digalakkan ke sini melainkan mendapat mana-mana tajaan.

MAIDAM merupakan institusi zakat di Terengganu yang menaja pelajar Terengganu dengan syarat-syarat tertentu ke Jordan dalam tiga progam :

(i)                  Program Ulama’

Permohonan ini bermula dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM lagi. Program ini menawarkan biasiswa dari peringkat sarjana muda sehingga PhD. Biasiswa sebanyak RM 20 000 setiap tahun diperuntukkan. Saya difahamkan terdapat bebarapa peringkat tapisan dilakukan termasuk perlu menghadiri kem/seminar dan proses temuduga di samping keputusan peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM yang cemerlang. Program yang bermula pada tahun 2009 ini menawarkan universiti dan bidang pengajian yang ditetapkan sendiri oleh pihak MAIDAM.

(ii)                Program Al-Ansar

Saya sendiri merupakan pelajar tajaan al-Ansar. Permohonan ini dibuat selepas menerima keputusan yang dalam SPM dengan syarat-syarat tertentu :

(i)                  Sekurang-kurangnya 5A dan ke atas
(ii)                Memperolehi Gred A dalam subjek agama dan Bahasa Arab
(iii)               Tiada subjek yang memperolehi gred C
(iv)              Lulus temuduga

Program yang bermula pada tahun 2010 ini menaja biasiswa pada peringkat sarjana muda sahaja dan kadarnya mengikut tahap kecemerlangan pelajar di universiti.
  • Maqbul (lulus) : RM 12 000
  • Jayyid : RM 13 000
  • Jayyid Jiddan : RM 14 000
  • Mumtaz : RM 15 000       
Pelajar di bawah tajaan ini dibenarkan memilih bidang pengajian dan universiti yang atas pilihan masing-masing

(iii)               Pakar Sakit Puan.

Program ini juga bermula pada tahun 2010, menaja pelajar dalam bidang perubatan sehingga pengkhususan dalam bidang pakar sakit puan. Permohonan ini dibuat dengan menggunakan keputusan percubaan SPM lagi dan calon hendaklah lulus temuduga.

Sekiranya gagal memenuhi syarat-syarat pada program tajaan tersebut, pelajar yang  membuat urusan ke sini dengan tanggungan sendiri, boleh cuba meminta bantuan dermasiswa dengan pihak MAIDAM namun dengan kadar yang berbeza.
  • Maqbul (lulus) : RM 9 000
  • Jayyid : RM 10 000
  • Jayyid Jiddan : RM 11 000
  • Mumtaz : RM 12 000
Antara bidang agama yang ditawarkan adalah :

(1)    Fiqh wa usuluhu – berkaitan hukum-hakam
(2)    Usuluddin – berkaitan al-Quran dan hadith
(3)    Bahasa Arab

      Antara universiti yang ditawarkan :
  • Universiti Yarmouk
  • Universiti Mu’tah 
  • Universiti Al-Bayt
Pelajar diharapkan dapat membuat persediaan yang rapi dalam proses temuduga kerana persaingan pastinya sengit dalam proses temuduga.


Antara soalan yang ditanya pada sesi temuduga : 


(1) Memperkenalkan diri dalam bahasa Arab
(2) Sebab memilih bidang pengajian
(3) Hafazan Juz akhir Al-Quran


Pada tahun ini persaingan mungkin lebih sengit dengan permohonan lebih ramai pelajar. Oleh itu persediaan yang rapi perlu dibuat untuk melepasi sesi temuduga termasuk dengan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara, mengambil tahu bidang tugas Maidam serta ahlijawatankuasanya. Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang ditanya mengikut jenis bahasa yang ditanya. Sekiranya soalan itu ditanya dalam bahasa Inggeris, maka jawablah dalam bahasa tersebut.

Tidak lupa supaya pelajar mengambil kira tips-tips temuduga dengan berpakian kemas, tampil berkeyakinan dan mengamalkan adab yang sopan semasa sesi temuduga seperti cara bercakap dan duduk dengan betul. Tentulah dalam mana-,mana sesi temuduga, apa yang terpenting adalah keyakinan pelajar dalam menjawab dengan rasional soalan yang ditanya di samping tingkah laku yang sopan.

Pelajar yang melepasi sesi temuduga diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Arab. Pada tahun lepas, kami pelajar tajaan Maidam ditempatkan di UNISZA, Gong Badak selama sebulan untuk mengikuti kursus ini. Pada akhir kursus ini akan diadakan ujian bertulis.

Setelah semua tapisan dibuat, pelajar yang layak diwajibkan menjalani Kursus Biro Tatanegara (BTN) yang menjadi syarat wajib bagi mana-mana pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Se
Selain MAIDAM, institusi Yayasan Terengganu turut menawarkan pinjaman bagi melanjutkan pelajaran ke sini. Sebaiknya hal ini dirujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan tentang hal ini. 
Harap artikel ini serba sedikit dapat membantu. 

Sekiranya ada persoalan, boleh rujuk terus laman web rasmi MAIDAM atau boleh tinggalkan komen di bawah.

*Saya minta maaf atas keterlambatan menjawab persoalan yang ditanya. Harap artikel ini dapat membantu.

Mencari Untung Islam atau Jemaah ?

Pada sudut pandang yang lain, kepelbagaian jemaah ataupun organisasi dakwah di Malaysia diharapkan dapat menjaga kepentingan Islam dengan cara giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat sejagat.

Namun, awas ! 

Ketidakfahaman petugas dakwah mengenai objektif dan matlamat dakwah itu sendiri boleh mendatangkan fitnah kepada cara sebaran dakwah Islam dengan taktik yang digunakan yang akhirnya menimbulkan kekeliruan umum dan menyebabkan mad'u menjadi pening.


 " Nak untungkan syarikat atau nak sebarkan kebaikan produk? "


Contoh analogi yang saya berikan, ibarat seorang penjual yang mahu menjual sesuatu produk milik syarikatnya (jemaahnya).


-> Penjual yang mahu keuntungan semata-mata, akan sanggup menipu dan menggunakan pelbagai cara untuk memaksa pembeli

-> Sebaliknya,mereka yang ingin sebarkan kebaikan produk akan menggunakan syarikat sebagai wasilah semata-mata. Walaupun pembeli lebih prefer syarikat lain namun yang penting baginya pembeli tersebut mendapat kebaikan walaupun bukan dari produk hasil syarikatnya.

Pertama lagi utama, sangat penting bagi pendakwah untuk membezakan antara dua kehendak ini, iaitu mahu menyebarkan islam ataupun mencari ahli untuk jemaahnya. 


Kedua-duanya perlu dibezakan supaya tindakan yang dibuat oleh petugas dakwah tadi tidak melampaui batas. Sikap berlapang dada dan saling memahami konsep kepelbagaian jemaah atau organisasi dakwah perlu sentiasa diamalkan samaada di peringkat ahli sehinggalah pendokong jemaah itu sendiri.

Agak kesal dengan sikap sesetengah pendokong sesebuah jemaah yang terlalu agresif untuk meramaikan ahli-ahlinya sehingga sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk menipu semata-mata untuk menarik seseorang kepadanya jemaahnya.

Lebih malang apabila mad'u terasa dirinya diperdaya untuk kepentingan sesebuah jemaah dan rasa 'terhutang budi' dengan layanan dan kos belanja yang diperuntukkan kepadanya menyebabkan dia serba-salah dan keliru dengan sikap petugas dakwah yang seolah-olah memaksanya menjadi ahli jemaah terbabit.

Oleh yang demikian, sewajarnya setiap ahli dakwah memahami tugas yang dipikul mereka di samping kawalan yang teliti para pendokong jemaah agar ahlinya di setiap peringkat jawatankuasa menjalankan tugas dengan betul melalui batasan syara'.

Akhir kalam, setiap yang bergelar daei perlu menyoal diri,

 " Sebarkan kebaikan Islam atau mencari keuntungkan jemaah ? "

Apabila setiap orang dapat memahami objektif dalam sesuatu pekerjaan, nescaya perkara-perkara yang sebegini tidak akan berlaku kerana seseorang itu akan bertindak mengikut matlamat mereka.



#Seseorang akan bertindak mengikut matlamat mereka.noted#

Nyawa hati pengembara ilmu

Tahun ini kurang aku post sesuatu atau lebih tepat kurang aku berblog. Tapi aku tetap dengan hobiku, menulis puisi atau coret-coret cuma tak dipublishkan namun gelaran " Blogger Berdenyut'' sentiasa sahaja menghigapiku sedangkan aku lebih suka memilih untuk bergiat secara diam-diam tanpa pengetahuan ramai. In fact, fokus yang aku berikan pada tahun ini bukan lagi ke arah penulisan walaupun aku masih lagi aktif terlibat dengan sebuah produksi majalah.

Hari ini aku nak coret sesuatu jauh di sudut hati aku, mungkin agak kasar or straight to the point so kalau ada yang tersinggung, demi Allah aku tak maksudkan siapa-siapa. Juga di samping menjawab pertanyaan kebanyakkan mereka yang memenuhi inbox mengenai kehidupanku di sini dan pembelajaran di Universiti Yarmouk. Lebih-lebih lagi lepasan SPM pun akan mendapat keputusan mereka nanti dan mungkin akan alami semacam apa yang aku lalui - keliru dengan bidang dan pilihan-

Cara Belajar di Yarmouk

Alhamdulillah sekarang hampir setengah tahun nyawaku di Tanah Arab ini, berada di tengah-tengah masyarakat yang memahami al-Quran tetapi tak semestinya mengamalkan kesemuanya namun sosial mereka adalah lebih baik dari negara kita. Menjadi pelajar di sini sangat mudah- masuk kelas, dengar doktor syarahkan. Kalau faham, angguk. Kalau tak faham, angguh-angguk. Haha.

Tapi bagi aku, sangat rugi mereka yang tidur di dalam kelas sebab walaupun pada awalnya tak faham apa yang doktor cakapkan, sekurang-kurangnya boleh dapat tangkap dulu loghat doktor tersebut. Before this, pernah mendengar rungutan mengenai terdapat pelajar luar negara tak masuk kelas sebaliknya pergi merantau tetapi boleh berjaya dengan hanya menghafal buku-buku. 

Ya ! Itu tak mustahil kerana para doktor di sini kebanyakkannya consider pelajar Malaysia. Okey sahaja dengan teruskan perangai ponteng, asalkan rexux tak menjejaskan. Tapi bagi aku, mereka yang sebegitu adalah mereka yang terlupa bahawa berguru itu dengan doktor, bukan dengan kitab.

Kawan-kawan Arab di sini sangat suka menolong bahkan hampir tiap-tiap hari aku dating dengan seseorang untuk syarahkan semula kitab-kitab ilmiah atau buku-buku cerita. Aku terpaksa bekerja keras sedikit untuk mendapatkan bahasa yang tak terjangka aku akan menuturkannya ! Namun yang agak aku kesal, sikap segelintir mahasiswa Melayu yang sangat prejudis dengan hal ini. Apabila orang Melayu berdamping dengan orang Arab, seolah-olah mereka merasakan orang Melayu itu sombong ataupun melebih-lebih. Kadang-kala aku rasa sangat bosan melayan fikiran mereka yang terlalu kolot dengan bangsa.

Tapi aku mengaku aku memang buat-buat tak kisah ataupun kawan-kawan panggil aku neutral sebab sama sekali aku tak akan terpengaruh dengan apa jua buah mulut orang. Sekali aku berazam, aku tak akan padamkan dan aku tetap dengan apa yang aku kejarkan.

Misalnya di dalam kelas, aku tak duduk dengan sesama orang Melayu untuk dapatkan nota orang Arab yang pantas menangkap dan menulis apa yang disyarahkan doktor dan buku notaku juga menjadi rebutan pelajar Melayu. Jadi kadang-kala dalam hati aku terlintas,

" Kenapa cakap aku sombong tapi nota aku pun untuk faedah orang Melayu juga''.

Sifat yang terlalu fikirkan negatif, tak mahu keluar dari tempurung minda prejudis, suka memburuk-burukkan dan mahu kekal di takuk lama. Entah, aku sendiri akui tak faham akan sikap segelintir pelajar agama ni. Sebab itu aku pendiam dan aku sebenarnya paling pantang mendengar benda-benda kolot, negatif dari mulut-mulut orang.

Walaupun sistem di negara Arab ini kurang sistematik berbanding dengan Malaysia, namun aku sangat tak suka mereka yang membanding-bandingkan keadaan Malaysia dan keadaan di sini. Sememangnya sistem peperiksaan, dari segi kertas soalan sehinggalah masa peperiksaan yang boleh diubah dan ditunda-tunda menjadi kehairanan pelajar Malaysia namun itu bukan alasan untuk mengutuk atau bahasa sopannnya mengumpat seorang doktor. Dalam hati aku, " Mungkin mereka tak sedar kata-kata mereka itu seolah-olah merendah-rendahkan pemberi ilmu. Astaghfirullahal 'azim, nauzubillahi min zalik"

Pelajar Syariah

Straight to the point, aku memang mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk menjadi pelajar agama bahkan entah macam mana aku nak gambarkan betapa ajaibnya pilihan yang telah aku buat. Kadang-kadang aku langsung tak percaya yang aku merupakan pelajar dalam bidang agama pengkhususan fiqh dan usul !

Haha. Mungkin ini doa kawan-kawan yang suka panggil aku ustazah di sekolah dahulu walaupun apabila ditanya akan cita-citaku, pernah aku menjawab yang aku tak akan terjun ke dalam bidang agama kerana aku lebih suka lambakan mereka yang faham agama terjun ke bidang sains.

Bagi aku, menjadi pelajar syariah boleh jadi sangat sukar dan sangat senang. Ia bergantung kepada diri masing-masing. Tambahan pula jadual masa pelajar agama terlalu lapang sehingga menjadi ujian kepada mereka. Pergi universiti dalam kurang 7 jam sehari, kemudian mengadap laptop dengan kerja yang tak berfaedah- movies, games, fb. Okey sahaja dengan sifat begitu tapi bagi aku,sangat rugi bagi pelajar agama sedang terlalu banyak 'tugasan' agamawan kepada masyarakat.

Aku sangat care dengan status ' pelajar agama' tau, aku pun tak tahu kenapa, sebab tu aku sangat takut time mula-mula bergelar pelajar agama. Aku takut kekuranganku menjadi fitnah kepada agama. Nauzubillahi minzalik. Cuma dalam fikiranku, kalau sifat 'layan' benda-benda sebegini terpalit pada pelajar agama, bagaimana dengan pelajar bidang lain pula agaknya dan golongan mana yang mahu terpalit dengan hal-hal agama kalau pelajar agama pun bersikap sebegini ?

Jiwa aku meronta-ronta " Kaukah yang akan digelar ustazah nanti, dirujuk sebagai panduan hidup sedang waktu-waktumu terbuang dek hal dunia yang remeh lagi melalaikan ? "

Sebab tu aku kata, senang dan sukar itu tertakluk atas diri masing-masing sebab bidang ini bagi aku sangat special, berbeza bidang-bidang lain yang kita perlu mengetahui faktanya, membaca tentang kajiannya tetapi tak perlu mengamalkannya.

Apapun, aku sangat suka belajar kat sini bahkan aku telah jatuh cinta dengan mana-mana doktor di sini !

Fokus Az-Zikr

Semasa aku mendapat berita terpilih masuk ke akademi menghafaz al-Quran, aku tak dapat bayangkan bagaimana gembiranya aku sehingga aku hampir menjerit. Sebelum ini aku pernah memohon masuk ke sekolah menengah hafazan IMTIAZ dan Darul Quran tapi bibit-bibit kecewa meranapkan impianku untuk memasukkan setiap baris kalam Allah ke dalam hatiku. Terus terang dari sudut hati aku, aku sentiasa berdoa untuk hafaz Quran walaupun aku tahu aku tak upaya nak hafaz sendirian akhirnya rupa-rupanya Allah ada perancangan yang lebih baik untukku.

Aku akui banyak peluang-peluang lain aku tutup dan terpaksa aku kaburkan minatku terhadap perkara-perkara lain demi akademi ini lebih-lebih lagi aku target untuk tamatkannya dengan cepat dengan dapatan 1 juzuk selama sebulan dengan izin Allah.

Dengan alihan fokusku ini menjadikan aku agak sibuk tanpa berpeluang menulis artikel-artikel ilmiah dan terlibat secara aktif dalam produksi majalah dan juga team-team lain serta termasuk kurang mengupdate blog ini. Aku juga menolak sebarang jawatan melainkan cuma menolong persatuan pelajar di sini sekadar yang termampu. Aku sebenarnya memang sengaja menyibukkan diri kerana aku risau akan ujian waktu lapang. Sebab itu bagiku, mereka yang terlibat dalam kerja amal, bukan menolong orang lain melainkan menolong mereka sendiri.

"Oh, ujian masa lapang adalah ujian paling sukar dalam hidupku ! "

Produksi Majalah

Alhamdulillah pada tahun ini Allah lapangkan jalan untukku bergiat secara rasmi dalam penerbitan majalah online. Setakat pengalamanku yang sebelum ini pernah terlibat dalam menghasilkan sebuah buku semasa di sekolah menengah bersama team pengawas sekolah dan editor sebuah majalah islamik sebaik tamat sekolah menengah, aku turut sama dalam bidang ini dengan harapan faedah ilmu dan pemenuh waktu lapangku.
Hal ini menjadi sebab aku akan lebih banyak bergelumang dengan kitab-kitab fiqh di perpustakaan Yarmouk dan maktabah-maktabah online di ruang sosial bagi mendapatkan dalil dan sumber sesuatu hukum.

Cabaran Pengembara

Kelas yang diadakan bermula pada waktu maghrib ini juga merupakan satu ujian getir buatku mengharungi kegelapan malam bersama pelbagai ragam manusia dan menggandakan risiko keselamatan dengan ke kelas sendirian hampir pada setiap malam. Namun di sinilah aku belajar erti pengorbanan menuntut ilmu yang mungkin tak dirasai oleh kawan-kawanku yang lain.

Kembali Pendiam

Aku kembali dengan sikap pendiam yang suka menyendiri. Seingatku sewaktu dipilih menjadi pengawas di sekolah menengah, perangai ini jarang terpamer sebagai jati diriku kerana pelantikkan itu memerlukan aku bersuara atau memberi pendapat. Cuma kawan-kawan terdekatku sahaja memahami bagaimana aku suka melayan perasaan sendiri. Haha. Aku pendiam tapi aku ceria. Aku dibuli tapi aku merelakannya. Ramai yang tak percaya tapi itulah aku suatu ketika dahulu sehingga ada yang tak senang melihat aku diam, bimbang aku tersinggung padahal tiada apa-apa pun lantas menyebabkan aku bertindak mengikut situasi.

Tak Mahu Pulang Malaysia Tanpa Keperluan

Mana ada anak yang tak merindui ibunya, ayah serta keluarga tercinta. Sekalipun ada, itu adalah sifat orang yang tak tertanam perasaan kasih dan sayang dalam hati mereka. Dari segenap pelusuk nafasku, aku tersangat-sangat merindui kaum kerabatku bahkan aku sentiasa menghantar awan putih merentasi langit biru sebagai khabar kerinduan ini bersama tinta mata yang tak puas kunjung.

Namun aku masih ingat pesan ayah, masih ingat pesan mak. Ilmu. Kepulangan itu yang mereka tunggukan, sekiranya aku hanya membawa pulang sekeping hati nipis serta kosong, maka apa gunanya bagi mereka ? 

" Kalau belajar untuk cari kerja, baik tak usah belajar. Pergi sana, belajar betul-betul !" 

Tepat kata-kata seorang lelaki menusuk kalbuku sehingga mendentumkan setiap sel darahku membawa aku melalui lemaan suatu fasa.

Belajar di U.Al-Azhar

Memang tak aku nafikan, mendengar khabar mengenai pembelajaran di universiti tertua ini membuatkan aku cukup terliur sehingga menaruh niat untuk ke sana pada tahun kedua atau ketiga nanti pada bulan soifi untuk mengikuti pengajian di sana. 

Insyaallah

Diari si pengembara ilmu
-nadhi_islamic-

Manifesto PRU 13

---> Kerajaan tidak perlu menghantar pelajar ke timur tengah dalam bidang agama !


Graduan lepasan timur tengah yang pulang ke malaysia membawa balik tuntutan agama sedangkan Malaysia mahu dibangun dengan hiburan serta keadilan kepada kroni-kroni tertentu sahaja

Mereka yang lantang bersuara pula disumbat mulutnya,

kalam-kalam mufti dikunci majikannya,
lidah ulama' digari seketatnya. 

Jadi mana peranan mereka ? Tidakkah mereka kelihatan seolah-oleh lenyap tak wujud lagi dalam kepentingan politik kerajaan ?

Oleh itu sangat tak berbaloi menghantar pelajar-pelajar ini malah sebaiknya pelajar ditaja ke Hollywood dan Bollywood kerana sepastinya mereka akan sentiasa menyetujui pemerintahan kerajaan Malaysia separa Islam.



Hal ini merupakan satu titik besar yang perlu dipandang pemerintah demi membangunkan Malaysia sebagai negara yang maju kepada kroni-kroni kerajaan dan menjamin pembentukkan negara bercorakkan liberalisme dan sekularisme.


Cadangan manifesto terhadap BN, sekiranya mahu terus kekal memerintah !