Pada sudut pandang yang lain, kepelbagaian jemaah ataupun organisasi dakwah di Malaysia diharapkan dapat menjaga kepentingan Islam dengan cara giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat sejagat.
Namun, awas !
Ketidakfahaman petugas dakwah mengenai objektif dan matlamat dakwah itu sendiri boleh mendatangkan fitnah kepada cara sebaran dakwah Islam dengan taktik yang digunakan yang akhirnya menimbulkan kekeliruan umum dan menyebabkan mad'u menjadi pening.
" Nak untungkan syarikat atau nak sebarkan kebaikan produk? "
Contoh analogi yang saya berikan, ibarat seorang penjual yang mahu menjual sesuatu produk milik syarikatnya (jemaahnya).
-> Penjual yang mahu keuntungan semata-mata, akan sanggup menipu dan menggunakan pelbagai cara untuk memaksa pembeli
-> Sebaliknya,mereka yang ingin sebarkan kebaikan produk akan menggunakan syarikat sebagai wasilah semata-mata. Walaupun pembeli lebih prefer syarikat lain namun yang penting baginya pembeli tersebut mendapat kebaikan walaupun bukan dari produk hasil syarikatnya.
Pertama lagi utama, sangat penting bagi pendakwah untuk membezakan antara dua kehendak ini, iaitu mahu menyebarkan islam ataupun mencari ahli untuk jemaahnya.
Kedua-duanya perlu dibezakan supaya tindakan yang dibuat oleh petugas dakwah tadi tidak melampaui batas. Sikap berlapang dada dan saling memahami konsep kepelbagaian jemaah atau organisasi dakwah perlu sentiasa diamalkan samaada di peringkat ahli sehinggalah pendokong jemaah itu sendiri.
Agak kesal dengan sikap sesetengah pendokong sesebuah jemaah yang terlalu agresif untuk meramaikan ahli-ahlinya sehingga sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk menipu semata-mata untuk menarik seseorang kepadanya jemaahnya.
Lebih malang apabila mad'u terasa dirinya diperdaya untuk kepentingan sesebuah jemaah dan rasa 'terhutang budi' dengan layanan dan kos belanja yang diperuntukkan kepadanya menyebabkan dia serba-salah dan keliru dengan sikap petugas dakwah yang seolah-olah memaksanya menjadi ahli jemaah terbabit.
Oleh yang demikian, sewajarnya setiap ahli dakwah memahami tugas yang dipikul mereka di samping kawalan yang teliti para pendokong jemaah agar ahlinya di setiap peringkat jawatankuasa menjalankan tugas dengan betul melalui batasan syara'.
Akhir kalam, setiap yang bergelar daei perlu menyoal diri,
" Sebarkan kebaikan Islam atau mencari keuntungkan jemaah ? "
Apabila setiap orang dapat memahami objektif dalam sesuatu pekerjaan, nescaya perkara-perkara yang sebegini tidak akan berlaku kerana seseorang itu akan bertindak mengikut matlamat mereka.
#Seseorang akan bertindak mengikut matlamat mereka.noted#
4 comments:
Tanamkan sifat Ikhlas dalam perjuangan agar semangat dan kekuatan istiqomah sentiasa segar
Isu famous sepanjang zaman yang sepatutnya tidak berlaku.Niat yang sedikit senget,terpesong daripada jalan yg sebenar.
Kefahaman.Apabila kefahaman mengenai dakwah biljamaah itu ada,tetapi elemen utama seorang pendakwah yakni memaksikan kewajipannya kepada Allah diabaikan,maka rosaklah kebaikan yg ingin dibuat.
Analogi yg sangat menarik.
Salam'alaiki buat ukhti,
menariknya analogi yang enti beri. Setuju juga dengan sebahagian yang enti sampaikan..tapi kadang2 terfikir, bagaimana situasinya apabila;
seseorang telah pun bertindak matlamat mereka,
sedaya upaya mengislahkan cara mereka membawa dakwah,
tetapi ada orang trlalu berZHON (bersangka-sangka), sehingga akhirnya terhimpit dengan perasaan yang dicipta sendiri.
andai dikata
"anda adalah apa yang anda fikirkan", bagaimana pendapat ukhti?
=)
salam mahabbah~
terima kasih atas komentar.
sebab itu perlunya kepada ajakan yang berhikmah, tidak memaksa-maksa.
teknik dakwah yg bijak dapat mengelakkan dakwah dipandang mjadi fitnah.
muhasabah perlu dilakukan, sekiranya ada lompang dimana2 sbaiknya ubah cara dakwah. namun sekiranya ia hanya satu konspirasi pihak tertentu sahaja, maka ambillah tindakkan berwaspada (hazar) yg lebih mendalam lagi disamping merujuk perkara ini kepada mereka yg a'rif tentangnya.
ramai yang boleh berdakwah tapi tak ramai tak boleh pratikkan cara dakwah yg betul ^_^ itu pdpt peribadi saya. wallahu'alam.
Post a Comment