Kefahaman Asas Keteguhan Iman

Baru-baru ini aku menghadiri satu program. Wah, program Zer0 to Hero

Sesuatu yang sangat aku kagumi apabila hampir kesemua fasilitator terdiri daripada pelajar-pelajar ijazah dalam jurusan non-agama. Kebanyakkan mereka adalah pelajar ijazah sains, medik dan juga  kejuruteraan!!!

Apalagi ? Next mission aku mula beroperasi !

Mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini, aku mencungkil pengalaman dan rahsia mereka. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara seperti Jordan, UK, Ireland dan Maracco. Semuanya pelajar cemerlang yang berjaya sehinggakan ada di antara mereka juga merupakan pelajar cemerlang kebangsaan seperti Kak Rabiatul Adawiyah yang menggemparkan negara apabila muncul pelajar terbaik PMR 2006 !

Bukan resepi kejayaan akademik yang menjadi keutamaanku. Tapi resepi sahsiah yang menyubur penuh dalam diri mereka. Resepi aura islamik yang membanjiri penglihatan kami, peserta program tersebut.


Pertama, pengetahuan agama mereka yang hebat membeliakkan mataku. Mereka bukan mengikuti ijazah jurusan usuluddin , syariah, bahasa arab bahkan mereka adalah merupakan puak-puak sains tulen. Ya, puak-puak otak kanan !

Kedua, personaliti mereka menyejukkan hatiku ! Cara mereka bercakap, cara mereka berpakaian dan cara mereka bergaul. Kesemuannya tersirat aura agama ! Wait-wait… terpana aku apabila mengetahui bukan kesemuanya di kalangan mereka dari sekolah menengah agama(SMA) pun !
Wah Wah Wah, tarbiah yang mantop !

Ketiga, keterbukaan mereka untuk berkhidmat seandainya diperlukan betul-betul menyentap naluriku ! Menganjurkan kem, mengadakan usrah dan juga membina organisasi. Sistematiknya !

Tersedu aku.
Mereka sangat berjaya. Belajar di negara Eropah tetapi masih lagi menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan, berpaling langsung dari keindahan fatamorgana dunia.

Permainan emosi aku wujudkan apabila cuba berbicara dengan mereka. Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya untuk membuka hijab tarbiah mereka. Ya, tercukup aku kagum !

Rahsia apa yang ada pada mereka ???

Wah, Wah,  Wah ! Aku semakin takjub jiddan !

Akhirnya aku membuat satu konklusi.

Kepentingan kefahaman !

Fahmun
ð  merupakan rukun pertama baiah
ð  merupakan asas utama pengajaran dan pembelajaran

Ibarat seorang kanak-kanak,
Disuruh diam, dia menangis juga,
Tidak dipakaikan lampin, membuang air merata-rata.
Hilang dari pemerhatian, bermulalah kembara mereka.

Tapi sesudah berganjak dewasa , tentu sekali mereka tidak akan melakukan perkara tersebut lagi. Setelah mumayyiz, mereka bertindak atas dasar pemikiran mereka, mempertimbangkan tindakan mereka sebaik sahaja Allah mengurniakan kefahaman fitrah hidup. Suruh sahaja budak darjah 5 terjun bangunan, pastinya mereka tak mahu, kan ?

Hal ini kerana mereka sudah memahami, sekiranya terjun dari tempat yang tinggi, pasti akan terasa sakitnya.

Pointnya di sini, mereka mula memahami apa yang baik dan buruk.

Ya, samalah juga dengan tindakan kita seharian. Seandainya kita memahami tujuan dan matlamat hidup pasti kita tidak akan berganjak daripada mengamalkan ajaran Islam. Pastinya insan tersebut akan mencintai sunnah Nabiyullah, terasa nikmat mengamalkannya dan berpaut teguh dengan tali Allah.


Tidak lain tidak bukan, risalah kenabian yang ingin kita jalankan sebagai bekalan untuk fasa yang mendatang –fasa akhirat-

Menjadi hamba Allah yang hanya mencari mardhotillah serta menjadi khalifah memakmurkan bumi dengan sinar islam.

Setelah faham, setelah memahami, maka tiada apa-apa yang perlu dihairankan termasuk mengorbankan seluruh harta dan nyawa demi agama tercinta

Setelah faham, setelah memahami, maka dimana sahaja kita dicampakkan, di situlah terjunjungnya Islam.



5 comments:

ana solehah~ ^^ said...

salam nadh~
wah~
kagum akak baca post awak ni~
alhamdulillah Allah m'beri peluang kpd nadh utk mengenali kakak2 tu..
kat jordan pun akak pernah mengalami apa yg awk rasa tu~

shafi said...

salam, sis =)

moga Allah teguhkan lagi kefahaman awk...
cume, mcm ade typo eh? mungkin 'zero to hero' instead of 'hero to zero' huhu...^_^

salam juang

naDhi_islamiC said...

astaghfirullahal a'zim.. shukron betulkannya !

arwa salsabila said...

MashaAllah adik...teruskan berkongsi rasa bersama orang lain..moga kita dapat sama-sama mengambil manfaatnya...hidup bukan sekadar untuk menerima tetapi untuk memberi juga...alirkan kefahaman kita melalui penulisan...(^^)salam ukhuwwah wal mahabbah....

naDhi_islamiC said...

ensyaallah.. mahabbah fillah