Kuantiti Sedikit,Dakwah Gagal ?

Mengorek kembali sejarah silam dua orang utusan Allah dalam dakwah bagi mengembalikan kesucian agama tercinta.

Nabi Nuh yang diutuskan pada umat penyembah berhala yang pertama dan berdakwah selama 950 tahun tetapi hasilnya hanya 83 orang pengikut sahaja. Ini bermakna purata bagi seorang pengikut adalah 11 tahun ! Wah Wah Wah lamanya !!!

Adakah perjuangan nabi yang paling lama dan paling sedikit pengikut ini adalah gagal ?

Begitukah juga dengan dakwah Nabi Muhammad SAW  di Mekah ?

Semasa kedatangan Islam di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliah suatu ketika dahulu, dakwah Nabi Muhammad SAW mendapat banyak tentangan. Hasilnya, produk muslim cumalah seramai 313 orang selepas 13 tahun sedangkan ketika di Madinah yang selama 10 tahun, umat Islam mencecah 120 000 orang.

Jadi bolehkah dikatakan dakwah Nabi Nuh yang mengambil masa yang lama adalah tidak berkualiti serta dakwah Nabi Muhammad yang bermula di Mekah hanyalah sia-sia ?

Jika benar perjuangan yang dibawa mereka, kenapa Allah SWT hanya membalikkan sejumlah kecil hati umat manusia pada ketika itu sedangkan ramai pula yang menentang ?


Setiap daei perlu memahami bahawa bukan kuantiti yang menjadi sukatan kejayaan sesuatu dakwah dan perjuangan. Tidak wajar mengatakan dakwah Nabi Nuh AS tidak bermutu berbanding dengan dakwah nabi-nabi lain hanya kerana pengikutnya yang jauh lebih sedikit.

Bahkan sebenarnya produk muslim yang dihasilkan oleh mereka adalah sangat berkualiti lantaran kilangnya berada di tengah-tengah kehidupan masyarakat yang jahil tegar ditambah pula dengan sikap keras kepala manusia.

Jadi tentu sahaja yang terpaut hatinya terhadap Islam bukan calang-calang orang !!!

Maka muncullah pengikut yang setia berkorban, tidak takut mati malah sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam yang ramai seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Berbeza pula dengan kita umat Islam yang pada hari ini ramai tapi ibarat singa yang dibius.

Sekiranya muslim taat dan patuh akan perintah Allah, menjalankan segala syariah Allah di muka bumi ini tentu sekali akan digeruni oleh masyarakat dunia dan musuh-musuh Islam. Namun yang ada pada hari ini kebanyakkannya hanyalah seperti singa yang dibius, diketuk-ketuk tak rasa apa-apa, disepak terajang dilihat sahaja bahkan apabila dipermainkan pun, tak sedar apa-apa.

Dan sebenarnya Nabi Muhammad SAW sendiri telah menyebut akan hak ini pada suatu ketika dahulu :

Diriwayatkan  dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. 

Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”.

Rasulullah menjawab : “ Jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi.

“Apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”. (Silsilah hadist shahih no.958).


Ayuh !
Kembalikan zaman kehebatan peribadi sahsiah muslim !

Bangkit dengan keteguhan iman di hati, bukan saling dengki mendengki !




2 comments:

Anonymous said...

Kembalikan zaman kehebatan peribadi sahsiah muslim dengan menegakkan kembali Khilafah. Kepimpinan tunggal umat Islam sedunia, menerapkan Islam secara menyeluruh serta memikul dakwah keseluruh alam. Menyatukan umat Islam dan tanah-tanah umat Islam.

naDhi_islamiC said...

Allah Allah ^_^