Mengapa Ambiga Sree ?


Pertama, sebelum mengeluarkan pendapat atau hujah, perlu difahami terlebih dahulu :

Apa itu BERSIH?

BERSIH merupakan singkatan bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik. Pendek kata, BERSIH merupakan anjuran NGO bukannya parti politik seperti Pas ataupun PKR.


Siapa Ahli Jawatankuasa BERSIH ? 



Apa tujuannya ?

Matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.
.
Berikut adalah 8 tuntutan bersih :

1. Membersihkan senarai undi
2. Reformasi kepada undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Tempoh kempen minimum 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.

Cara menyatakan tuntutan :
BERSIH menganjurkan demonstrasi aman ke-2

Lihat dan fahami tuntutan BERSIH ini. 

Dan sekiranya ada yang berhujah menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia sudah adil tanpa perlu sebarang perubahan apa-apa lagi,  kenapa kerajaan sangat takut dengan penganjuran ini sehingga sistem pertahanan negara ditumpukan kepada isu ini ?

Dan sekiranya pihak penganjur menyatakan ingin mengadakan demonstrasi secara aman, kenapa pula diarahkan jalan-jalan raya disekat, kedai-kedai ditutup ?


Setelah difahami dan diteliti dengan betul objektif penganjuran demonstrasi aman ini, maka warganegara mana yang mahu menolaknya ?


Adakah anda tidak mahu pilihanraya bebas dan adil berjalan di Malaysia ?


Maka berpusu-pusulah yang menyokong hasrat NGO ini terutama pihak pembangkang yang telah banyak kali mempersoalkan hal ini kepada pihak kerajaan tetapi tidak dihiraukan malah penyelewengan dalam pemerintahan semakin menjadi-jadi, lantas menyertai tuntutan BERSIH ini.

Ya, kebanyakkannya pembangkang yang menyokongnya, mana mungkin pro-kerajaan mahu menentang pemimpin mereka sendiri. 

Harga barang yang naik pun dikatakan tak mengapa, asalkan barang tersebut masih ada. Hujah dangkal !

Perlu diingatkan, setiap penyokong BERSIH yang menyetujui tuntutan ini tidak semestinya menyetujui agama Ambiga Sree sebaliknya hanya memberi sokongan terhadap apa yang ingin dibawanya iaitu keadilan dan hak sejagat !

Satu analogi ana bawakan. 
Pernahkah anda mendengar tentang Earth Hour ?

Ia merupakan program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) !
Caranya pelaksanaannya adalah dengan menutup kesemua barang yang menghasilkan cahaya selama sejam. Cara ini didakwa dapat mengurangkan pemanasan global. Ini adalah ideologi Barat.

Sebaik sahaja WWF ini mengumumkan Earth Hour, maka ada yang menyokong dan ada juga yang menentangnya. Biasalah, setiap sesuatu isu ada pro dan kontranya.


Apa tidaknya, sebuah kilang besar mana mungkin boleh melaksanakannya ? Sekiranya ditutup selama 10 minit sahaja sudah rugi berjuta-juta ringgit apatah lagi sejam !

Dan apa yang nak disampaikan pada contoh Earth Hour ini ialah, ramai juga rakyat Malaysia yang ingin menunjukkan keprihatinan mereka menyertai kempen ini, bergelap seketika apabila waktu itu diumumkan. Nah, di sini ana mahu tanya, adakah semua yang menyokongnya sokong agama pengerusi WWF beragama kristian itu ?

Tentu sekali jawapannya TIDAK !!!
Rakyat yang menyokong kempen ini adalah yang menyetujui bahawa kempen ini dapat mengurangkan pemanasan global bumi dan bukannya bersetuju dengan agama atau bangsa penganjur tersebut !

Kenapa tidak dilantik orang Melayu/ Islam sahaja yang mengetuainya ?

Hal ini sudah terjelas, yang menganjurnya bukannya parti Pas, bukannya PKR tetapi sebuah badan NGO yang kebanyakkannya terdiri daripada peguam-peguam negara yang tentu sekali fasih dengan sistem keadilan di Malaysia. Mereka yang berani bangkit, tidakkah kita yang mendakwa bumi Malaysia milik Orang Melayu berasa malu ?

Maka ada yang bertanya, mengapa Mat Sabu, pemimpin Pas pula yang menjadi orang kedua penganjuran demonstrasi BERSIH ?

Analogi tahap mudah ana berikan, sekiranya ana ingin menganjurkan sesuatu program, pastinya ana mahukan ahli jawatankuasa ana terdiri daripada mereka yang kenamaan bagi meraih sokongan bagi menjayakan program tersebut.Jadi sekiranya ana di tempat NGO itu, ana juga bersetuju dengan pelantikan Mat Sabu supaya dapat menarik ahli-ahli Pas itu sendiri.

Dalam konteks ini, kita mahukan tuntutan ini disuarakan dan mendapat perhatian bukannya kita mahu mengangkat Ambiga Sree sebagai Perdana Menteri, jauh sekali ingin mewartakan agama Hindu sebagai rasmi negara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Fikirlah orang kafir laknatullah sendiri pun mahu menuntut keadilan, apatah lagi kita yang seorang muslim dan yang selalu membangkitkan isu ketuanan Melayu ini.







1 comment:

...better to be unknown... said...

kupasan yg baik..
syg sekali kenapa baru skrg ana terjumpa blog nta..
ana juga 'dibelasah teruk oleh kwn2 krn meyokong bersih...
tp ana xde cth yg baik..
ana setuju dgn earth hour 2...