Semasa kejatuhan Islam pada zaman Abasiyyah dan sebaik sahaja al-Fateh berjaya menawan kembali Kota Konstatinopel, graf kejayaan umat Islam terus jatuh merundum. Manakala graf kebangkitan Eropah naik dengan mendadak sekali pada waktu itu.
Nama pemimpin sekular yang paling menyumbang ke arah kejatuhan Islam sengaja dihighlitekan sebagai Bapa Pemodenan Turki walhal anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki.
Persoalannya, adakah pada waktu itu, seluruh umat Islam sedar bahawa zaman kegemilangan Islam telah terkubur rapi ?
Itu suatu sejarah.
Lihat pula sejarah terdekat di mana seorang pemuda muslim Tunisia, Mohammed Bouazizi telah mati akibat membakar dirinya sendiri pada awal tahun ini untuk menunjukkan protes terhadap kerajaannya lantas perkara ini menyumbang ke arah kebangkitan rakyat di Timur Tengah.
Persoalan di sini pula, adakah seluruh umat Islam sedar kenapa hal ini boleh berlaku dan apa ertinya kepada umat Islam di seluruh dunia ?
Atau
Adakah kita hanya memandangnya sebagai satu hal peribadi pemuda yang beremosi itu ?
Itu juga satu sejarah.
Jadi kita telah mempunyai dua sejarah.
Sejarah yang berlaku pada 87 tahun yang lalu dan yang berlaku pada awal tahun 2011 ini.
***
Ketika kejatuhan zaman khalifah pada 1924 dahulu, yang mana zaman datuk nenek moyang kita, adakah seluruh umat Islam kembali sedar dan bersatu untuk melibatkan diri dalam memperjuangkan hak agama dan bangkit menentang kerajaan pada zaman itu ?
Atau
Mereka hanya tahu bercucuk tanam, makan sireh dan memungut hasil hutan ?
Ya ! Jawapannya adalah,
Kita tidak tahu kerana mereka yang hidup, bukan diri kita sendiri =)
***
Baik, kita lihat pula sejarah kedua tadi yang berlaku di Tunisia.
Bayangkan sekiranya kita merupakan rakyat Turnisia pada awal tahun ini .
Adakah kita juga akan bangkit menentang pemerintah yang zalim, turun ke jalan raya untuk membuat demonstrasi jalanan semata-mata untuk jatuhkan pemerintah kuku besi ?
Ataupun…
Kita sibuk mempertahankan keamanan negara yang telah lama dikecapi dengan menyatakan hal tersebut hanya akan memalukan negara, lantas kita membiarkan sahaja pemerintah kita berperut buncit, menelan kekayaan negara ?
Tidak semua rakyat telah Tunisia yang turun padang, menggulingkan pemerintahan 23 tahun rejim Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada awal tahun ini, kan ?
Jadi mana satu yang akan kita lakukan pada waktu itu ?
****Sketsa Seorang Rakyat ***
Bayangkan kita merupakan seorang warganegara Turnisia. Selepas balik kerja atau balik dari sekolah, tiba-tiba Berita Utama TV 13 menyiarkan seorang lelaki membakar dirinya dengan minyak petrol di tengah-tengah kota raya.
Lalu semua media rasmi kerajaan mengulas bahawa lelaki itu tidak dapat menahan amarahnya dan tindakkannya boleh mengakibatkan keselamatan awam terjejas malah merosakkan imej negara kerana mengambarkan seolah-olah polis negara bertindak kasar kepadanya.
Seluruh media elektronik milik kerajaan termasuk stesen televisyen , radio, surat khabar dan lain-lainnya diarah mengutuk tindakan bodoh lelaki itu. Disebarkan bahawa kemungkinan lelaki tersebut itu sudah gila. Dikhabarkan status kematiannya sebagai bukan syahid tetapi bunuh diri.
Tidak kurang pula berbangkit hujah bahawa selama ini sudah banyak yang telah dilakukan oleh pemerintah seperti pembangunan yang pesat, ekonomi yang maju, ditemuramah penduduk fakir miskin untuk memuji-muja kerajaan yang telah banyak memberi bantuan kepada mereka sambil ditayangkan iklan yang mengutuk tindakan populariti jalanan pemuda gila kerana sanggup mati katak demi perkara sekecil itu iaitu hanya gara-gara dangangannya disita polis.
Maka sekiranya kita yang juga rakyat negara itu, yang sentiasa menonton televisyen, mendengar radio milik kerajaan untuk mendapatkan maklumat, adakah kita akan menerima bulat-bulat kenyataan itu ataupun mencari punca kenapa hal tersebut berlaku ?
Ataupun mungkin sahaja kita bergoyang kaki.
Dan dengan status pelajar pula, kita hanya belajar , belajar dan terus belajar.
Lantak pi lah orang tu kan dah mati !
Kalau saya di tempat itu, saya pasti turut menyokong kerajaan, mengecam dan mengutuk tindakkan kurang waras pemuda itu. Saya akan berhujah dengan dalil bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya menyatakan pendapat dengan cara mebunuh diri seperti itu, dengan cara menggadaikan nyawa seperti tiada pilihan lain untuk menyatakan protes.
Ada orang kata presiden saya, Ben Ali banyak melakukan penyelewengan. Saya tidak tahu benar atau tidak. Cuma yang pasti perkara tersebut selalu menjadi hujah pihak pembangkang dan tak pernah tersiar di media massa.
Ya, itu tindakan saya kerana saya buta politik, menerima bulat-bulat apa sahaja berita yang disuapkan kepada saya dan gagal melihat mesej di sebalik tindakkan pemuda itu.
Saya hanya tahu, politik itu kotor dan saya merupakan budak di bawah umur yang tidak patut mencampuri urusan itu. Saya hanya perlu belajar kerana itu wadah perjuangan saya sekarang bukannya sibuk-sibuk mencampuri urusan kerajaan kerana saya seorang remaja.
Itu jawapan saya sekiranya saya merupakan rakyat negara tersebut. Tetapi saya bukan rakyat Tunisia, bukan juga rakyat Algeria, bukan pula rakyat Yaman, jauh sekali warganegara Mesir. Saya berada di Malaysia sewaktu kejadian terbabit berlaku. Saya tidak banyak mengetahui hal terbabit lantaran media massa negara saya kurang menwar-warkan perkara itu.
Lanjutan dari perkara tersebut, saya hanya mampu menjadi pemerhati melihat kebangkitan rakyat Turnisia yang memilih untuk membuat perarakan haram jalanan untuk merampas takhta dan menghalau pemerintah. Beberapa bulan kemudian, negara-negara lain pula bergolak.
Entah apa yang terjadi. Yang penting, peperiksaan saya semakin dekat. UPSR, PMR, SPM , STPM hanya sekali dalam hidup dan saya patut menumpukan pada hal itu sahaja.
Akhirnya saya mendapat tahu bahawa perkara tersebut sebenarnya menuju ke arah pembersihan politik, rupanya maklumat di televisyen dan media-media massa masih kurang informasi yang menyeluruh.
Sekiranya saya asyik mendapatkan berita di media massa saya sahaja, pasti saya akan terus menyokong ulasan pembaca berita yang mengeruhkan wajahnya untuk memberi isyarat bahawa kita perlu menghargai keamanan negara dan mengelakkan perkara sebegitu berlaku di Malaysia. Saya hanya tahu menggangguk serta mengiakan tindakkan polis dan tentera Turnisia yang menjadi wira, berusaha keras mempertahankan kerajaan walhal sebenarnya rakyat sedang bangkit untuk memperjuangkan hak mereka yang diragut pemerintah sendiri !
Media di negara saya pula tidak sibuk mendedahkan punca yang berlaku, apa yang sebenarnya menjadi tuntutan rakyat sebaliknya menyatakan huru-hara tersebut menyusahkan banyak pihak.
Negara menjadi tidak aman. Banduan-banduan terlepas dari penjara. Negara juga terdedah kepada ancaman musuh. Ekonomi jatuh merundum. Pelabur-pelabur asing takut untuk melabur. Pelancongan negara terjejas. Pelajar-pelajar terpaksa dihantar balik ke negara asal mereka. Keganasan berlaku di sana sini.
Pembaca berita selalu membuat konklusi supaya sebagai rakyat Malaysia perlunya menjaga keamanan.
Saya mengangguk, itu sahaja yang saya faham apabila mendapatkan info dari media-media rasmi.
Ya, saya menyetujuinya !
Saya tak nak negara Malaysia yang aman damai, harmoni dan sejahtera ini tiba-tiba menjadi kucar-kacir. Saya juga tak nak negara saya berperang seperti yang berlaku di Palestin dan kebanyakkan negara Islam yang lain. Perang dan keganasan, itu sangat memualkan !
SAYA BERSETUJU !!!
Bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman,
Bersetuju tidak mahu imej negara rosak di pandangan awam,
Bersetuju untuk mengekalkan kestabilan politik yang telah lama berkumandang.
Tetapi kenapa pemimpin negara saya TIDAK BERSETUJU dengan perkara tersebut?
Mereka melakukan persis seperti pemimpin Tunisia.
***
FAKTA
Orang kata, kebangkitan rakyat Turnisia mungkin tidak akan berlaku sekiranya pemimpin negara tidak korup, mengagihkan kekayaan kepada rakyat sama rata. Bukannya dicuri untuk keluarga dan kroni malalui projek mewah, monopoli kerajaan serta komisyen besar menerusi penswastaan harta rakyat yang merugikan. Golongan elit hidup mewah. Rumah ibarat istana, kenderaan ibarat pendati emas dan perbelanjaan hidup ibarat syurga dunia sementara rakyat miskin sebagai pemerhati sahaja.
Tetapi pemimpin saya telah pun....
Opss!! ini rumah Tuan Guru Haji Hadi dan Nik Aziz , pemimpin pembangkang.
Manakala ini keadaan segelintir rakyat
Orang kata, kebangkitan rakyat Turnisia mungkin tidak akan berlaku sekiranya wanita pertama Tunisia tidak menganaktirikan rakyat serta melarikan jongkong emas milik rakyat.
Tetapi di negara saya....
Datin Rosmah membeli cincinnya dengan wang rakyat yang bernilai RM 24 JUTA.
GILER AH !!!
Wah Wah Wah ! Berjuta-juta tuh !!!
Orang kata, kebangkitan rakyat Tunisia mungkin tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan suara demokrasi rakyat tidak disekat serta proses pilihanraya tidak dimanipulasi secara terang-terangan untuk demokrasi palsu melalui penipuan dan sogokan.
Tetapi demokrasi negara saya telah...
Pilihanraya yang kotor serta media massa yang pro-kerajaan
***
Kenapa Demonstrasi, tiada jalan lainkah ???
Oh, ya ! Negara saya mengamalkan demokrasi !
Jadi saya tidak perlu melakukan seperti pemuda tadi yang membakar dirinya.
Saya boleh menegur mereka dengan menggunakan e-mail atau menghantar surat.
Saya masih berteka-teki. Apa hebatnya saya ? Apa besarnya pangkat saya sehingga mahu semua kabinet menteri dan pemimpin-pemimpin tersohor negara mendengar fakta penyelewengan itu ?
Saya hanya seorang pelajar tanpa sebarang kelulusan, bukan juga berpangkat dato’ jauh sekali datin, bahkan ijazah pun saya tidak punya lagi.
Namun ia tetap tidak mengubah apa-apa.
Oh, satu perkara yang saya lupa! Takkanlah saya seorang sahaja rakyat yang celik siasah dan saya seorang sahaja yang mengetahui penyeleweng yang berlaku ini. Takkanlah tiada seorang pun mereka yang berjawatan besar atau peguam ke yang sedar akan hal ini ? Kalau ada, mengapa berdiam diri sahaja ?
Eh, taklah. Ada sahaja pelbagai memorandum telah dihantar, diserahkan kepada Perdana Menteri,
Tetapi kenapa ia juga tidak mengubah apa-apa ?
Kata-kata Imam Malik :
لا يصلح هذه الأمة إلا بما صلح به أولها
“Tidak akan dapat dipulihkan lagi keadaan umat ini, melainkan dengan cara gaya bagaimanakah umat terdahulu (Generasi Rasulullah saw dan para sahabat) itu dipulihkan.”
Oh, ini political matter lah ! Rupanya cara macam tu mana berkesan, main hantar-hantar surat, entah-entah dibak0r sahaja oleh pemimpin.
Habis rakyat perlu buat apa untuk membuka mata semua pihak dengan penyelewengan, rasuah yang semakin menjadi-jadi oleh pemerintah kita ini ?
Jadi bagaimana lagi cara untuk menyatakan yang hak dan yang batil ini ???
Sekarang kita telah lihat persamaan negara yang telah bergolak dan negara kita.
Maka kita mempunyai tiga pilihan :
(1) Bunuh diri seperti warga itu
(2) Demonstrasi haram rakyat Turnisia
(3) Berdiam diri
Bangsa Melayu bukanlah bangsa Arab yang berdarah panas, mana mungkin mahu meniru perbuatan seorang pemuda Tunisia itu.
Lagi-lagi Ulama Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa rakyat tak patut membakar diri bahkan yang patut mati adalah pemimpin, kerana mereka yang bersalah.
Ataupun berarak seperti rakyat Mesir yang telah berjaya menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak ?
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa.An Nur: 55
Ataupun berdiam diri sahaja ? Sepertimana yang telah berlaku pada zaman Kamal Artartuk di mana nenek moyang kita hanya tahu menanam padi dan membaja sawah tanpa mengetahui kejatuhan umat Islam sedang jatuh pada waktu itu. Walhal pilihan ini bertentangan dengan hadith :
Rasulullah SAW. bersabda
Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya,
maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).
(Hadis Riwayat Thabrani)
Mahukah kita mengulangi kesilapan mereka ?
Jadi, mana satu pilihan yang wajar kita pilih ?
Dimana pula sensitiviti kita sebagai rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi pelajar Muslim yang faham erti JihaD terhadap keadilan politik ?
Dimana sensitiviti kita sebagai seorang muslim terhadap keadilan sejagat, mempertahankan yang hak dan memisahkan yang batil ?
Dimana pula ulama’, pejuang-pejuang agama untuk menentang penyelewengan ini ?
Ya, sebahagiannya telah disumbat masuk ke dalam akta rimba Malaysia, ISA setelah menyuarakannya !
Tetapi adakah bermakna kita perlu takut, membiarkan serta mendiamkan diri sahaja ?
Atau jadilah kita seperti warganegara bendul yang saya kemukan tadi dimana hanya menonton televisyen, menyumbat informasi yang diterima bulat-bulat sahaja dan menyatakan telah banyak jasa yang telah kerajaan taburkan.
Dan kita terlali dengan hujah, telah terbina bangunan pencakar langit. Kepesatan ekonomi, kemajuan pendidikan, kenaikan taraf ekonomi luar bandar dan bermacam-macam lagi telah ada. Jadi kita tidak perlu bersuara. Jadi biarkan sahaja jenayah kepimpinan berleluasa. Rakyat yang miskin akan terus miskin dan yang berkuasa akan terus kaya.
Rakyat yang miskin akan terus miskin dan yang berkuasa akan terus kaya ???
Bukankah itu tanda dunia akhir zaman dan kiamat semakin dekat ?
***
Kita kembali ke zaman abasiyyah, dimana saat kegemilangannya, umat Islam terleka lalai sehinggakan siapa sangka tamadun ilmuwan itu akhirnya jatuh ke tangan Hulagu Khan, suku kaum Monggol yakni kaum yang paling tidak bertamadun.
Persaingan antara bangsa mula berlaku sejak tertubuhnya Khalifah Abasiyyah. Masing-masing bangsa mahu mendominasikan kekuasaan selain keadaan ekonomi yang juga tidak stabil.
Konflik agama mula berlaku. Perkembangan peradaban dan kebudayaan menyebabkan umat Islam jauh menyimpang. Hal duniawi mula menandingi keteguhan iman. Para penguasa juga hidup mewah sementara rakyat miskin
Percaya atau tidak, perkara yang sama juga sedang berlaku sekarang !
-Sekiranya kamu tidak sibukkan dengan urusan akhirat, kamu akan disibukkan dengan urusan duniawi-
Minda remaja yang ditumpukan pada hiburan.
Ideologi barat dibawa masuk.
Kekayaan menjadi asas utama.
Gejala sosial, maksiat berleluasa.
Terlalu banyak sogokan sehingga kita menjadikan perkara kecil sebagai berita utama dalam kehidupan.
Filem apa yang bakal memecah wayang ?
Artis mana yang paling polular ?
Argggggghhhhhh, jerawat !!!
Pantang heroin Melayu lalu,
“Weh, weh… Awek lalu ! Awek lalu !
FEWITTT”
Dan apabila berlaku sesuatu kita hanya mengatakan,
Lihatlah sejarah kita yang SEDANG berulang...
DAN
Itu sahajakah tindakan kita ?
AYUH !!!
Remaja Malaysia, Fahami Mesej Kebangkitan Rakyat !!!
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yang tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.”
Kemudian berlakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.
”Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
Dan sekiranya kita tidak mahu bangkit, sesungguhnya Allah tidak rugi sedikit pun bahkan akan menggantikan kita dengan kaum yang lain demi menegakkan agama Islam tercinta.
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
5 comments:
so good nadhi, moga2 smakin ramai remaja kita skarang ini dapat terbuka mata diorang dalm hal2 sebegini
rse nyesal x g bersih ary tu lps bace ....
bismillah..aslkm. sy jge ank2 muda, masih bru belajar. cme sedikit nasehat..hati2 mengguna hadith dan ayat quran yer..kefahaman dua perkara ini berlandaskan jalan kebenaran adalah sepertimana rasul dan para sahabat memahaminya (sepertimana yg sy belajar), krn zmn sekrg org ske tafsir hadith dan al-quran mengikut pendapat dan pemahaman masing2.., jd cek2 balik la yer. wallahua'lam..
shukron atas teguraran. sy tidak akan mtafsirkn ssuatu mlainkan apa yg sy thu dan bljr.
slm nadhi...
tq atas informasi
menaikkan semangat ana untuk terus berjuang
Post a Comment