Watak yang Memalukan Orang Beragama


Drama di Malaysia mula menongkah arus. Drama bertemakan kisah cintan cintun mula kurang mendapat perhatian lebih-lebih lagi apabila kebanyakkan pelakon di Malaysia sendiri mengatakan agak bosan sekiranya mendapat watak sebegitu. Kaku dan macho. 

Malah kebanyakkan penonton sudah beralih arah, drama cinta seperti dari Korea mula menjadi pujaan ramai. Apa tidaknya, watak hero yang bersahaja dan sewenang-wenangnya menangis kerana hal cinta benar-benar menunjukkan romantika percintaan yang real ,berbanding hero Melayu yang seringkali perlu berlagak macho serta menjaga ego sebagai lelaki. Tambahan pula wajah cute mute mereka sememangnya menerkam hati remaja Melayu.

Mungkin ini merupakan faktor remaja sekarang menggilai hero + heroin drama Korea.


Tidak kurang juga drama-drama negara jiran yang menjealousi drama Melayu apabila mula mendapat sambutan hangat penonton di Malaysia suatu ketika dahulu. 

Walaupun pernah menggemparkan negara dengan lakonan pelakon yang mantap namun tempias pro dan kontra turut terkena apabila kebanyakkan drama negara serumpun ini menampilkan kehidupan masyarakat mereka yang mengguna pakai konsep liberalisme dalam agama dan fahaman yang tidak logik mengundang kekeliruan ramai pihak.

Lambakan kisah lawak turut mengambil alih pawagam suatu ketika dahulu. Menjadi pemecah rekod, pengarah mula memperkenalkan watak-watak hero yang mempunyai style lawak termasuk filem Cicakman yang dimodified daripada Spiderman di layar Hollywood. 

Suatu kejayaan bagi pengarah filem di Malaysia apabila berjaya menarik minat penonton dengan menukarkan filem yang sepatutnya bergenrekan serius tetapi diolah sehingga bertemakan lawak.



Lantaran seorang yang suka filem bergenrekan aksi, inilah antara penyebab ana tidak menggemari drama/filem Melayu. Tidak terlalu kasar ana katakan, kebanyakkan hero Melayu hanya menjadi hero kerana watak si penjahat tidak licik dan bukanlah disebabkan keberanian hero tersebut serta ketangkasannya dalam menghadapi pihak musuh.

Kebanyakkan pengarah masih lagi gagal memisahkan drama berbentuk aksi dan lawak. Pembawaan drama/filem di Malaysia yang seringkali mencampurkan kedua-dua genre ini sebagai adik-beradik sangat berbeza dengan drama/filem negara maju yang lain.

Selera penonton mula berubah. Terbaru, drama bertemakan benda ghaib mula berlonggokan di kaca televisyen. Selepas drama bertajuk Susuk, pelbagai jenis drama berbentuk seram mula muncul. Mesejnya sangat menarik, disamping menyajikan penonton yang menggemari kisah seram ia juga dapat memberi amaran kepada masyarakat daripada terus terjebak daripada ilmu hitam ini apabila si pelaku mendapat balasan pada penghujung cerita.

Namun, tidak semua penonton mendapat mesej yang sama. Tempias kontoversi juga terkena apabila  kebanjirannya di kaca televisyen membimbangkan banyak pihak. Sememangnya tidak dinafikan, dalam masyarakat Melayu Islam ada yang mengamalkan ilmu hitam, saka, susuk dan pelbagai lagi namun media dikatakan seolah-olah mempopularkan hal tersebut dalam masyarakat lebih-lebih lagi maklumat tentang upacara tersebut serta kelebihan menggunakan ilmu hitam lebih ditonjolkan daripada balasan si pelaku ilmu hitam tersebut.

Tambahan pula, mesej utama drama terbabit bukanlah mahu mencegah masyarakat daripada terlibat dengan hal-hal tersebut tetapi lebih kepada sajian kisah seram kepada penonton.

Genre lawak juga diterapkan dalam kisah seram. Aduhai...


Setelah kejayaan drama Nur Kasih, kisah cinta islamik yang sangat menarik dengan tonjolan bab poligami sebagai jalan cerita, kaca TV mula dihiasi dengan kemunculan drama berbentuk islamik.


 Ramai ikwah dan akhowat mula menyukai hal ini. Al maklumlah cerita kisah dakwah dan golongan agama seolah-olah menggambarkan kehidupan kami sahaja. Hehe.




Jika dahulunya, satu perkara yang sentiasa ana perasan apabila watak perempuan bertudung dibawakan, sepastinya watak tersebut adalah negatif. Tonjolan watak islamik yang melebih-lebih dan tidak berakhlak selalunya dipaparkan. Ia sangat mengkahelkan hati dan menyebabkan ana meluat melihat drama tersebut. Sememangnya menjadi satu kehairanan dan tanda tanya, agaknya mengapa watak tersebut dicipta sebagai contoh, drama 'Dunia Baru'.

Kadang-kala terasa janggal untuk mengklasifikasikan drama-drama seperti itu sebagai Islamik. Pelakon yang melakonkan watak muslimah yang taat akan perintah agama namun pakaiannya langsung tidak sesuai, tudung yang tak menepati syariah Islam dan begitu juga dengan tindak-tanduknya terutamanya cara percakapan dengan bukan muhrim dan orang tua, cara bergaul dan lain-lainnya yang seolah-olah hanya menggambarkan penutupan tudung sahaja sebagai watak islamik tetapi tiada penjiwaan dalam memegang watak itu.

Mungkin terlepas pandang barangkali, ya ?

Ana masih ingat drama yang bertajuk 'Tak Serupa tapi Sama' yang masih menyental hati ana sendiri serta mungkin penonton Islam yang lain.

'Tak Serupa tapi Sama' bukannya 'Sama tapi Tak Serupa'.

Satu drama yang secara jelas menyamakan golongan yang mentaati perintah agama dan golongan yang tersasar jauh dari landasan Agama Islam.

Secara total mesej drama ini mengisahkan sebuah keluarga yang terlencong jauh dari perintah agama seperti minum arak dan pergaulan bebas tetapi mempunyai keluarga bahagia serta mereka gemar menjalankan kebajikan.

Manakala sebuah keluarga lagi menunaikan fardu ain namun mempunyai sifat mazmumah seperti malas bekerja, tidak pandai menghormati, merogol dan suami mengongkong isteri.

Hal ini seolah-olah menunjukkan seolah-olah mereka yang tidak taat agama tak semestinya jahat serta mereka yang taatkan agama tak semestinya mempunyai akhlak yang tinggi sedangkan ia tidak mencerminkan kehidupan real kebanyakkan orang beragama lantaran agama Islam sangat mementingkan akhlak dan ketaatan terhadap syariah seperti solat dapat mencegah hal-hal tersebut sebagaimana firman Allah :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan – perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah – ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Ya, sememangnya tak dinafikan wujud sikap sebegitu dalam kalangan orang beragam namun tidaklah seteruk yang digambarkan ataupun mungkin wujud, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja.

                 إنما بعثت لأتم صالح الاخلق
 Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh

Walaupun begitu, tahniah ! Produksi perfileman negara nampaknya lebih terbuka untuk menyiarkan kisah islamik yang memaparkan kehidupan 'orang yang beragama'( golongan yang taat akan perintah agama).

Dari suatu sudut, drama-drama islamik secara tidak langsung dapat mengutarakan mesej dakwah sekiranya watak yang direka itu sesuai dan bertepatan secara logik dengan situasi dan keadaan masyarakat namun sayangnya sekiranya lakonannya terbalik pula. Ia bukan sahaja dapat memalukan golongan yang berpegang teguh dengan titah agama tetapi juga seolah-olah menghina syariah Islam itu sendiri.

Minggu lepas, ana tertonton sebuah lagi drama islamik bertajuk 'Tahajud Cinta'. Ana bukanlah seorang yang sesuai untuk memberi pendapat ini kerana ana seorang yang tidak suka menonton dan sangat jarang berada di hadapan TV. Adapun ana menonton TV adalah untuk mengetahui maklumat berkenaan siaran media tersebut yang tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk mendapatkan isu semasa.

Namun hal-hal sebegini perlu dipertimbangkan oleh pihak tertentu dan dipandang serius kerana bimbang seandainya industri filem di Malaysia mula beralih arah menjadi seperti drama penganut agama lain yang sewenang-wenangnya mempersendakan Tuhan mereka.

Pernah ana menonton drama masyarakat Kristian dimana dilakonkan di tempat yang sangat sejuk sehinggakan skrip seorang anak yang mendoakan kematian ayahnya berbunyi :

" Semoga dia dimasuk ke dalam syurga, sekiranya dia ditempatkan di neraka sekalipun sekurang-kurangnya di sana Tuhan memberi kepanasan daripada keadaan di sini yang teramat sejuk "

Skrip drama Hindi yang selalu memecah Panggung Sabtu di TV3 pula seringkali mempersoalkan takdir dan akan menyalahkan Tuhan mereka secara jelas sehingga ana sendiri pelik, entah dimana sensitiviti mereka terhadap ajaran mereka.

Jadi, mahukah kita umat Islam seperti itu juga ?


Balik kepada drama Tahajud Cinta, pada ketika itu ana menonton babak seorang muslimah berpurdah dan lelaki yang berwatakkan taat akan perintah agama berdua-duaan di sebuah kawasan berlatar belakangkan negara Jordan.

Kaget ana.

Bukan itu sahaja, skrip seorang muslim soleh kelihatan sangat janggal apabila memuji mata muslimah tersebut dengan penuh nada kesyahduan intonasi cinta.

Hairan ana.

Apakah sebenarnya persoalan yang ingin ditonjolkan pengarah ?
Percintaan 'islamik' yang disamakan dengan golongan artiskah atau bagaimana ?

Episod selanjutnya lagi merentap jiwa ana apabila menonton babak-babak yang tak logik yang wujud dalam diari seseorang yang taat akan syariah Islam seperti seorang lelaki bukan mahram menyingkap purdah muslimah yang dicintainya.

Ia sangat kelakar ! Ia sungguh menyakitkan !

Selain itu, muslimah terbabit yang lengkap berpurdah turut menyentuh lelaki bukan mahram, walaupun perempuan itu memakai sarung tangan namun matlamat tak pernah menghalalkan cara. Dengan watak orang beragama yang dibawakan oleh mereka yang tak faham agama, ia sangat menjengkelkan.

Selain daripada itu, seperti ana katakan tadi, watak Islamik seringkali menonjolkan mereka yang tak mempunyai akhlak yang baik. Taat akan agama tetapi tidak pandai menghormati ibubapa semasa menghadapi perselisihan antara mereka. Tak ketinggalan, selitan bab poligami turut diketengahkan. Sepanjang ana menonton drama Melayu,cbelum ada lagi kisah yang memaparkan kelebihan mengikut sunnah nabiyullah ini. Kebanyakkannya seolah-olah menyetujui poligami berkait rapat dengan perpecahan rumahtangga.


Drama ini cukup untuk mengoyak persepsi masyarakat terhadap mereka yang mendalami ilmu agama. Sememangnya sangat terasa bagi ana sebagai seorang muslimah yang berpurdah dan juga akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Jordan.

Watak Islamik yang tidak Islamik yang bagaimanakah cuba ingin dipaparkan agaknya, ya ?


Rentetan itu, beberapa perubahan perlu dikaji dengan teliti oleh produksi perfileman negara sebelum watak tersebut digambarkan sebagai cuba memalukan orang yang beragama.

Sememangnya tidak dinafikan mungkin wujud sikap orang yang beragama seperti itu, taat akan perintah Allah tetapi tidak berakhlak mulia. Namun mungkin segelintir kecil sahaja. Sudahlah drama islamik kurang, apabila dibuat pembikinan pula digambar orang yang beragama seperti itu. Taksub akan syariah namun tak pandai bermuamalat sesama manusia.

Oleh itu, penghayatan yang penuh mendalam dalam hal ini perlu dipandang rapi oleh pihak tersebut. Teringat pula baru-baru ini seorang pelakon yang sangat terkenal dengan watak perempuan islamik ditemu ramah dalam rancangan temubual Wanita Hari Ini yang mengakui memang sukar sekali membawa watak tersebut.

“ Memang suatu cabaran kepada saya untuk melakonkan watak perempuan yang sangat menjaga hal-hal agama. Ia sesuatu yang agak sukar dan saya berusaha untuk melakonkan watak ini dengan baik.”

Benar, seseorang yang serius memang sukar untuk melakonkan watak yang periang. Sesuatu yang menongkah arus dengan dengan perwatakkan kita, sememangnya menjadi cabaran besar untuk menjayakannya dengan baik.

Kenyataan artis ini secara jelas menunjukkan penghayatan dalam sesuatu watak adalah penting. Sekiranya seorang artis boleh menghayati watak seram dengan baik, membuat research tentang perkara-perkara ghaib, kenapa tidak untuk drama Islamik pula ?

Ana yakin dan pasti ramai penonton sangat dahagakan drama Islamik yang benar-benar melambangkan syariah Islam yang sebetulnya. Lagi manis andai bukan sahaja semasa penggambaran sahaja, namun rebakan syiar Islam turut dirasai oleh pelakon itu sendiri di luar sesi pengambaran.

Wallahu a'lam

26 comments:

Muslimah Optimis said...

like this artikel but too long.. hurmmm.. saya pernah menulis artikel yang terlalu panjang pada masa mula-mula berblog dulu tapi bila jenguk2 balik, kadang2 saya sendiri malas nak baca artikel sendiri yang panjang2.. isi kandungan artikel ni bagus, tapi takut disebabkan tak ramai yang membaca habis maka maksudnya tak sampai..

berdasarkan artikel ni, sebab tu saya pernah menulis mengenai lebih baik jadi penulis novel daripada jadi penulis skrip drama atau filem, kerana penulis itu sendiri dapat tempias dosa pelakon-pelakonnya. wallahualam

teruskan menulis untuk kebaikan.. jangan putus asa :-)

naDhi_islamic said...

shukron atas komen tu..
sriously pada mulanya hnya sedikit yg ana nk kupaskan, tp tetiba plak bila jari rancak menari di keyboard ni, jdi pnjg tmasuk post2 yg len. Apa pun istiqomah kita dlm sntiasa mncari ilmu adlh pntg kerana mbaca adlh nadi ILmu. wallahua'lam

Saefullah said...

saya agak tak setuju dengan pandangan anda berkenaan drama 'serupa tapi tak sama'. Bagi saya ia adalah drama yang cukup baik mesejnya untuk disampaikan kepada golongan yang mengaku beragama di luar sana, dan juga sebaliknya. Kedua-dua mendapat nasihat yang jelas dan mengesankan dengan penyusunan ending cerita yang agak baik oleh penulis skrip.

Muslimah Optimis said...

hihihi.. bila menulis ni memang eksaited (sama macam saya dulu).. tapi belajar dari pengalaman.. kalo rasa terlalu panjang boleh buat part by part..

MO pon masih baru dalam dunia penulisan ni.. sekadar teguran diri sendiri..

naDhi_islamic said...

terserah,sprti yg ana katakn setiap yg dibawakn ada pro n kontranya. wallahua'lam

chot said...

Suka nonton crita bila cinta bertasbih. Pengarah faham hukum hakam. Ana tidak membuka tudung walauoun pada malam pertama. tidak berlaku sebarang sentuhan..kalau drama kita...

rahita said...

nadhi!!! kui3.. ayo.. jangan hanya menonton film aja.. jadilah filmmakers.. ^^
cita2 saya tuh.. ingin bikin film yang berkualitas.. tidak hanya cinta2 saja.. kah kah kah :D

naDhi_islamic said...

iya, nadhi mmg mau jdi pgrh film..support nadhi ye.. inshaallah :D

haikalblank said...

HEHE aku suka tahap kepanjangan artikel ni! best tuk pembacaan. teruskan kawan!

Dalam filem, memang banyak unsur2 negatif. sedangkan yang dicipta untuk positif pun masih ada negatifnya kan macam yg kau cakap, lagikan yang memang dicipta tanpa melihat kepada agama. Sekular dalam segalanya.

Ya, aku cuma insan biasa yang cuba membuang sekular dalam diri.

Mujahidah Syaabah said...

ada rahita disini.. hihi

naDhi_islamic said...

jgn lupa perenggan nie..walaupun sdikit tp juga mmuji
"
Walaupun begitu, tahniah ! Produksi perfileman negara nampaknya lebih terbuka untuk menyiarkan kisah islamik yang memaparkan kehidupan 'orang yang beragama'( golongan yang taat akan perintah agama).
"

dan ana tinggalkan psoalan sbgai komen yg mbina kpd industri seni kita iaitu :
" mgkin tlepas pandang barangkali,ya?"
jadi sbaiknya mereka yg tlibat mkaji secara detail dlu, biarlah komen ini dianggap sbagai kritikan spy dpt mbina siri islamik yg lebih maju lgi dan mgelakkan hal sbgini brulang kembali
"lesson from the pass, our first step today!"

ninja keamanan said...

like like like

Anonymous said...

best nya....tapi chot bukan bila cinta bertasbih la...ketika cinta bertasbih...hehehe

Anonymous said...

Salam,best jugak melawat bloq awak yer...saya suka baca artikel panjang,bak kata org lebih suspend gitu...saya setuju mengenai pemikiran enta mengenai pembikinan filem2 islamik diMalaysia,perlu dalami lebih lagi ilmu mengenai agama,sekadar teguran,saya pun bukan pandai sangat bab2 agama ni...wallahualam ,Teruskan menulis lagi

Faris Hafiy

naDhi_islamic said...

shukron 4 support . inshaallah

Atika Aula said...

bagus juga kalau semakin banyak filem2 berkaitan agama, niat mereka bagus untuk mewujudkan filem yang berunsurkan dakwah. seperti mana yang kita tahu, tv mempunyai pengaruh yang besar kan? tapi, seeloknya minta lah pendapat daripada orang yang pakar sebelum menerbitkan filem yang berunsurkan agama. Takut tersalah dan menyebabkan tersasar daripada jalan yang betul.
Tak gitu? :)

naDhi_islamic said...

pandai atika aula!
tafsiran yg mantop

My Journey said...

Tak kisah post yang panjang asalkan menarik. Memang seronok baca artikel begini kerana membuka mata dan fikiran. Teruskan menulis yang boleh jadi pelaburan buat sahan akhirat. Lagi ramai baca dan mengubah pandangan mereka ke arah yang lebih baik dan mengamalkan ilmu itu, bertalilah saham masuk. Tapi awas, syaitan sering akan menyelit dan akan berusaha untuk merosakkan amal kita. Perlu selalu minta taufik dan hidayah dari Allah. Sekiranya hati rasa berat selepas meminta bimbingan dari Allah, bermakna kita tak payah teruskan. Inilah yang dipanggil penulisan terbimbing. Teruskan usaha yang bagus ini.

naDhi_islamiC said...

tQ, semoga kita blogger muslim dpt mjadi penulis terbimbing :)

|| A r a W a n i || said...

Salam naDhi..=)
Sy stju kupasan anda tntang drama tahajjud cinta.
Banyak yg menjengkelkn. Menyesatkan kali.
Ada stu scene bla ibu c watak utama menegur anak gadisnya tntang purdahnya.
Eh, jawaban c gadis aneh. Terus sy mls menonton. Buat pening. Pelik lihat perspektif mereka dlm memilemkan kehidupan islam sebenar.

p/s : atau mungkin mmg sy yg kurang ilmu agama?

naDhi_islamiC said...

tidak timbul isu pelajar jordan cepat melatah lantaran membantah drama ini pada awl tygnnya krn babak2 di akhirnya btambah mgoyakkan prsaan

Nightroad said...

pnerbit filem di Malaysia makin berani menerbitkan filem yg bg saya umpama mempersendkan agama islam..barangkali mrk memikirkn islam tu hnya sbg satu jenama utk meraih keuntungan.. filem terbaru bg saya yg betul mempersendakan agama dan golongan agamawan ialah filem Karipap Cinta boleh dinilai berdsrkn trailernya shj dan filem Hantu Bonceng...=.=...

sedih melihat perkara ini lg2x ia dibuat oleh penerbit yg beragama islam...

naDhi_islamiC said...

hmm ana pun xttgok filem2 baru 2, mudah2 bukanlah filem itu dterbitkn bg mgubah persepsi masyarakat thadap mreka yg mbawa imej agama

Jαnnαhツ said...

betul. saya setuju dengan enti. citer melayu memang berlambak tapi kualiti kurang. bukan stakat kualiti kurang, moral dan pengajaran yg ingin disampaikan seolah-olah kabur dan seakan-akan ingin mengelirukan penonton.

tengok saja tahajjud cinta. skrip yg diolah itu memang tak berapa kena. kalau org tak belajar ilmu agama dengan mendalam tengok drama ni, persepsi mereka terhadap islam akan menjadi buruk. mereka akan menganggap agama islam nie kejam dan tidak adil.

contohnya masa ustaz shauki jatuhkan hukum rejam dengan batu 7 kali. ade ke hukuman macam tu dalam islam tanpa bukti yang kukuh dan saksi yang benar? bahkan 7 kali rejam?? tujuh?? cerita ini seakan-akan menghina perundangan islam. agama dipermainkan dalam drama dan perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan.

mana pihak yang berkuasa menapis drama2 sebegini? adakah sekadar melepas batuk di tangga? saya amat kechewa dengan industri filem melayu.

tengok saja negara lain yang hebat dalam perfileman. ambik iran sebagai contoh. movie CHILDREN OF HEAVEN dapat anugerah di peringkat antarabangsa. tiada bajet besar ataupun prop2 hebat untuk hasilkan filem sehebat itu.

garapan pengarah dan penulis lirik dalam cerita berlatarbelakang masyarakat islam iran yang dihimpit kemiskinan berjaya meruntun hati penonton. temanya mudah; KASUT. kisah kasut dan pengorbanan adik-beradik yang masih kecil dalam mengharungi kehidupan penuh cobaan sangatlah mengharukan. memang layak filem ini rangkul anugerah berprestij. Malaysia bila lagi?


harap2 pengarah kat malaysia akan buat filem yang hebat sampai boleh dibeli oleh negara luar. hebat di sini bermaksud ada moral yang baik dan penuh islamik.

sekian.sekadar memberi pendapat ttg industri perfileman melayu yang dirasakan semakin hambar. mohon betulkan salah silap ana.

naDhi_islamiC said...

Sebenarnya,pengarah filem negara maju yang lain merupakan ahli akedemik yang cmerlang bukannya seperti di malaysia di mana mereka yang terjun adalah kebanyakkannya yang tersungkur akademiknya apatah lagi moralnya.

Sebab itu mereka boleh menghasilkan filem2 yang tinggi nilainya, mengajak manusia berfikir. Inikan tidak,kebanyakkannya cumalah untuk kepuasan yg sementara sahaja.

Terbaru merupakan filem Ombak Rindu yang entah di mana hilangnya sensitiviti terhadap perasaan "malu"

Semoga pengarah2 di Malaysia boleh melangkaui minda mengubah gaya filem kita ke arah yang lebih membuka minda dan memberi kesan jangka panjang terhadap pemikiran manusia seterusnya boleh menjadi inspirasi buat seluruh rakyat :)

Anonymous said...

tahniah,,isi yg mantap...semoga allah terima amalkita....
*1 ja nak komen,,setiap mnusia ade latar blakang masing2,,,ada yg background baik,ada juga yg kurang...
maka fham2 je la..apa yg perlu dibuat bagi si pndkwah ialah d0a dan usaha yg kena pada caranya....
apapun,,pemikran kamu sama seperti pemikiransaya....