Zero To Hero !

Kem Zero To Hero

ZerO To HerO ?
Apa yang rOrO sangat tu ?

Eh, ZerO To HerO !
Bukannya Hero to ZerO !

Hati-hati menyebutnya, ya ! Ramai yang dah tersalah sebut. (Bahkan semasa ana menulis post ini juga ). Mungkin lantaran takjub sangat dengan perkataan HERO ataupun mungkin juga taksub sangat nak jadi hero kowt sebab itu ramai sangat peserta program ini tersalah sebut Hero To Zero.
من صفر الى مائة
Oh , sifrun ila miah !

Berbeza dengan program-program sebelum ini, kali ini ana hadir sebagai peserta. Wah, sudah lama nampaknya tak jadi peserta !

Jadi dengan rasa besar hati beta nak berkongsi apa yang beta dapat daripada kem ini. Hehe. Berjela-jela ana taip demi sahabat-sahabat tercinta yang tak dapat hadir ke program ini. Jadi , selamat membaca !

Kem ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar luar negara yang sedang bercuti sekarang (Alumni International Student). Modul yang digunakan ialah ISK.
Ya, modul yang sering digunakan oleh NGO dakwah seperti IKRAM dan JIM ( ana bukan ahli :P )

Ini Sejarah Kita (ISK). Kencang dengupan jantung ini apabila  mengetahui tajuk modul ini. Sudah lama ana mengidam nak sertai ISK ini dan akhirnya kali ini impian menjadi kenyataan apabila Allah memilih ana menghadiri kem selama dua hari semalam ini. Alhamdulillah .

Pada awalnya memang ana bertekad mahu bercuti sahaja bersama keluarga di KL dan juga untuk menyertai BERSIH (*_^). Namun malam sebelum kem tersebut, istikhorah ana berpihak pada kem ini. Jadi ana membuat keputusan dengan hanya mengirimkan keluarga berangkat ke sana, memperjuangkan hak rakyat sementara ana ufaqihu fi deen sahaja.

Kami bermalam di sebuah homestay milik Mak Cik GG.
Oh baru ana tahu ! Rupanya dia merupakan bekas cikgu sekolah menengahku. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berganda-ganda atas kebaikan yang dihulurnya. Thanks mak cik !

Fasilitator banyak menekan kepentingan mengharapkan redha Allah dalam segala aspek, setiap perkara yang kita lakukan seharian- sentiasa- dan selamanya. Bahkan Mardhotillah ini banyak disebut di dalam al-Quran :

وَما لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزى‏ ﴾ إِلاَّ ابْتِغاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلى‏
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi (Al lail-19-20)

A072
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.(Taubah 72)


إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا  
We feed you seeking Allah's face. We wish from you no reward or thanks (Al-insan 9)


Aha, inilah lagu temanya. Merdu ! Slow motion but so meaningful , Mashallah !!!

Tidak seperti kebanyakkan kem-kem lain yang menggunakan kekuatan fizikal, kem ini lebih memenatkan mental kerana peserta digesa memerahkan minda bagi menghasilkan produk fikrah.

Dan ana sangat menyukainya !

Pembentangan modul sangat menarik, diselang pula dengan tayangan video yang membuka minda. Walaupun ISK ini seperti mengulang kembali silibus sejarah tingkatan 4 dan 5, namun peserta difahamkan dengan lebih mendalam melalui tambahan karakter-karakter penting yang sengaja tidak ditekankan dalam buku teks sekolah.

Memang syok ! Rugi siapa yang tak pergi !

Berikut adalah modul kem tersebut tetapi telah ana olah dengan pendapat dan pengalaman sendiri. Kalau nak yang fresh, clean and clear, lain kali kena join sendiri tau plus boleh dapat pengalaman !

Pengalaman mengandungi ukhwah, mematangkan kita dan paling penting pengalaman merupakan sejarah kita ! Ini adalah fakta !

*(posting)
Pada akhir kem ini, sempat ana mengirimkan sepucuk surat cinta buat fasilitator-fasilitator tersayang.

" " "
Shukron akak-akak kerana sudi berkorban, meluangkan masa untuk mengadakan kem ini. Ana sangat-sangat menghargainya. (^_^)

Banyak yang terkesan dalam hati ana melalui modul-modul yang disampaikan. Antaranya :

ü  Dapat memahami dengan lebih mendalam tujuan dan matlamat sebenar kehidupan. Ya, MARDHOTILLAH !
ü  Mendalami sejarah dari perspektif yang sebenar iaitu sejarah kebangkitan umat Islam suatu masa dahulu.
ü  Mengkaji faktor-faktor kebangkitan Islam dan kejatuhannya.
ü  Memahami grraf model kejayaan Islam yang telah dilakar umat terdahhulu
ü  Mengaplikasikan sifat-sifat sahabat dan para pejuang dalam kehidupan
ü  Menyedari kepentingan asas yang kukuh bagi mengulang kembali  kebangkitan tersebut

Harapan serta doa dari Nadi
ü  Mohon tarbiah yang istiqomah daripada kakak-kakak !
ü  Semoga Allah membalas jasa murni akak semua !

Jangan lupa join group USRAH di facebook !!!
Ukhwah mahabbah fillah Abadan abada !!!


-naDhi_islamic-   " " "

5 comments:

wan nur syakira said...

nadi, saja je buat ana dengki.. bukn ana xnak g.. huhu..moga bila ada program mcm ni, ana dapat g.. Post byk2 lg..ana tunggu..

syamihah razak said...

tu la keyra,tak gi sgt.kang dah rugi.hehehe.
mohon tarbiah istiqamah dari akak2 tu....jom kita berusaha cr redha Allah :)

Saefullah said...

min sifrun?

Tengku Fatimah Azzahra said...

salam nadi...
ana pun x pgi...rugi gok..
tp thanks for sharing

naDhi_islamiC said...

min sifri- sifrun ila miah