Agama Tunjangan 1 Malaysia

"Konsep 1 Malaysia yang mula kedengaran apabila kuasa Perdana Menteri dipegang oleh YB Najib Tun Razak rupanya bukanlah satu idea baru. Sebenarnya ia sudah lama dipraktikkan oleh perdana-perdana menteri sebelum ini.", tegas seorang fasilitator Kem Biro Tata Negara.

Benar, ia bukannya satu cetusan idea baru. Slogan One Israel telah pun dilancarkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel untuk meraih sokongan rakyat kepada partinya dalam pilihanraya Israel 1999 yang  mana konsep ini telah lama diilhamkan oleh seorang tokoh politik Israel, Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980.


Namun mungkin kebetulan sahaja konsep ini diguna pakai di Malaysia. Kebetulan dimana pemimpin-pemimpin kita lupa akan fakta sejarah ini dimana Parti Buruh di Israel telah pun menggunakan konsep ini setelah dikatakan elit (elitis) dan bongkak (snobbish) oleh bangsa laknatullah itu sendiri suatu ketika dahulu.



Banyak sungguh ya, perkara yang berkebetulan termasuklah bendera yang menjadi lambang maruah sesebuah negara sendiri.

Dan perkara yang paling menarik tentang pimpinan di Malaysia ialah slogan yang dimainkan akan bertukar ganti seiring dengan pertukaran pemimpin. Contohnya adakah anda masih ingat slogan "Islam Hadhari" dan "Bekerjalah Bersama Saya Bukan Untuk Saya" ?

Ke mana hilangnya slogan-slogan itu sekarang ?

Sebagaimana Sure Heboh yang mengalami proses rebranding apabila ditukar kepada Jom Heboh, Satu Malaysia yang mengalami proses yang sama turut menekankan konsep perpaduan rakyat sebagaimana konsep One Israel walaupun secara terang-terangan Israel melancarkan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Konsep yang sangat baik untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat !

Mana tidaknya, imej negara sudah pun terkoyak reput di mata dunia.


“Sistem undang-undang dan perjalanan kes yang adil adalah prasyarat penting di kalangan pelabur asing untuk datang ke Malaysia tetapi pelabur asing meragui perjalanan undang-undang di Malaysia,” kata pengasas kumpulan Virgin, Sir Richard Branson.

“Jika anda pemimpin berani (Najib), anda harus tegas untuk mengatasi hal yang hanya merosakkan nama baik anda. Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia,” tambah jutawan popular Branson itu sebagai prasyarat melabur di Malaysia.

Bayangan altantuya dan persoalan yang belum terjawab mengenainya.

Rangking gejala rasuah semakin meningkat dari tahun ke tahun

Kata pengarah program BTN kami, peserta yang datang ibarat gelas yang berisi air yang sedikit di dalamnya, mungkin hanya air di dalam gelas tersebut hanya separuh. Pada akhir kem ini, kami akan dibekalkan dengan ilmu secukupnya ibarat air yang di dalam gelas tadi penuh sehingga mencukupi ruangan gelas itu tanpa air tersebut melimpah ke luar dari gelas.

Analogi ini sangat cantik ! Andai air di dalam gelas tersebut melimpah ruah, maka mungkin kami semua boleh bertindak seperti ini









Kebanjiran demonstrator yang disifatkan sebagai 'beruk' di jalanan.



Hal ini kerana rakyat sudah tahu menilai sendiri. Hak dan kebatilan tidak boleh berada pada satu tangan. Teknologi maklumat memungkinkan segalanya.

""Azizi Abdullah, sasterawan dan aktivis politik negara menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari konsep One Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah""

2  ASAS
     -Perlembagaan Persekutuan
     -Rukun Negara
3 TERAS PERPADUAN
      -Kenegaraan
      -Penerimaan
      -Keadilan sosial
4  NILAI-NILAI MURNI
      -Hormat-menghormati
      -Rendah hati
      -Kesederhanaan
      -Berbudi Bahasa
8 NILAI-NILAI ASPIRASI
   -Budaya Ilmu
   -Budaya Ketepatan
   -Budaya Berprestasi Tinggi
   -Budaya Inovasi
   -Integreti
   -Kesetiaan
                                                                                                           -Kebijaksanaan
                             Gagasan 1 Malaysia                                           -Ketabahahan

Konsep Satu Malaysia sebenarnya cukup cantik andai seiring praktikalnya
dan
alangkah cantiknya andai diletakkan ISLAM sebagai kepentingan utama instead of "MELAYU".

Tersangat baik andai kebanyakkan program adalah berteraskan agama bukannya bangsa kerana bangsa tidak menjamin apa-apa. Tak perlu kepada nyanyian yang melalaikan, tak perlu kepada jogetan yang mengasyikkan.

Islam adalah cara hidup terbaik, kesemua nilai tersebut terdapat dalam Islam. Berpegang dengan ajaran Islam secara tunjangnya adalah lebih baik daripada taksub kepada bangsa Melayu.

Saya Islam atau saya islam ?
Saya melayu atau  Saya Melayu ?

Anda boleh membezakannya ?

Fikrah anda menentukannya !
Pilihlah pilihan anda sebaiknya :D

4 comments:

Tengku Fatimah Azzahra said...

i'm first comment nadhi...
Very good...very dare to write about this
i like it...
i'll always with u nadhi
in one fikrah....for the sake of ISLAM

naDhi_islamiC said...

shukron...
kita bukan me-layu, kita bersatu ats nama Islam

Unknown said...

berhati2 dengan fitnah... menuduh islam beragama yahudi atau condong ke arah yahudi adalah satu tuduhan berat.

dan kes altantuya itu fitnah. telah di jawab dan angkat sumpah laknat.

dan kalau takda bukti altantuya itu, jangan fitnah...pergi buat laporan polis.

naDhi_islamiC said...

Allahu rabbi...tq krn sudi mbaca, sila lihat kupasan ana mgenai pkara tsebut :-

"Bayangan altantuya dan persoalan yang belum terjawab mengenainya."

Bahkan ana tidak mbuat sbrg fitnah atau tokok tambah, cuma psoalan yg ana lontarkan.

sila baca artikel ana sebaiknya dgn kfhmn yg mdlm, apa pun,shukron ^_^