Jemaah no 1, akademik bukan no 2

Bandingan antara seorang ustaz yang berkelulusan pondok dan seorang ustaz yang mempunyai PhD, datang menasihati anda. Agak-agaknya mana satu yang lebih kita dengar pendapatnya ?

Nah, jangan menipu diri ! 
Tentu sekali kita akan menumpukan kepada yang mempunyai kelulusan yang diiktirafkan, bukan ?

Walaupun boleh jadi sahaja ustaz yang hanya berkelulusan pondok adalah lebih baik daripada ustaz yang mempunyai pangkat serta status namun tidak dinafikan latar belakang seorang daei itu tersangat penting. Pangkat serta status menjadi cerminan diri, first impression terhadap seseorang.

Dalam lumrah hidup seorang pelajar yang sentiasa sibuk- 
sibuk dengan assignment, sibuk dengan masalah peribadi sendiri, sibuk dengan menyibukkan diri- 
kadang-kadang menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab serta amanat yang dipikul. 

Tanggungjawab sebagai khalifatullah di muka bumi.
Amanah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

"Ah ! Pedulikan ! Sekarang time exam, kita fokus kita punya exam dulu, lepas habis baru kita buat usrah balik, baru senang hati sikit nak bagi ceramah sampai jam 3,4 pagi pun tak apa."

Hakikatnya dakwah dan akademik, bukanlah jongkang-jongkit yang sering kita andaikan.

Eh ?
Siapa boleh jamin, andai kita fokus dakwah, study akan kecundang ? dan siapa pula berani kata andai study di puncak, dakwah perlu slow down ?

Oleh itu, seorang yang memahami tuntutan agama pasti lebih bersungguh-sungguh sebagai seorang pelajar. Malah dalam diarinya tidak wujud istilah "fokus study" dan "futur" kerana study berada dalam ruang lingkup dakwah.

Dalam kehidupan, manusia harus menjaga keseimbangan yang telah Allah ciptakan dan tidak mengurangi sedikit pun keseimbangan yang telah digariskan Allah itu. Allah telah menjadikan dunia ini dalam keadaan yang seimbang dan mengikut fitrah yang telah diperintahkan oleh Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9.
 Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan.
 Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu.
Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan jangan kamu mengurangi keseimbangan itu.
 
Antara keseimbangan yang telah Allah tetapkan adalah:

ü  Allah menciptakan pelbagai makhluk dalam keadaan berpasang-pasangan Allah dan menjadikan adanya syurga dan neraka serta balasan dunia dan akhirat. Kitaran hidup manusia dan ekosistem kehidupan pula terdiri daripada siang dan malam

ü  Manusia secara amnya amat memerlukan kepada keseimbangan seperti mengambil makanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Konsep At-Tawazun penting dalam terapan kehidupan pelajar. Keseimbangan yang ingin dikhususkan adalah keseimbangan diri pelajar itu sendiri yang pada dirinya.

Sifat at-Tawazun ini akhirnya dapat melahirkan pelajar yang tidak hanya mengfokuskan pada perkembangan sesuatu aspek sahaja dan mengabaikan aspek-aspek yang lain.

Bukan itu sahaja bahkan kefahaman ini juga dapat membentuk pembinaan diri pelajar yang kamil dan memenuhi tuntutan muwassofat tarbiyah yang digariskan oleh ulama’.


Memiliki prestasi akademik yang tinggi merupakan satu bonus bagi seorang daei. Janganlah excited dakwah sehingga terlupa tugas seorang pelajar dan janganlah kerana frust dengan result akedemik, dakwah pula ditinggalkan.

Oleh yang demikian, seimbangkan antara kedua-duanya. 
DAKWAH no 1, akademik bukan no 2 !!!

Mana mungkin sesuatu dakwah itu dilakukan sendirian, kan? Ia perlukan jemaah.
Mana mungkin sesuatu misi akan tercapai tanpa suatu organisasi tersusun, kan ?

JEMAAH no 1, akademik bukan no 2 !!!

5 comments:

Saefullah said...

@at-tawazun

ana solehah said...

salam nadhi~
nice post! ^_*
murobbi akak slalu pesan "dakwah no 1, tp study bkn no 2"..
semoga kita sama2 b'amal dgnnye~

naDhi_islamic said...

eh? shukron da btulakn

kak ehsan : ^_^

mimies said...

sejuta kali LIKE !
=)

naDhi_islamic said...

shukron, sama2 kita amek iktibar ^_^