Meratah Minda

Tiba-tiba sahaja saya dituduh judgemental person, saya bengung. Pernahkah saya membuat apa-apa kenyataan kepada mana-mana tokoh agama sebelum ini ?

Tiba-tiba saya dipersoalkan tentang pendapat dan belum pun saya menyatakan hujah pandangan, sudah pun diterpa "JANGAN CEPAT MELATAH". Sedangkan saya belum berkata atau menyatakan hitam putihnya.

Saya heran, bingung jadinya.

Seolah-olah dia sedang memarahi saya ?
Atau dia sedang menguji minda saya ?
Atau dia memancing fikrah saya ?

Saya tak pasti. Tapi semangat saya tidak akan luntur begitu sahaja.
Saya suka mengkaji dan akan terus mengkaji.

Bahkan saya jadikan hal ini sebagai pembakar semangat saya !

Syaikh Abdul Qadir Jailani berkata, hancurnya agama pada diri seseorang muslim adalah karana 4 perkara :


 (1) Tidak mengamalkan apa yang diketahui
 (2) Mengamalkan apa yang tidak diketahui 
 (3) Tidak mencari tahu apa yang tidak anda ketahui 
 (4) Menolak orang yang mengajarkan apa yang tidak anda ketahui.

Saya tidak akan berikan sebarang pendapat mengenai hal yang saya tidak tahu. Sepastinya saya akan mengubah perkara yang saya tidak tahu menjadi tahu.

Saya juga tidak akan menyatakannya tanpa pendapat serta dalil.

DAN

Saya cukup hairan akan kenyataan yang tidak dinyatakan sekali berserta hujah dan dalil.

Saya kira, sesuatu pendapat itu, mana mungkin jika tanpa berpaksikan SEBAB. 
Mana mungkin ya kita boleh taqlid dalam sesuatu hal.

Nadhi is always cheers and fears.

2 comments:

Saefullah said...

Kena faham beza tuduhan dan nasihat.
Nasihat orang yang pernah mengalami pengalaman sama sebelum ini.
Nasihat sebagai langkah berjaga-jaga. Takde kaitan dengan istilah tuduhan.
Topik perbincangan perlu berkisar tentang topik yang dibicarakan sahaja. Jangan diprejudiskan kepada perkara lain.

Nasihat seseorang terhadap mentaliti dan personaliti kita bukan bermakna tuduhan bahawa kita adalah begini dan begitu. Ia nasihat bagi MENGELAKKAN KITA DARI MENJADI BEGINI dan BEGITU. Perlu faham beza semua tu. Jangan cepat buat andaian tentang sesuatu kenyataan.

Saefullah said...

bagusla kalau fikir macam tu. Ramai yang mengamalkan taqlid buta kepada kata-kata orang menjadikan fitnah begitu senang bertebaran di sana sini.

Yang berlainan pendapat sikit, terus dituduh wahabi, salafi, yang melawan metod tajdid sikit terus dituduh ahbasyi.

Itu sebab penting kita pegang kepada sesuatu berdasarkan dalil dan sebab. Setelah mengkaji. Hairan juga awk pikir ana tuduh begitu begini. Kalau tersilap baca nada tu ana mnta maaf la.