Dari Terengganu ke Jordan


Ini artikel khas yang saya buat bagi lepasan-lepasan SPM di Terengganu khususnya mereka yang ingin memohon tajaan MAIDAM ( Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu ) menjawab pelbagai persoalan mereka yang bertanyakan hal ini melalui mesej di facebook saya.

Pertama lagi utama, perlu diketahui kos pengajian di Jordan khususnya di Universiti Yarmouk serta kos sara di bumi anbiya’ ini sangat tinggi sehingga mungkin mencecah RM 11 000 setahun tambahan pula baru-baru ini tarif elektrik naik secara mendadak bermula bulan Februari pada tahun ini menjadi faktor kenaikan cukai barangan sebanyak 15%.

Kadar  inflasi negara Jordan yang semakin tinggi memberi kesan yang cukup besar kepada mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini. Justeru menurut saya, bagi mereka yang tidak berkemampuan, tidak digalakkan ke sini melainkan mendapat mana-mana tajaan.

MAIDAM merupakan institusi zakat di Terengganu yang menaja pelajar Terengganu dengan syarat-syarat tertentu ke Jordan dalam tiga progam :

(i)                  Program Ulama’

Permohonan ini bermula dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM lagi. Program ini menawarkan biasiswa dari peringkat sarjana muda sehingga PhD. Biasiswa sebanyak RM 20 000 setiap tahun diperuntukkan. Saya difahamkan terdapat bebarapa peringkat tapisan dilakukan termasuk perlu menghadiri kem/seminar dan proses temuduga di samping keputusan peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM yang cemerlang. Program yang bermula pada tahun 2009 ini menawarkan universiti dan bidang pengajian yang ditetapkan sendiri oleh pihak MAIDAM.

(ii)                Program Al-Ansar

Saya sendiri merupakan pelajar tajaan al-Ansar. Permohonan ini dibuat selepas menerima keputusan yang dalam SPM dengan syarat-syarat tertentu :

(i)                  Sekurang-kurangnya 5A dan ke atas
(ii)                Memperolehi Gred A dalam subjek agama dan Bahasa Arab
(iii)               Tiada subjek yang memperolehi gred C
(iv)              Lulus temuduga

Program yang bermula pada tahun 2010 ini menaja biasiswa pada peringkat sarjana muda sahaja dan kadarnya mengikut tahap kecemerlangan pelajar di universiti.
  • Maqbul (lulus) : RM 12 000
  • Jayyid : RM 13 000
  • Jayyid Jiddan : RM 14 000
  • Mumtaz : RM 15 000       
Pelajar di bawah tajaan ini dibenarkan memilih bidang pengajian dan universiti yang atas pilihan masing-masing

(iii)               Pakar Sakit Puan.

Program ini juga bermula pada tahun 2010, menaja pelajar dalam bidang perubatan sehingga pengkhususan dalam bidang pakar sakit puan. Permohonan ini dibuat dengan menggunakan keputusan percubaan SPM lagi dan calon hendaklah lulus temuduga.

Sekiranya gagal memenuhi syarat-syarat pada program tajaan tersebut, pelajar yang  membuat urusan ke sini dengan tanggungan sendiri, boleh cuba meminta bantuan dermasiswa dengan pihak MAIDAM namun dengan kadar yang berbeza.
  • Maqbul (lulus) : RM 9 000
  • Jayyid : RM 10 000
  • Jayyid Jiddan : RM 11 000
  • Mumtaz : RM 12 000
Antara bidang agama yang ditawarkan adalah :

(1)    Fiqh wa usuluhu – berkaitan hukum-hakam
(2)    Usuluddin – berkaitan al-Quran dan hadith
(3)    Bahasa Arab

      Antara universiti yang ditawarkan :
  • Universiti Yarmouk
  • Universiti Mu’tah 
  • Universiti Al-Bayt
Pelajar diharapkan dapat membuat persediaan yang rapi dalam proses temuduga kerana persaingan pastinya sengit dalam proses temuduga.


Antara soalan yang ditanya pada sesi temuduga : 


(1) Memperkenalkan diri dalam bahasa Arab
(2) Sebab memilih bidang pengajian
(3) Hafazan Juz akhir Al-Quran


Pada tahun ini persaingan mungkin lebih sengit dengan permohonan lebih ramai pelajar. Oleh itu persediaan yang rapi perlu dibuat untuk melepasi sesi temuduga termasuk dengan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara, mengambil tahu bidang tugas Maidam serta ahlijawatankuasanya. Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang ditanya mengikut jenis bahasa yang ditanya. Sekiranya soalan itu ditanya dalam bahasa Inggeris, maka jawablah dalam bahasa tersebut.

Tidak lupa supaya pelajar mengambil kira tips-tips temuduga dengan berpakian kemas, tampil berkeyakinan dan mengamalkan adab yang sopan semasa sesi temuduga seperti cara bercakap dan duduk dengan betul. Tentulah dalam mana-,mana sesi temuduga, apa yang terpenting adalah keyakinan pelajar dalam menjawab dengan rasional soalan yang ditanya di samping tingkah laku yang sopan.

Pelajar yang melepasi sesi temuduga diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Arab. Pada tahun lepas, kami pelajar tajaan Maidam ditempatkan di UNISZA, Gong Badak selama sebulan untuk mengikuti kursus ini. Pada akhir kursus ini akan diadakan ujian bertulis.

Setelah semua tapisan dibuat, pelajar yang layak diwajibkan menjalani Kursus Biro Tatanegara (BTN) yang menjadi syarat wajib bagi mana-mana pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Se
Selain MAIDAM, institusi Yayasan Terengganu turut menawarkan pinjaman bagi melanjutkan pelajaran ke sini. Sebaiknya hal ini dirujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan tentang hal ini. 
Harap artikel ini serba sedikit dapat membantu. 

Sekiranya ada persoalan, boleh rujuk terus laman web rasmi MAIDAM atau boleh tinggalkan komen di bawah.

*Saya minta maaf atas keterlambatan menjawab persoalan yang ditanya. Harap artikel ini dapat membantu.

9 comments:

Mujahidah Syaabah said...

rm9000 tu untuk 3 bulan kan? bukan untuk setahun kan?? ambe tanya salah sorg yg gi persndirian..

Ezzamh said...

rm9000 utk setahun la..

-hazen said...

macam tak datang bengkel haritu.

:D

naDhi_islamiC said...

mujahidah : jgn nak byok sgtla..hehe

hazen-nope,or mybe u saw my shadow ther

Mujahidah Syaabah said...

ooo.. saloh paham la ambe aritu.. haha.. doh cukup dop pitih ea? hishh hishh... mikir2

Anonymous said...

salam,interview tahun lepas ade brape fasa?sebab tahun ni ada dua fasa..fasa 2 ujian bertulis..agak2 ujian bertulis tu cane ea?

naDhi_islamiC said...

utk prog al-ansar tahun lepas hanya sekali shj..lgpun pd wktu kami, tak ramai yg memohon. kemudian mana2 yg tpilih dlm itv tu akan didiakan kursus bhasa arab. akhir kursus ini akan diadakan ujian bertulis namun keputusannya lgsung tak mpengaruhi apa2 walaupun apada awalnya kami dimomokkan bhawa ujian tsebut mnentukan samaada bpeluang ataupun tak ke luar ngara.

tapi tak tahulah camne sistem tahun ini.
bittaufiQ

Mujahidah Syaabah said...

tahun ni ada yang direject.. padahal dapat 10 A.. doh nk wat gane.. interview dop mantop plop... huhuu...
(ambe gi sndiri.. sibuk je care hal org)

naDhi_islamiC said...

hehe info yg bagus adek SB !