Walaupun aku teguh untuk teruskan dakwaan ke atas keluarga jiran Arabku tapi tak menafikan untuk aku mempunyai 'pengadilan minda' dalam meneliti kes ini. Ini bukanlah kes yang paling sukar yang pernah aku hadapi namun keterlibatan anak jiranku menjadikannya agak rumit kerana pengaruh emosi. Sungguh ! mengerahkan seluruh tenaga dalam sesuatu hal tidaklah sepenat mengerahkan emosi kerana emosi boleh menumpaskan cara berfikir dengan baik dan adil. Itu yang aku benci.
Aku tak boleh menyebelahi pihaknya kerana mereka sudah melayanku seperti anak mereka sendiri sejak dua tahun yang lalu.
Aku juga tidak boleh menyebelahi pihak pendakwa (pelajar melayu) yang menuduh anak ketiga mereka yg akan menduduki taujihi(spm) tidak lama lagi sebagai suspek pecah rumah pelajar melayu dan thailand di irbid jika tiada bukti yang jelas.
Aku mesti adil. Bertubi-tubi persoalan datang, adakah Toriq buat kerja ni? Logikkah pelajar yang akan menduduki taujihi tidak lama lagi merancang hampir 9 episod pecah rumah pelajar melayu dan thailand(tak pasti jumlahnya) sejak dua, tiga minggu kebelakangan ini?
Tak! Persoalan taujihi mesti diketepikan, tiada kena mengena dengan kes. Meskipun keluarganya risau kerana dia sudah kesuntukkan masa utk belajar namun itu bukan persoalan utama.
Mahu dijadikan cerita pula, aku bermalam di rumah mereka pada hari sebelum kes terakhir di laporkan. Toriq memang kelihatan tidak bermalam di rumah sehari sebelum kejadian, juga aku tidak melihat keberadaan toriq di rumah pada pagi itu.
"Kamu tidak menjumpai toriq dengan barang curian, menuduhnya sesuatu yang zalim dan kami akan menyaman pihak pendakwa atas tuduhan yang tidak berasas ini! jika kamu lihat sendiri pada gambar itu, bahkan dia dijumpai hanya bersama botol air!"
Aku tersentak. Meneliti kembali gambar. Ya, bagaimana botol air yang berada di tangan kiri toriq? Adakah pelajar melayu salah mengejar orang?
"Betulkah kamu mengejarnya dari tempat kejadian dan benar2 kamu pasti dengan orang yang kamu kejar?!" tegas aku bertanya kepada pelajar lelaki yang mengejar toriq, bagi menimbulkan bibit2 keraguan padanya, sengaja aku menguji tahap keyakinannya.
Dia juga melihat kembali pada gambar itu. Ya! Sebotol minuman mineral bukannya telefon bimbit seperti yang dijelaskan pada aku sebelum ini!
" aku yakin dia yang lari memanjat keluar pagar tempat kejadian" tegas pengejar cekap itu.
Namun buktinya itu dapat diragui kerana pada beberapa saat dia kehilangan jejak penjenayah kerana faktor bangunan dan pagar yang dilalui penjenayah.
Aku menarik nafas panjang.
Aku mengalihkan pengamatan, bertanya mangsa terakhir yang melihat kelibat penjenayah.
Sengaja aku bertanya berkali-kali pada waktu yang berlainan, untuk memastikan mangsa yakin dengan apa yang dilihat dengan mata kasar, bukannya dipengaruhi dengan gambar suspek yang tersebar dilaman sosial. Juga aku mendapatkan keterangan mangsa daripada orang lain yang bertanyakannya supaya penyaksian yang aku terima adalah sama.
Juga kerana keterbiasaanku menguruskan kes, mangsa seringkali ragu2 dan menukar-nukar pengakuan. Lantas menunjukkan bukti tak akan jelas dengan pengakuan yang boleh diragui sebegitu. Faktor yang sering dihadapi mungkin kerana berbeza bangsa, pengecaman suspek menjadi agak sukar, mungkin juga kerana fobia mangsa dengan kelibat penjenayah menyebabkan mangsa 'mengangguk-rambang' ciri-ciri penjenayah yang dilihatnya dengan suspek yang diberkas.
Akhirnya, mangsa juga menukar pengakuan daripada melihat kelibat toriq yang berbadan sasa mencungkil geriji besi rumah mereka kepada seorang yang tinggi bertopi merah.
Sekali lagi, aku dan beberapa ahli Jkk yang lain menarik nafas panjang. Terdapat keraguan rupanya pada bukti penyaksian pendakwa.
Namun, cuma ada beberapa perkara yang boleh difikirkan walaupun bukti pendakwa masih tidak jelas. Kes ini perlukan penelitian yang dalam, perasaan insaniah juga perlu ada memandangkan toriq akan menduduki taujihi tidak lama lagi. Jika dia tidak bersalah, dia perlu dibebaskan segera bagi membolehkan dia menghadapi peperiksaan taujihi.
" saya tak akan berani jumpa awak utk rundingan masalah ini kalau toriq bersalah, kalau betul dia mencuri saya akan terlebih dahulu membunuhnya!Masa depannya (taujihi) terletak pada saat2 suntuk ini! " ujar abu toriq, yang hanya satu2nya aku siqoh dalam family yang sering berantakkan itu.
Namun banyak perkara yang boleh dicurigai pada toriq sewaktu hari kejadian, kalau toriq tak salah, kenapa dia lari sewaktu dikejar beberapa orang pelajar melayu? Kenapa dia sanggup memanjat pagar2 tinggi, membuka rambang pintu kereta yang lalu-lalang untuk meloloskan diri sewaktu dikejar?
"Toriq dizalimi. Pada pagi ahad, kami ke markaz untuk ambil nombor kerusi bagi taujihi toriq, kemudian dia balik melalui jalan belakang bangunan itu dan apabila melihat ada orang mengejarnya, dia pun berlari ketakutan" ujar kakaknya yang juga selalu membantu aku dalam pelajaran.
Perkara ini membuat aku hairan seketika. bukankah.... ?!
Kenapa kakaknya menipu? Lupakah dia yang pada pagi kejadian aku di rumah mereka sejak isyak hari sabtu sehingga 8.45 pagi ahad? Dan dia masih tidur berselimut ketika aku keluar dari rumahnya kerana dia tidak mempunyai kelas jamiah pada hari itu.
Sekalipun toriq lari dalam ketakutan, kenapa gambar yang sempat ditangkap ketika dia berjaya diberkas pelajar melayu menunjukkan toriq menegangkan muka seolah-olah memarahi pelajar tersebut, jauh sekali menunjukkan toriq berada dalam ketakutan !
" toriq sentiasa belajar dan berada di rumah. Dia pelajar cemerlang dan bakal menduduki taujihi. Penahanannya boleh membuat dia tak dapat menduduki taujihi dan merosakkan masa depannya!" ummu toriq merayu dan aku diberitahu mereka muaddal toriq mencecah 95%.
Tidak, aku yakin toriq tidak berada di rumah pada malam sabtu dan pagi ahad, dan menambahkan keyakinanku, sewaktu pagi ahad, aku meminta izin keluar bilik untuk ke tandas, aku mengenakan pakaian lengkap utk ke tandas kerana bimbang abu toriq atau toriq masih di rumah walaupun aku tahu kebiasaannya toriq ke sekolah dan abu toriq ke tempat kerja pada awal pagi. Melihat keadaanku itu, kakaknya memberitahuku tiada siapa di rumah melainkan dia dan emaknya.
Namun ketidakberadaan toriq di rumah pada malam sebelum kejadian tak boleh dikaitkan dengan apa2 kemungkinan.
Aku memejam mata, mengaitkan sebarang kemungkinan yang ada, bukti-bukti yang masih tertinggal.
Pada hari kejadian, ahad 19/10/2014 aku keluar dari rumah suspek pada kira 8.45 pagi sedangkan kes mungkin pada 8 pagi. Ketika aku melalui jalan pulang, memang banyak perkara yang mencurigakan sehingga aku yakin berlaku kecurian lagi pada pagi tu(pada waktu itu aku tidak mendapat sebarang maklumat tentang kejadian jam 8 pagi itu) tambahan pula aku sentiasa merasakan bangunan kawasan kami diperhatikan Sejak akhir2 ini.
Sebelum sampai ke bangunan rumahku yang juga terletak di hadapan rumah yang dicerobohi, aku melalui dua simpang kecil.
kelihatan seorang pemuda mundar-mandir di hadapan supermarket dengan keadaan mencurigakan. Aku memperlahankan langkah, disebabkan aku memakai burqa' (sejenis pakaian arab yang menutupi seluruh wajah dan anggota badan), dia tidak perasan yang aku sedang memerhatikan suasana jalan pada pagi itu.
Naluriku yakin ada sesuatu yang tidak kena kerana menjadi kebiasaanku utk melalui jalan tersebut pada pagi hari dan boleh dikatakan arif tentang suasana pagi orang arab, bukan masa yang biasa utk pemuda-pemudi Arab keluar pagi atau melepak tetapi tidur! Hanya yang bekerja, bersekolah dan mempunyai pekerjaan kebiasaannya menyapa mentari pagi, selebihnya mungkin masih tidur. Jadi tak hairan jika anda mencuriga mana2 yang keluar pada waktu pagi!
Sebuah kereta merah (sewaktu ini aku juga tidak mengetahui tentang kecurigaan sebuah kereta merah yang dikaitkan dengan siri rompakan rumah) bergerak perlahan kemudian memberhentikan keretanya di persimpangan jalan, pemandu seolah-olah mendapat isyarat daripada pemuda dari cermin pandang belakang.
Namun disebabkan aku tidak mendapat apa2 maklumat pagi itu, aku hiraukan sahaja kereta itu(tak ambil nombor plat) dan meneruskan perjalananku, sehingga di persimpangan masuk dalam bangunan, aku melihat seorang pemuda arab menjenguk-jenguk lorong ke bangunanku. Sah!
Aku betul-betul yakin sesuatu sedang berlaku,lebih2 lagi minggu sebelum itu aku sudah perasan bangunan kawasan rumah kami seperti diperhatikan, bimbang sesuatu berlaku di rumah aku melangkah laju.
Apabila masuk di perkarangan bangunan depan, aku melihat afyz dan beberapa orang pelajar melayu berbincang sesuatu yang serius di hadapan rumah pelajar melayu. Lagi sah!
Rupa2 dah ada kes, aku menyapa mangsa perempuan dan segera beredar kerana keadaan mereka kelihatan masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka. Aku sebenarnya berhasrat utk meberitahu afyz tentang suasana jalan sekitar itu namun aku batalkan hasratku, dia juga tidak mengenaliku dalam pakaianku begitu. Juga tiada bukti kukuh dan jelas boleh aku kaitkan kes itu dengan pemuda2 yang mencurigakan tadi.
Sewaktu hendak menaiki tangga bangunanku, terdetik perasaan utk meninjau bawah tangga yang aku kira agak menakutkan itu kerana agak gelap,yang tak pernah aku jenguk sebelum ini sejak menghuni kawasan itu sebulan yang lepas. Mungkin pengaruh buku2 siri penyiasatan sewaktu di bangku sekolah dulu (aku sangat minati terutama siri penyiasatan salma) aku meninjau2 ke bawah, manalah tahu ada sesuatu yang boleh didapati sebagai bukti. Gelap. Aku dapat rasakan bulu romaku meremang namun ku teruskan jua, meninjau apa yang ada di bawah tangga bawah tanah yang tak menghubungkan mana2 pintu masuk iu.
Beg sekolah! Akhirnya aku menjumpai beg sekolah yang agak lapuk, Aku membuka beg yang agak berat dengan buku itu, mengeluarkan salah satu buku.
Ah, mustahil pelajar sekolah yang merancang siri rompakan ini, fikirku ! Aku mengabaikannya namun setelah beberapa hari aku terdetik utk menelefon no guru yang termaktub jelas pada kulit hadapan buku tersebut,guru tersebut memberi kerjasama lalu memperkenalkan dirinya sebagai guru yang mengajar pelajar taujihi dan salah seorang pelajarnya ialah toriq!
Jelas sekali ! Toriq berada di situ pada pagi kejadian, bukannya hanya melalui jalan itu ! Bukti ini jelas dapat menenangkan hatiku tentang kemungkinan sabit kesalahan terhadap toriq. Sekalipun dia mungkin didapati tidak bersalah nanti, sekurang2nya menuduhnya bukanlah satu tuduhan yang tidak berasas kerana dia sudah dikira menceroboh kawasan kejadian pada waktu kejadian !
Manakala kemungkinan pelajar melayu tersilap kejar , adalah dakwaan yang tipis. Toriq berada di bangunan sebelah kejadian, menambahkan kebarangkalian dia sebagai suspek utama, lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku pada siang hari bukannya malam, mustahil silap kejar !
Dan botol mineral ???
Aku kembali meneliti satu-satunya gambar bukti toriq diberkas pagi itu, bagaimana botol air boleh berada di tangan toriq selepas dia berlari jauh dengan laju?
Biasanya seseorang yang berada dalam keadaan cemas melarikan diri akan meregangkan tangan untuk mencapai kelajuan larian, bagaimana toriq boleh berlaku dengan botol air? Dan setelah memanjat beberapa pagar yang tinggi ?
Adakah botol air itu hanya semata-mata sebagai alibinya, mengalihkan perbuatannya? Atau sememangnya dia ke kedai dan membeli air minuman dan biskut seperti yang didakwa keluarga suspek?
Aku zoom betul2 gambar itu, seragam sukan yang dipakai toriq! Kelihatan jelas zip poketnya terbuka luas, cukup muat jika dia menempatkan botol minuman itu di dalam poketnya. Aku mengetap bibir, boleh jadi, kemungkinan itu ada.
Dengan segala kemungkinan yang difikirkan ini, aku tenang untuk meletakkan toriq sebagai suspek. Ya, jikalau sekalipun toriq betul2 dizalimi, ada hak untuk meletakkannya sebagai suspek lebih2 lagi begnya yang dijumpai bawah tangga bangunanku. Tiada motif utk toriq berada di situ pada hari terbabit dan mengatakan sebagai satu kebetulan adalah dakwaan yang boleh ditangkis selepas rumah di hadapan bangunanku hampir sahaja dicerobohi.
Aku pula, mungkin tidak akan menyebelahi pihak pendakwa(pelajar malaysia) ataupun keluarga mangsa jika aku tidak menjumpai beg sekolah tersebut. Dengan bukti yang cukup jelas bahawa toriq merapati kawasan kejadian, aku menafikan rundingan keluarga mangsa yang mahu toriq diikat jamin atas alasan taujihi.
Dan semoga sahaja sesiapapun penjenayah, mereka dapat ditangkap dan diadili.
***
Pada malam rabu, meeting bersama amt permai semakin rumit, mahu teruskan ke atau gugurkan kes?
Persoalan ini timbul kerana keselamatan akhowat mungkin terjejas kerana keluarga suspek mencariku di mana2 sahaja, juga kelihatan polis mengurangkan bukti dakwaan dan seolah-olah berpihak kepada suspek dengan bukti kami yang kurang jelas.
" saya serius tak bimbang akan keselamatan diri saya, dan juga nadhirah kerana saya tahu dia boleh bawa diri kerana fasih dengan uruf arab, yang kami bimbang adalah pelajar malaysia di luar sana, kawan-kawan kami" afyz seorang sukarelawan jkk menyuarakan pendapat.
Akhirnya, keputusan meneruskan kes diambil. Tiada jaminan aku akan aman daripada gangguan mereka jika kes ini digugurkan. Juga tiada jaminan pelajar lain akan selamat.
Namun selepas itu, penemuan beberapa buah laptop mengukuhkan bukti di pihak pendakwa ... Kes dalam proses siasatan.
* situasi ini diceritakan sebelum penemuan laptop