sekiranya masih ada tempat di syurga

Pernahkah anda membayangkan, apabila doc mengesahkan anda sakit,


Terkejut...
Mahu menangis
Mahu cari penyelesaian...

Allah!

*seketika down, lelap, pengsan dalam dunia khayalan*

Allah!

Ketentuan ini, aku terima andai ini takdir buatku.

Ketentuan ini, terserah padamu untuk masih menerimaku atau sebaliknya.

Ketentuan ini, aku reda dan sabar.

Ketentuan ini, aku yakin ada penyembuh kepadanya atau hikmah di sebaliknya.

Ketentuan ini, boleh jadi menjadikanku lebih dekat di sisi penciptaku

Ketentuan ini, mungkin mengeluarkan aku pada fikiran dunia dan keseronokan fana.

Lantas,

Sepatutnya aku bersyukur. Dalam segenap pelusok dunia, aku masih Kau pandang. Aku masih Kau uji untuk gunakan waktu berbaki seadanya.

Maafkan ku atas segala kekhilafan manusia, sudah suntuk waktuku utk bertaubat..

Dan ketika manusia masih sibuk berjalan, aku hadir sebagai bayangan. 

No comments: