Orang tanya saya, saya ok tak?
Ish apa ni nadi tulis dengan emo ke jealous2 ni.
Tak,saya tak emo. Biasalah perempuan, jealous tu banyak sikit, tapi sebenarnya tak tahu nak jealous kat sape. Takde sape2 pon.
Saya balas saya ok sgt takde apa yg perlu dibimbang. Cuma saya letih ditanya banyak sangat mulut, jadi setiap orang baru mesti saya terpaksa ulang cerita daripada awal. Jadi saya tulis je blog ni, saya banyak buat status kat status dan group ruang iklan irbid (RII) jugak sebab kalau saya sangat saya akan jawab, nanti insyaallah ada update keselamatan.
Kalau kes melibatkan mangsa akhowat mungkin saya rela dikatakan sombong tak cerita sebab mahu menjaga aib mangsa, jadi kalau tanya seribu kali pun saya still senyap dan jawab sepatah.
Tapi ini hal keselamatan umum dan khas kawasan Hijazi terpaksa saya habiskan suara untuk bercerita dan bagitahu tips keselamatan pada saat-saat kecemasan macam ini. Semua kelihatan takut terutama akhowat. Tadi pun saya intai polis pengintip di celah tangga bangunan sebelah, bila seorang pelajar lelaki Malaysia terserempak dengan saya, dia terkejut dan hampir mahu melarikan diri.. Haha. Opss sempat lagi gelak,tapi gelak kat sini je sebab saya tahu saya pakai all black so ramai orang takut lebih2 lagi di kawasan yang disenarai hitam. Saya terus bagi salam dan menyapa dalam bahasa Melayu, " jangan takut, silakan naik" (supaya dia tahu saya melayu).
Saya tak takut(kononnya). Ok, sebenarnya bila keluarga suspek kata nak datang bawa saya keluar dari rumah dan pergi bersama mereka, masa itu saya berdebar sikit tapi mujur masih boleh kawal emosi dengan fikir tindakan terbaik dan terpantas pada masa itu. Alhamdulillah selamat.
Sejak dipilih KK dan menjadi translator bagi kes pelajar Melayu dengan Arab, banyak benda yang saya belajar. Belajar kawal emosi dan juga belajar bahasa Arab sekali di samping membantu kawan2 yang teraniaya, sebab tu saya tak kisah buat kerja ni semua, cumanya saya jealous.
Jelaous? Jelaous kat sape?
Ya, saya menaruh perasaan jealous ini sejak dari awal menguruskan hal2 sebegini, sejak tiga tahun yang lalu. Seronok, seriously saya tak kisah kalau diminta terlibat, macam saya kata tadi ini sebagai pemenuh item muwasofat tarbiyah saya,bermanfaat kpd orang lain, cumanya saya selalu rasa jealous.
Jealous kat sape, jealous sebab apa?
Saya kecik je dan kuasa saya sebagai seorang pelajar perempuan, mereka mungkin lebih bertenaga daripada saya dan lagi ada kuasa.. Wahhhh
(Tapi takpe, amal khairat boleh tunai kat sini)
Saya kena ponteng kelas untuk buat kerja mereka tapi saya tak tahu mereka sedaya upayabtak tolong kami..(Hmm .bab ponteng saya tertekan sikit, sebab saya takut ketinggalan walaupun saya dapat surat uzur daripada Aman Jamiah.)
Bukan sahaja tenaga perlu dikumpul2kan tetapi juga kos, kadang2 ke balai, mahkamah kami kumpul dan kira satu persatu duit utk bayar tambang lebih2 lagi kalau melibatkan kes ke mahkamah besar di Amman.
Jealous saya makin meninggi apabila doc di Wafidin (bahagian pelajar luar negara) bercerita,
" contoh kelmarin ada seorang pelajar Kuwait kena belasah, duta mereka datang dan uruskan kes,siap turun ke hospital sekali"
Saya angkat kening tinggi2, saya muncungkan bibir. Jealous.
"Dengan satu panggilan kedutaan ke balai polis boleh menempatkan polis rondaan dan mengawal setiap kediaman pelajar melayu di sini, haraam sebab kamu semua adalah tetamu di sini", tegas nada doc, beliau pun geram dengan musibah ke atas pelajar Melayu.
Jealous, saya pun fikir lagi, kami semua di sini mungkin akan rasa lebih selamat, mungkin kes2 yang selama ini diperjuangkan boleh jadi akan menang, boleh jadi juga barang2 yang dicuri dipulang kembali !
Namun Jealous telah hadir dan harapan itu masih tinggal harapan.
" setiap kedutaan juga mempunyai peguam utk mempertahan kes!", dia menambah lagi.
Saya masih senantiasa menaruh harapan lagi. Saya juga yakin ahli permai yang lainnya juga begitu.
Saya menulis begini kerana bukan satu dua kes telah berlaku pada akhowat tapi mencecah ratusan dalam hanya beberapa bulan! Dan pecah rumah bukan sebuah dua, tapi dah hampir 9 siri rompakan!
Saya tahu satu, saya tahu Allah Maha Mendengar!
Ish apa ni nadi tulis dengan emo ke jealous2 ni.
Tak,saya tak emo. Biasalah perempuan, jealous tu banyak sikit, tapi sebenarnya tak tahu nak jealous kat sape. Takde sape2 pon.
No comments:
Post a Comment