sekiranya masih ada tempat di syurga

Pernahkah anda membayangkan, apabila doc mengesahkan anda sakit,


Terkejut...
Mahu menangis
Mahu cari penyelesaian...

Allah!

*seketika down, lelap, pengsan dalam dunia khayalan*

Allah!

Ketentuan ini, aku terima andai ini takdir buatku.

Ketentuan ini, terserah padamu untuk masih menerimaku atau sebaliknya.

Ketentuan ini, aku reda dan sabar.

Ketentuan ini, aku yakin ada penyembuh kepadanya atau hikmah di sebaliknya.

Ketentuan ini, boleh jadi menjadikanku lebih dekat di sisi penciptaku

Ketentuan ini, mungkin mengeluarkan aku pada fikiran dunia dan keseronokan fana.

Lantas,

Sepatutnya aku bersyukur. Dalam segenap pelusok dunia, aku masih Kau pandang. Aku masih Kau uji untuk gunakan waktu berbaki seadanya.

Maafkan ku atas segala kekhilafan manusia, sudah suntuk waktuku utk bertaubat..

Dan ketika manusia masih sibuk berjalan, aku hadir sebagai bayangan. 

Penelitian kes

Walaupun aku teguh untuk teruskan dakwaan ke atas keluarga jiran Arabku tapi tak menafikan untuk aku mempunyai 'pengadilan minda' dalam meneliti kes ini. Ini bukanlah kes yang paling sukar yang pernah aku hadapi namun keterlibatan anak jiranku menjadikannya agak rumit kerana pengaruh emosi. Sungguh ! mengerahkan seluruh tenaga dalam sesuatu hal tidaklah sepenat mengerahkan emosi kerana emosi boleh menumpaskan cara berfikir dengan baik dan adil. Itu yang aku benci.

Aku tak boleh menyebelahi pihaknya kerana mereka sudah melayanku seperti anak mereka sendiri sejak dua tahun yang lalu. 

Aku juga tidak boleh menyebelahi pihak pendakwa (pelajar melayu) yang menuduh anak ketiga mereka yg akan menduduki taujihi(spm) tidak lama lagi sebagai suspek pecah rumah pelajar melayu dan thailand di irbid jika tiada bukti yang jelas.

Aku mesti adil. Bertubi-tubi persoalan datang, adakah Toriq buat kerja ni? Logikkah pelajar yang akan menduduki taujihi tidak lama lagi merancang hampir 9 episod pecah rumah pelajar melayu dan thailand(tak pasti jumlahnya) sejak dua, tiga minggu kebelakangan ini?

Tak! Persoalan taujihi mesti diketepikan, tiada kena mengena dengan kes. Meskipun keluarganya risau kerana dia sudah kesuntukkan masa utk belajar namun itu bukan persoalan utama.

Mahu dijadikan cerita pula, aku bermalam di rumah mereka pada hari sebelum kes terakhir di laporkan. Toriq memang kelihatan tidak bermalam di rumah sehari sebelum kejadian, juga aku tidak melihat keberadaan toriq di rumah pada pagi itu.

"Kamu tidak menjumpai toriq dengan barang curian, menuduhnya sesuatu yang zalim dan kami akan menyaman pihak pendakwa atas tuduhan yang tidak berasas ini! jika kamu lihat sendiri pada gambar itu, bahkan dia dijumpai hanya bersama botol air!"

Aku tersentak. Meneliti kembali gambar. Ya, bagaimana botol air yang berada di tangan kiri toriq? Adakah pelajar melayu salah mengejar orang?

"Betulkah kamu mengejarnya dari tempat kejadian dan benar2 kamu pasti dengan orang yang kamu kejar?!" tegas aku bertanya kepada pelajar lelaki yang mengejar toriq, bagi menimbulkan bibit2 keraguan padanya, sengaja aku menguji tahap keyakinannya.

Dia juga melihat kembali pada gambar itu. Ya! Sebotol minuman mineral bukannya telefon bimbit seperti yang  dijelaskan pada aku sebelum ini!

" aku yakin dia yang lari memanjat keluar pagar tempat kejadian" tegas pengejar cekap itu.

Namun buktinya itu dapat diragui kerana pada beberapa saat dia kehilangan jejak penjenayah kerana faktor bangunan dan pagar yang dilalui penjenayah.

Aku menarik nafas panjang.

Aku mengalihkan pengamatan, bertanya mangsa terakhir yang melihat kelibat penjenayah.

Sengaja aku bertanya berkali-kali pada waktu yang berlainan, untuk memastikan mangsa yakin dengan apa yang dilihat dengan mata kasar, bukannya dipengaruhi dengan gambar suspek yang tersebar dilaman sosial. Juga aku mendapatkan keterangan mangsa daripada orang lain yang bertanyakannya supaya penyaksian yang aku terima adalah sama.

Juga kerana keterbiasaanku menguruskan kes, mangsa seringkali ragu2 dan menukar-nukar pengakuan. Lantas menunjukkan bukti tak akan jelas dengan pengakuan yang boleh diragui sebegitu. Faktor yang sering dihadapi mungkin kerana berbeza bangsa, pengecaman suspek menjadi agak sukar, mungkin juga kerana fobia mangsa dengan kelibat penjenayah menyebabkan mangsa 'mengangguk-rambang' ciri-ciri penjenayah yang dilihatnya dengan suspek yang diberkas.

Akhirnya, mangsa juga menukar pengakuan daripada melihat kelibat toriq yang berbadan sasa mencungkil geriji besi rumah mereka kepada seorang yang tinggi bertopi merah.

Sekali lagi, aku dan beberapa ahli Jkk yang lain menarik nafas panjang. Terdapat keraguan rupanya pada bukti penyaksian pendakwa.

Namun, cuma ada beberapa perkara yang boleh difikirkan walaupun bukti pendakwa masih tidak jelas. Kes ini perlukan penelitian yang dalam, perasaan insaniah juga perlu ada memandangkan toriq akan menduduki taujihi tidak lama lagi. Jika dia tidak bersalah, dia perlu dibebaskan segera bagi membolehkan dia menghadapi peperiksaan taujihi.

" saya tak akan berani jumpa awak utk rundingan masalah ini kalau toriq bersalah, kalau betul dia mencuri saya akan terlebih dahulu membunuhnya!Masa depannya (taujihi) terletak pada saat2 suntuk ini! " ujar abu toriq, yang hanya satu2nya aku siqoh dalam family yang sering berantakkan itu.

Namun banyak perkara yang boleh dicurigai pada toriq sewaktu hari kejadian, kalau toriq tak salah, kenapa dia lari sewaktu dikejar beberapa orang pelajar melayu? Kenapa dia sanggup memanjat pagar2 tinggi,  membuka rambang pintu kereta yang lalu-lalang untuk meloloskan diri sewaktu dikejar?

"Toriq dizalimi. Pada pagi ahad, kami ke markaz untuk ambil nombor kerusi bagi taujihi toriq, kemudian dia balik melalui jalan belakang bangunan itu dan apabila melihat ada orang mengejarnya, dia pun berlari ketakutan" ujar kakaknya yang juga selalu membantu aku dalam pelajaran.

Perkara ini membuat aku hairan seketika. bukankah.... ?!

Kenapa kakaknya menipu? Lupakah dia yang pada pagi kejadian aku di rumah mereka sejak isyak hari sabtu sehingga 8.45 pagi ahad? Dan dia masih tidur berselimut ketika aku keluar dari rumahnya kerana dia tidak mempunyai kelas jamiah pada hari itu.

Sekalipun toriq lari dalam ketakutan, kenapa gambar yang sempat ditangkap ketika dia berjaya diberkas pelajar melayu menunjukkan toriq menegangkan muka seolah-olah memarahi pelajar tersebut, jauh sekali menunjukkan toriq berada dalam ketakutan !

" toriq sentiasa belajar dan berada di rumah. Dia pelajar cemerlang dan bakal menduduki taujihi. Penahanannya boleh membuat dia tak dapat menduduki taujihi dan merosakkan masa depannya!" ummu toriq merayu dan aku diberitahu mereka muaddal toriq mencecah 95%.

Tidak, aku yakin toriq tidak berada di rumah pada malam sabtu dan pagi ahad, dan menambahkan keyakinanku, sewaktu pagi ahad, aku meminta izin keluar bilik untuk ke tandas, aku mengenakan pakaian lengkap utk ke tandas kerana bimbang abu toriq atau toriq masih di rumah walaupun aku tahu kebiasaannya toriq ke sekolah dan abu toriq ke tempat kerja pada awal pagi. Melihat keadaanku itu, kakaknya memberitahuku tiada siapa di rumah melainkan dia dan emaknya.

Namun ketidakberadaan toriq di rumah pada malam sebelum kejadian tak boleh dikaitkan dengan apa2 kemungkinan.

Aku memejam mata, mengaitkan sebarang kemungkinan yang ada, bukti-bukti yang masih tertinggal.

Pada hari kejadian, ahad 19/10/2014 aku keluar dari rumah suspek pada kira 8.45 pagi sedangkan kes mungkin pada 8 pagi. Ketika aku melalui jalan pulang, memang banyak perkara yang mencurigakan sehingga aku yakin berlaku kecurian lagi pada pagi tu(pada waktu itu aku tidak mendapat sebarang maklumat tentang kejadian jam 8 pagi itu) tambahan pula aku sentiasa merasakan bangunan kawasan kami diperhatikan Sejak akhir2 ini.

Sebelum sampai ke bangunan rumahku yang juga terletak di hadapan rumah yang dicerobohi, aku melalui dua simpang kecil.

kelihatan seorang pemuda mundar-mandir di hadapan supermarket dengan keadaan mencurigakan. Aku memperlahankan langkah, disebabkan aku memakai burqa' (sejenis pakaian arab yang menutupi seluruh wajah dan anggota badan), dia tidak perasan yang aku sedang memerhatikan suasana jalan pada pagi itu.

 Naluriku yakin ada sesuatu yang tidak kena kerana menjadi kebiasaanku utk melalui jalan tersebut pada pagi hari dan boleh dikatakan arif tentang suasana pagi orang arab, bukan masa yang biasa utk pemuda-pemudi Arab keluar pagi atau melepak tetapi tidur! Hanya yang bekerja, bersekolah dan mempunyai pekerjaan kebiasaannya menyapa mentari pagi, selebihnya mungkin masih tidur. Jadi tak hairan jika anda mencuriga mana2 yang keluar pada waktu pagi!

Sebuah kereta merah (sewaktu ini aku juga tidak mengetahui tentang kecurigaan sebuah kereta merah yang dikaitkan dengan siri rompakan rumah) bergerak perlahan kemudian memberhentikan keretanya di persimpangan jalan, pemandu seolah-olah mendapat isyarat daripada pemuda dari cermin pandang belakang.

Namun disebabkan aku tidak mendapat apa2 maklumat pagi itu, aku hiraukan sahaja kereta itu(tak ambil nombor plat) dan meneruskan perjalananku, sehingga di persimpangan masuk dalam bangunan, aku melihat seorang pemuda arab menjenguk-jenguk lorong ke bangunanku. Sah!

Aku betul-betul yakin sesuatu sedang berlaku,lebih2 lagi minggu sebelum itu aku sudah perasan bangunan kawasan rumah kami seperti diperhatikan, bimbang sesuatu berlaku di rumah aku melangkah laju.

Apabila masuk di perkarangan bangunan depan, aku melihat afyz dan beberapa orang pelajar melayu berbincang sesuatu yang serius di hadapan rumah pelajar melayu. Lagi sah!

Rupa2 dah ada kes, aku menyapa mangsa perempuan dan segera beredar kerana keadaan mereka kelihatan masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka. Aku sebenarnya berhasrat utk meberitahu afyz tentang suasana jalan sekitar itu namun aku batalkan hasratku, dia juga tidak mengenaliku dalam pakaianku begitu. Juga tiada bukti kukuh dan jelas boleh aku kaitkan kes itu dengan pemuda2 yang mencurigakan tadi.

Sewaktu hendak menaiki tangga bangunanku, terdetik perasaan utk meninjau bawah tangga yang aku kira agak menakutkan itu kerana agak gelap,yang tak pernah aku jenguk sebelum ini sejak menghuni kawasan itu sebulan yang lepas. Mungkin pengaruh buku2 siri penyiasatan sewaktu di bangku sekolah dulu (aku sangat minati terutama siri penyiasatan salma) aku meninjau2 ke bawah, manalah tahu ada sesuatu yang boleh didapati sebagai bukti. Gelap. Aku dapat rasakan bulu romaku meremang namun ku teruskan jua, meninjau apa yang ada di bawah tangga bawah tanah yang tak menghubungkan mana2 pintu masuk iu.

Beg sekolah! Akhirnya aku menjumpai beg sekolah yang agak lapuk, Aku membuka beg yang agak berat dengan buku itu, mengeluarkan salah satu buku.

Ah, mustahil pelajar sekolah yang merancang siri rompakan ini, fikirku ! Aku mengabaikannya namun setelah beberapa hari aku terdetik utk menelefon no guru yang termaktub jelas pada kulit hadapan buku tersebut,guru tersebut memberi kerjasama lalu memperkenalkan dirinya sebagai guru yang mengajar pelajar taujihi dan salah seorang pelajarnya ialah toriq!

Jelas sekali ! Toriq berada di situ pada pagi kejadian, bukannya hanya melalui jalan itu ! Bukti ini jelas dapat menenangkan hatiku tentang kemungkinan sabit kesalahan terhadap toriq. Sekalipun dia mungkin didapati tidak bersalah nanti, sekurang2nya menuduhnya bukanlah satu tuduhan yang tidak berasas kerana dia sudah dikira menceroboh kawasan kejadian pada waktu kejadian !

Manakala kemungkinan pelajar melayu tersilap kejar , adalah dakwaan yang tipis. Toriq berada di bangunan sebelah kejadian, menambahkan kebarangkalian dia sebagai suspek utama, lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku pada siang hari bukannya malam, mustahil silap kejar !

Dan botol mineral ???

Aku kembali meneliti satu-satunya gambar bukti toriq diberkas pagi itu, bagaimana botol air boleh berada di tangan toriq selepas dia berlari jauh dengan laju?

 Biasanya seseorang yang berada dalam keadaan cemas melarikan diri akan meregangkan tangan untuk mencapai kelajuan larian, bagaimana toriq boleh berlaku dengan botol air? Dan setelah memanjat beberapa pagar yang tinggi ?

Adakah botol air itu hanya semata-mata sebagai alibinya, mengalihkan perbuatannya? Atau sememangnya dia ke kedai dan membeli air minuman dan biskut seperti yang didakwa keluarga suspek?

Aku zoom betul2 gambar itu, seragam sukan yang dipakai toriq! Kelihatan jelas zip poketnya terbuka luas, cukup muat jika dia menempatkan botol minuman itu di dalam poketnya. Aku mengetap bibir, boleh jadi, kemungkinan itu ada.

Dengan segala kemungkinan yang difikirkan ini, aku tenang untuk meletakkan toriq sebagai suspek. Ya, jikalau sekalipun toriq betul2 dizalimi, ada hak untuk meletakkannya sebagai suspek lebih2 lagi begnya yang dijumpai bawah tangga bangunanku. Tiada motif utk toriq berada di situ pada hari terbabit dan mengatakan sebagai satu kebetulan adalah dakwaan yang boleh ditangkis selepas rumah di hadapan bangunanku hampir sahaja dicerobohi.

Aku pula, mungkin tidak akan menyebelahi pihak pendakwa(pelajar malaysia) ataupun keluarga mangsa jika aku tidak menjumpai beg sekolah tersebut. Dengan bukti yang cukup jelas bahawa toriq merapati kawasan kejadian, aku menafikan rundingan keluarga mangsa yang mahu toriq diikat jamin atas alasan taujihi.

Dan semoga sahaja sesiapapun penjenayah, mereka dapat ditangkap dan diadili.

***

Pada malam rabu, meeting bersama amt permai semakin rumit, mahu teruskan ke atau gugurkan kes?

Persoalan ini timbul kerana keselamatan akhowat mungkin terjejas kerana keluarga suspek mencariku di mana2 sahaja, juga kelihatan polis mengurangkan bukti dakwaan dan seolah-olah berpihak kepada suspek dengan bukti kami yang kurang jelas.

" saya serius tak bimbang akan keselamatan diri saya, dan juga nadhirah kerana saya tahu dia boleh bawa diri kerana fasih dengan uruf arab, yang kami bimbang adalah pelajar malaysia di luar sana, kawan-kawan kami" afyz seorang sukarelawan jkk menyuarakan pendapat.

Akhirnya, keputusan meneruskan kes diambil. Tiada jaminan aku akan aman daripada gangguan mereka jika kes ini digugurkan. Juga tiada jaminan pelajar lain akan selamat.

Namun selepas itu, penemuan beberapa buah laptop mengukuhkan bukti di pihak pendakwa ... Kes dalam proses siasatan.

* situasi ini diceritakan sebelum penemuan laptop



Luahan yang terpendam

Orang tanya saya, saya ok tak?

Saya balas saya ok sgt takde apa yg perlu dibimbang. Cuma saya letih ditanya banyak sangat mulut, jadi setiap orang baru mesti saya terpaksa ulang cerita daripada awal. Jadi saya tulis je blog ni, saya banyak buat status kat status dan group ruang iklan irbid (RII) jugak sebab kalau saya sangat saya akan jawab, nanti insyaallah ada update keselamatan.

Kalau kes melibatkan mangsa akhowat mungkin saya rela dikatakan sombong tak cerita sebab mahu menjaga aib mangsa, jadi kalau tanya seribu kali pun saya still senyap dan jawab sepatah.

Tapi ini hal keselamatan umum dan khas kawasan Hijazi terpaksa saya habiskan suara untuk bercerita dan bagitahu tips keselamatan pada saat-saat kecemasan macam ini. Semua kelihatan takut terutama akhowat. Tadi pun saya intai polis pengintip di celah tangga bangunan sebelah, bila seorang pelajar lelaki Malaysia terserempak dengan saya, dia terkejut dan hampir mahu melarikan diri.. Haha. Opss sempat lagi gelak,tapi gelak kat sini je sebab saya tahu saya pakai all black so ramai orang takut lebih2 lagi di kawasan yang disenarai hitam. Saya terus bagi salam dan menyapa dalam bahasa Melayu, " jangan takut, silakan naik" (supaya dia tahu saya melayu). 

Saya tak takut(kononnya). Ok, sebenarnya bila keluarga suspek kata nak datang bawa saya keluar dari rumah dan pergi bersama mereka, masa itu saya berdebar sikit tapi mujur masih boleh kawal emosi dengan fikir tindakan terbaik dan terpantas pada masa itu. Alhamdulillah selamat.

Sejak dipilih KK dan menjadi translator bagi kes pelajar Melayu dengan Arab, banyak benda yang saya belajar. Belajar kawal emosi dan juga belajar bahasa Arab sekali di samping membantu kawan2 yang teraniaya, sebab tu saya tak kisah buat kerja ni semua, cumanya saya jealous.

Jelaous? Jelaous kat sape? 

Ya, saya menaruh perasaan jealous ini sejak dari awal menguruskan hal2 sebegini, sejak tiga tahun yang lalu. Seronok, seriously saya tak kisah kalau diminta terlibat, macam saya kata tadi ini sebagai pemenuh item muwasofat tarbiyah saya,bermanfaat kpd orang lain, cumanya saya selalu rasa jealous.

Jealous kat sape, jealous sebab apa?

Saya kecik je dan kuasa saya sebagai seorang pelajar perempuan, mereka mungkin lebih bertenaga daripada saya dan lagi ada kuasa.. Wahhhh
(Tapi takpe, amal khairat boleh tunai kat sini)

Saya kena ponteng kelas untuk buat kerja mereka tapi saya tak tahu mereka sedaya upayabtak tolong kami..(Hmm .bab ponteng saya tertekan sikit, sebab saya takut ketinggalan walaupun saya dapat surat uzur daripada Aman Jamiah.)

Bukan sahaja tenaga perlu dikumpul2kan tetapi juga kos, kadang2 ke balai, mahkamah kami kumpul dan kira satu persatu duit utk bayar tambang lebih2 lagi kalau melibatkan kes ke mahkamah besar di Amman.

Jealous saya makin meninggi apabila doc di  Wafidin (bahagian pelajar luar negara) bercerita, 

" contoh kelmarin ada seorang pelajar Kuwait kena belasah, duta mereka datang dan uruskan kes,siap turun ke hospital sekali"

Saya angkat kening tinggi2, saya muncungkan bibir. Jealous.

"Dengan satu panggilan kedutaan ke balai polis boleh menempatkan polis rondaan dan mengawal setiap kediaman pelajar melayu di sini, haraam sebab kamu semua adalah tetamu di sini", tegas nada doc, beliau pun geram dengan musibah ke atas pelajar Melayu.

Jealous, saya pun fikir lagi, kami semua di sini mungkin akan rasa lebih selamat, mungkin kes2 yang selama ini diperjuangkan boleh jadi akan menang, boleh jadi juga barang2 yang dicuri dipulang kembali !

Namun Jealous telah hadir dan harapan itu masih tinggal harapan.

" setiap kedutaan juga mempunyai peguam utk mempertahan kes!", dia menambah lagi.

Saya masih senantiasa menaruh harapan lagi. Saya juga yakin ahli permai yang lainnya juga begitu.

Saya menulis begini kerana bukan satu dua kes telah berlaku pada akhowat tapi mencecah ratusan dalam hanya beberapa bulan! Dan pecah rumah bukan sebuah dua, tapi dah hampir 9 siri rompakan!

Saya tahu satu, saya tahu Allah Maha Mendengar!

Ish apa ni nadi tulis dengan emo ke jealous2 ni.

Tak,saya tak emo. Biasalah perempuan, jealous tu banyak sikit, tapi sebenarnya tak tahu nak jealous kat sape. Takde sape2 pon.



Kerinduan

Aku tak tahu hakikat hari ini.
Cuma berdoa pada yg MAha KUasa


Rindu. Pada kedamaian dan ketenangan. Sepermai.



kelas arab free

Hari ni first time utk sem ni kelas b.arab anjuran pmk dibuat. Aku buat kat rumah aku je, untung gak tak yah tunggu pelajar. Hari ini 2 sesi. Pelajar tahun 1 jam 8 hingga 10.30 dan pelajar tahun 2 ikip 10.45 hingga 1.30. Program ini bawah bahasa arab ammi persatuan pelajar melayu irbid jordan, permai.

Penat tapi gembira. Sekurang2 boleh penuhi satu item bagi muwasofat tarbiyyah,bermanfaat pada org lain. Insyaallah.

Disebabkan bercakap hampir 1/4 hari non-stop aku terus kehilangan suara. Selalu aku buat kelas dalam satu hari supaya teratur jadual aku. Macam sem lepas , pelajar just medik suh buat kelas khas pada diorang, pastu campur bdk2 yarmouk, pelbagai tahun. Mcm tak teratur n aku pon penat sebab ke mari sana sini. Kali ni aku keras sikit, biar org dtg kat aku.heheh..sorii..

Sebenarnya bila ajar org bahasa arab, aku selalu ckp kat bdk2 ni aku bukan mgajar tapi cuma bkongsi. Aku seriously suka kalau ajar muhadasah arabic fushah, tapi pmk menamakan kelas ini muhadarah ammi, tapi x de masalah pon.

Aku mmg bkn jenis bhenti awal kalau diberi mikrofon atau pelauang bckp. Non stop. Awalnya aku plan buat 4 sesi terus hari ini, setiap sesi sejam tp disebabkan Ajk iklan hanya sempat kpd 2 kump tu, maka hanya 2 sesi. Tapi tu pun lebih dua jam aku bckp. Tak boleh2..aku mesti sllu tgok jam, tapi aku rasa x cukup sejam utk bckp, mukaddimah saje pon dah panjang..huhu

Mujur jugak hanya 2 sesi..kalau tambah 2 sesi lagi mungkin pengsan agaknya lepas tu. Mujur jgk sikap baik hati roomate aku tolong sediakan sarapan utk aku, maggi+biskut+air nesquik. Sweet btol kami mkn dlm 1 bekas..hehe, thanks ekin i love u so much!

Ini kelas pertama aku slps hampir 4 bulan aku balik ke malaysia. Xde la kekok sgt tp aku perasan kalau ditanya tntg ssuatu kalimah tu in arabic aku perah seluruh urat dlm otak aku, hah mujur jumpa alhamdulillah.. Hehe berkat b4 aku balik malaysia, pastikan 90% dalam kehidupan bckp dlm arabic dengan kawan2 tak kira malay..yg dr singapura or thailand or brunei tu mmg haramla aku nak tegur diorg dlm malay walaupun aku tau diorg faham malay.

Aku sgt sayang bahasa arab, yang aku tak tahu macammna sebab dari dulu lagi aku cinta b.arab.. Sebak tetiba. So aku harap Allah jadikan aku drp ahli syurga nanti so aku boleh ckp arab di sana. Eh, awat plak menangis ni nadi :'(

Aku sayang jugak jordan, sayang muhadarah kat jamiah, sayang bahasa arab, sayang kebaikan yg ada kat sini..pelajar2 melayu yg baik2 dan sopan2, kwn2 arab yg alim2 dan multazimah. Aku dah tahun akhir,sayang sgt. Takut balik malaysia aku kehilangan biah baik, biah yg menenangkan mcm ni.

Ya rabbb pertemukan aku dgn org baik dlm hidup ini, khasnya bila aku balik malaysia nanti. Aku tak nak buat dosa lagi, aku insaf sgt. Aku tak nak bazir masa jgk, aku btol2 taubat. Aku tahu syaitan byk kat aku skrg ni mgusik2 je selalu tp aku kena kuat lebih2 lagi aku dh tak bekerja kat syarikat ubat gigi.

Pernah aku mimpi syarikat tu x bankrup tapi aku yg dipecat dan aku yakin sekali, aku yg dipecat. Waktu aku dipecat terlalu byk fitnah, fitnah luaran,fitnah dalam diri aku sendiri. Juga aku cuba2 diculik syarikat lain, walaupun sebenarnya aku jenis terbuka tntg semua syarikat tak bermakna aku belot pd syarikat yg dh lama aku bkerja. Tentu sekali tidak mungkin. Tapi saban hari kudengari fitnah itu terlalu banyak, aku pula bukanlah jenis buat status, jenis sebar pembelaan diriku. Mungkin ini first time utk aku mperkatakan tentangnya, dan hadaf ini bukan utk salahkan sape2 cuma utk muhasabah diriku.

Aku masih boleh berusaha, agar Allah meletakkan aku pada syarikat yg benar2 telus di jalanNya, yg mgkn kita x tahu.. Tak kira, jika kebenaran berada di syarikat lama itu, aku akan pulang dan jalan pulang itu ku mohon Allah buka luas, ku mohon kaki ini tegar bisa melangkat memasukinya.

Aku tak baiah pada mana2 syarikat lain setakat ini. Sekadar aku bergerak sendiria , sebab tu byk syaitan ketawa kat aku sekarang ni, serius aku boleh rasa!

So aku pon ikut2 juga program2 syarikat lain secara umum utk aku bina juga kekuatan diri, naikkan balik tarbiyah diri, tu yg penting sekali...

Bagus jugak bila diberi peluang bfikir, aku duduk sebentar camni, pada waktu senggang yg tak sibuk, supaya aku muhasabah hari2 laluku. Fikirku, jikalau aku masih lagi bekerja terus non stop di syarikat itu mgkn aku tak nikmati saat hentian ini-bfikir sejenak- rendahkan ego-rendahkan hati-luruskan niat-kuatkan hub dgn Allah n manusia- fahami hadaf pergerakan. 

Adakalanya aku akui, saat2 sibuk yg mencengkam ketika bekerja, mgkn ego tak disedari timbul menebal di hati, mungkin riak datang tak disedari, bicara takbur sesuka hati, ikhlas pon menyembunyi.

Ya,aku juga perasan perkara ini timbul dalam diri kebanyakkan pekerja. Jadi bfikir sejenak sgt penting rupanya. Dalam panjangnya waktu, tak salah kita stop(bkn futur) utk bfikir tntg sehari-harian.

Perkara yg paling sukar adalah ikhlas. Ikhlas byk dihapuskan dgn pelbagai bukti. Mungkin dlm kita bekerja kita suka naik angin-tu dah nampak niat buat kerja tak ikhlas- apatah lagi mungungkit-ungkit semua kerja.

Ok fine, banyak pula aku luah kat blig akhir2 ini. Nak kata aku sunyi tu, sangat. Aku mmg rindu syarikat yg dulu. Aku mmg rindu staf2 lama, tapi apakan daya aku ni mmg seorg pdiam n adakalanya malu tetiba(org ckp tntg aku), aku tak nafikan pon sbb tu byk je fitnah blh kata aku sombong sbb aku kurang bckp dgn staf2 dulu mlainkan hal tertentu. Dulu mmg aku agak syadid,aku jaga hanya ckp hal yg penting cyh bkaitan syarikat, gerak kerja,kritikan,pbaik pulih. Aku kurang ckp hal2 org yg x bfaedah pd aku, sikap manusia yg kalau dibicara blh jd umpatan yg x kehabisan ditelan waktu..

Ya, aku luah mcm ni sbb aku rindu..aku rindu sesuatu pada masa dulu2.. Ya Allah ampuni ampuni sbb sia2kan masa yg berbaki ini. Ada masa lagi, bangkit dari down, bangkit dr segala kekusutan. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan.

Thanks klu ada jgk org baca luahan aku ni, sbb aku suka menulis so sambil2 tu selit je apa yg ada jauh di sudut hati aku. Dan aku pon start nak asah balik mata pen, lama dah jari kaku. Dan terutama pd Azma, hari ini dia curi2 baca semua diari aku, musofat harian aku pon dia baca! Buku tu mmg aku dah sembunyi xde org pernah baca..ish2

Aku harap Allah thabatkan hati ini. Jaga niat. Jaga tarbiyah diri.

Bila sendirian mcm ni, aku terpaksa korek semua ilmu yg ditimba dulu n paksa diri utk penuhi muasofat tarbiyyah, sebab sorg2 takde staf2 yg bgerak sama2 mcm dulu. Mujur dikurniakan housemate yg thabat jgk. Allah betul2 pilih ke jalan. Thabat. Aku mahu ilzam!



Nikmat keberkatan waktu

Alhamdulillah selepas post sebelum ini mengenai masa. Masa yg tak disedari hilang begitu sahaja, dengan kerja remeh yang tak berbaloi dengan masa.

Selepas itu, aku rasa ada something wrong dlm khidupan aku. Mungkin aku tak berjadual wktu tu, namun sekalipun berjadual mcm still x logik.

Apalagi,aku buat keputusan menangkap pencuri2 masaku, delete sume icon fb,watsap,viber di hanphone sbb rasanya perkara ni yg buat aku tleka apabila dianugerahkan waktu panjang terutama time petang, cuti sekolah.

Nampak agak syadid..tapi tak lah..aku still blh contact family dgn watsap di tab,yang hanya jarang2 aku buka di tab. Begitu juga fb, awalnya aku mute notification, last2 padam je terus icon tu sbb aku perhatikan diriku ini, bila tiada masa nak buat apa2 (maksud aku mgkn aku blh guna waktu ni utk beribadah,baca buku,tgkt ilmu,buat senaman, makan ke-sbb aku kurus-) ,aku akan buka fb n scroll newsfeed dari atas sampai ke bawah. Kadang2 tak sedar pun, makin lama makin syok, scrolling n scrolling dah2 setengah jam, baca status komen, dah2 sejam.

Fuhh kalau aku scroll quran mesti dah berjuzuk2.. Tp quran plak pegang bila kita ambil wuduk pastu nk tunggu kwn2 lain plak siap bwuduk utk solat bjemaah, masa yg secoit tu je utk pegang quran.jadi baca pon x syok dah, xleh tengok makna,tafsir sebab hanya 5 minit je..tu pon kalau kita siap2 awal la.kalau dh org lain masuk takbir pastu xsempat plak solat sunat..???

Alhamdulillah timbul rasa bsyukur yg mendalam sgt sbb Allah bagi sedetik utk aku bfikir, sedetik aku bhenti sejenak dari kehidupan yg panjang, sedetik aku menilai umur dan masaku, sedetik aku mengenangkan waktu muda dan sihatku ini.

Dulu aku bekerja dengan sebuah syarikat ubat gigi, jadi tiada masalah. Semua prog,semua tarbiah diri rasa terjaga. Sejak syarikat tu bankrup atau aku dipecat, sejak tu la masa aku mula byk. Bila masa dah byk, tak fikir kpd kerja, tak fikir kpd dkwh, mula la jarum2 syaitan menyucuk2. Ha, baru aku sedar betapa bahaya. Baru aku rasa nak bjemaah, baru rasa nak taubat!

Apabila aku dah delete semua tu, aku doa betul2 supaya Allah bantu aku ingatNya, bantu aku bsyukur dgn nikmatNya dan bantu aku beribadah. Bila fikiran terpenjara(tak baca hal org len di fb dsb) fikiran akan beralih kpd apa yg aku nak capai. Kan aku dh post waktu awal dtg sini, apa yg aku nak..

1. Fasih bahasa arab ammi n fushah
2. Hafiz quran
3. Alim bab fiqh(takhasus aku)

Ok, klu first tu, mmg sampai bila pon kira tak fasih tp blh la ckp sikit2 at least drpd xde lgsg. Aku plak cuba peruntuk hari jumaat sbg hari mengajar bahasa arab, sbnrnya bkn mgajar pon tp lbih kpd utk mlatih diri aku bcakap arab n komunikasi awam. So klu free2 blh la dtg hari jumaat jam 8am hingga 12 utk akhowat shj.

Opss minggu ni doc abd jaleel yg suka bgurau pd setahun yg lalu masa aku amek usul fiqh 2 dulu,dah dtg balik jamiah. Dia panggil no aku, xde sape myahut pastu bila sebut namaku, aku pon kata la,

 فكرت رقمي اربع وعشرين
Aku igtkan no aku 24

توان، رقمك ثلاث وعشرين
Tuan, no kau 23

Aku pon jawab la اه (oao) mcm org arab sebut yg bmksud naam. Aku tak bermaksud pon nak cakap ammi lg dlm kelas, aku pula dh tahun akhir. Pastu terus je doc ckp

ناضرة اه ليس بالفصحة. لا تتعلمي لسان الخطاء عند العرب. اه بعنى كأنك تشعرين بالألم
Nadhirah, oao bukannya berasal dr bahasa arab fushah, jangan ko pelajari kesalahan lidah arab. Oao tu dibunyikan pd waktu sakit.

Pastu mcm bese, satu kelas gelak. Kwn arab pon tsengih2 sebab diorg thu aku ckp dgn diorg ammi.ada yg cuba2 bagitahu doc aku fasih ammi.tp mujur doc x dgr. Tetiba sorg melayu duk sebelah aku, mcuit lenganku,"ishh nadii ni..." seolah2 kurg suka aku mjwb doc begitu.aku kesal kalau org lain fikir aku sengaja nk bckp begitu, tp sebenarnya bukan aku sengaja, aku tbiasa sebab mmg style pckpn arab begitu. Cth kalau melayu, bila tak faham akan kata," hah?" tentu sekali tak dpt ubah walau kat pelulsok dunia mana pon melayu berada. Dan bila faham, melayu akan terbiasa sebut "oooo" dengan nadanya sekali. Jadi aku sebenarnya terbiasa dan tersalah.

Nak je aku jwb kpd doc, bkn aku yg pelajari ammi tapi aku ter-efek bila bckp dgn org arab lahjah mereka. Tapi aku tunduk malu sebab doc mula dh bgurau mcm2. Pastu aku ckp الفعو (maaf doc). Ok, sad story. Takpela nadi, lain kali aku akan lebih berhati2.

Kalau no 2 tu.. Hmm memang aku sedang cuba, aku masuk az zikr utk mhafal. Masuk juga markaz hafsah utk tahsin tilawah. Tak tahu la, sbnrnya dh tahun akhir tp aku cuma mampu beberapa juzuk shj ,tu pon x lancar ghaib penuh. Sedih tu memang selalu, kesedaran tu mmg dtg btubi2, tp disampingnya mungkin ketidak ilzaman tu ada.

Cop2 aku selalu doa2 supaya dikahwinkan dgn org yg dah hafiz, supaya aku dpt bljr n tasmi3 dgn teman sehidup, so hidup aku akan bahagia dengan quran sekali. Aku selalu doa, ya Allah, makbulkanlah. Huhu tapi mungkin xde jodoh lg. Takpe yg penting aku kena kuatkan usaha lps ni.

Opss sewaktu tahun 2 hari tu doc abd jaleel memang pernah tawarkan aku utk bkhwin dgn arab sbb ilmu. Aku pon ad ada fikir jgk tp secara ghalibnya arab ni bkn taste aku tapi bila fikir2 rasa rugi di situ sbb mana tau peluang ilmu aku tbuka luas. Mcm sorg malay dah khwn dgn wanita arab, pemuda malay ni dh pandai dh ckp arab, isterinya dulu ckp kat aku masa awl pkhwnn diorg,  aku lbih fasih drp suaminya tp skrg dia kata setiap hari dia ajar suaminya dan alhmdulillah suaminya lbih fasih. Jealous btol. Tp sgt bmanfaat, mereka pon dikurniakan bbrp org anak yg comel. Kalau masalah perbezaan adat tu biasala, mcm mslh rumahtangga jgk. Jd xde mslh klu sape2 nk berumahtgga dgn arab,janji banyak sabar la sbb tahu2la prgai kbykn diorg camne..hehe

No 3, nak jd alim dalam fiqh tu perlukan byk mbaca n faham. Aku suka semua bab fiqh, kecuali yg agak aku berbelit2 n payah nk faham adalah bab fiqh ekonomi.huh!bertuah kalau ada otak mcm ust zaharudin.

Sekarang tahun 4 semua org ckp psl khirij, ckp pasal kerja. Aku jadi makin bdebar2, aku takut masyarakat terpa aku dgn panggilan ustzh bila dah balik, tp tahap ilmu sekadar isi siput.

Dan tetiba aku teringat kata2 doc azman penulis buku travelog sungai furat dan dajlah (lbih kurg mcmtu tajuknya), katanya dulu dia belajar pergigian di Iraq,mcm2 kesukaran dia tempuhi. Dan yg paling menusuk dihatiku katanya, dia pergi dengan duit mak ayah dan sekiranya musim kemarau, org kampung pon faham2 pakat hulur duit kat mak ayah dia utk kirim kat dia dan dia dari keluarga yang susah, so katanya takkan balik2 ke malaysia dia nak buat kehidupan sendiri sedangkan dia belajar dgn duit org kampung.

Tetiba aku tersentak, dahlah sejak aku bersara dr syarikat ubat gigi(jemaah la) aku tak ambil tahu langsg hal ummah, mcmmne balik nanti aku sanggup nk tabur bakti? Ke nak balik buat kehidupab sendiri? Kena plak kalau kahwin dgn org yg tak faham bab ni, lagi la menyorok duk dlm rumah nanti!

Tak boleh2, aku mesti berubah. Mesti ubah diri aku, mesti ubah cara kehidupan aku jgk nanti. Moga2 Allah redha.


Pencuri atau Penipu?

Aku rasa sebab aku tak pernah gagal kut
Atau
Sebab aku ulangkaji benda yg sama(walaupun tak igt2 jgk)
Aku rasa sebab aku dah jemu

Tapi

Jauh di sudut hati, aku nak
Aku memang teringin yang tiada ragu

Apa yg salah?
Atau apa yg bermasalah?

Atau

Banyak dosa ni
Ilmu tak nak masuk2
Bukan 2,3 kali aku buka kitab
Dah hampir 4 bulan aku telaah kitab ni

Ada yg tak berkat ni
Bukan aku tak faham walau tulisan Arab
Dah berkali2 aku khatam faham
Kemudian lupa, hilang begitu saja

Terkadang aku rasa mcm perlu dilempang je
Biar terhentak jantung,tersedar sikit
Aku sedang menggelamun ke
Atau hidup dibuai2 mimpi?

Hoi nadhi !!!

Tak sedar jugak !

Hoi belajar hoi !!!



Jap rasa malam tadi tidur tak berapa lena, heh.
Pepagi dengan cicitan burung ni
Nyaman pulak rasanya, tetiba.

Ye la.
Sedapnya tidur
Mana tahu boleh dapat semangat bila bangun tidur
Walaupun sebelum ni semangat tu tak dtg pon lepas bangun

Mana tahu,kut2 kali ni
Semangat study+hafal tu datang
Boleh jadi kan?

Syaitan berbisik,
Cis!

Rasa macam best jugak kalau isi perut ni,
Tapi batoto dah habis, nanti nak ke mall

Hmm hujung minggu basuh baju la
Pastu hari ni turn aku masak

Quran ada tasmi3 minggu ni
Kerja sekolah
Satu...
Dua...
Satu dua subjek je
Takpe boleh dalam masa sekejap je.

Tapi bila?!

Hoii nadhi !!!

Dia tak mula2 lagi.

Oh, tengahari ni ada program Permai sampai ke petang.
Esok dah start sekolah.
Seminggu berderet tanpa ada cuti dlm 5 hari.

Alamak, sibuk jugak tu!
Kalau tak belajar dulu mesti blur doc cakap apa nanti!

Alamak tadi bagun jam 4 ..sekarang dah jam 7!
Peliknya...
Dah 3 jam rupanya aku hidup hari ni!

Tapi mana bukti hidup aku?!
Jap
Refresh
Tekan butang history

Tadi jam 4 tengok msg+ reply sikit2+ scroll newsfeed fesbuk
Pastu aku panaskan bihun n aku makan
Pinggan aku tak basuh lg kan?
Tu ada atas meja lagi tu.

Opss hehe...

Pastu aku letak baju2 kotor rendam dlm mesin basuh
Pastu aku baca2 blog orang,
Dalam 6-8 post, tak panjang sgt pon
Pastu skrg buat blog sendiri...

Aik?
Korang ada perasan
Nampak tak disitu,bulu kening kanan dinaikkan
Ada ketidak telusan di situ, bukan?

Imagine,
Takkan la kerja2 tu boleh ambil masa 3 jam.
Tak masuk akal!
Sejam pun kira dah lama nak buat semua benda tu...kan

Kan?

Arghh aku tak percaya!
Nampak tak ada orang yg curi masa aku kat situ
See?

Sape?
Masa curi masa?

Boleh jadi... Kut.

Wait!
Masa boleh ke curi masa?
Eh jap nadi...
 kau kata masa curi masa kan?

Ye...

Cuba buat ayat kenyataan dan sempurna,pastu baca macam baca berita fakta.

Ok.
Begini, masaku dicuri masa.
Waktu aku bangun dan hanya melakukan kerja2 ringan, ternyata ia mengira tempoh yang sangat lama. Masa memotong tempoh 3 jam utk hanya melunaskan kerja2 kecilku di pagi hari.

How could??!

Aku masih tak percaya,
Betul ke hari ni aku dah hidup 3 jam yg lepas?
Sekarang telah 7.25am,
Sesuatu yg tak masuk akal!
Hey,
Aku betul2 maksudkannya.

Hmm..
Cuba kau pandang bahagian atas handphone, tengok nilai bateri dan waktu di sebelahnya...
Nampak tak??

Ok, bateri 51% tepat pada jam 7.28am!

Nice,
Kau tenung sampai bateri low 1%...

Ye dah 50%
Erk..
Pada jam 7.32 am ?!!
Demi Allah, aku tidak berpaling walau sekelip pun dari touchscreen ini,
Mustahil!
Mustahil telah berlalu 4 minit dr sebentar tadi hingga ke saat ini.
4 minit!

Sekarang aku tanya kau nadi, how could?!

Sekarang aku nampak!
Masa menipu aku!
Licik!


الوقت كالسيف، إن لم تقطعه قطعك !!

الوقت كالسيف، إن لم تقطعه قطعك !!


Masa tu benar2 sebilah pedang, jika kau tak memotongnya, dia akan memotongmu

Sebelum dia memenggalmu, tekan butang "post" cepat2!!!









Hidayah Jadian

(Lama x buat puisi,harap masih ada yg sudi upgrade kan)

Tuhan,
Jika langit masih terbuka
Palingkan ku dari maraan waktu
Detiknya tentu tak melayar padaMu
Pesona enggan tak pernah diulit hilang
Dinihari yang masih saja berpanjang

Wahai roh ditiup berjasad

Langit sedar sudah setia terbuka
Pada ketika airnya mencurah
Melembutkan batu saat ia pejal
Namun masih tangan enggan menadah
Kiasan yang tak sama dengan hatimu

Wahai roh yang akan diadili

Utusan Tuhan pada satu persinggahan
Disinari bebayang memadu keindahan
Dijangka datang pada penghujungnya satu kesempatan
Menunggu dengan harapan keajaiban jelmaan
Tatkala fana dunia takkan pernah dijangka



Begitu jiwamu wahai insan

Lambaian mimpi belum terlerai
Kesedaran masih tak menyedarkan
Mengharapkan insaf datang sendirian
Hidayah jadian satu mainan
Apakah yang diharapkan satu penyesalan?


Bila ada yang tak indah

Cerita 1

Pada angin mendayu tak terlalu kering
Waktu kita bersua sering
Dalam sebuah lingkaran kuning
Gamit satu memori hening
Bagai selalu di telingaku ia berdering

Kami berkenalan di sakan kuning. Hubungan yg terlalu akrab sukar aku lupakannya. Dia ibu,ayah,kakak,adik bahkan buah hati kepada perantau sepertiku. Aku rindu. Sangat rindu. Kami tiada penat berahsia walaupun berlainan bahasa.

Apa daya,kisahnya perit mengubah periang kepada pendiam.aku langsung tak dapat mengenalinya.

Apa salahku, takdir juga memalitkan namaku dari keakraban bertukar keterpaksaan berjauhan.menjadi kejutan hebat buatku.

نمسح كل الشئ بيننا"
"وانتي من ذكرتنا
(سأمسحك)

Cerita 2

indah bukan hanya ramadhan
Waktu langit kita hanya awan
bukan kebaikan bahkan Quran
Sekarang kau pergi ke medan
Meninggalkan dunia dgn ganjaran

Semoga dia aman di Syria.
Jika dia memilih untuk berada tinggi di mata TuhanNYa,

بلى في مقام قلبي فقط بلد الشام
ستنصرون

Cerita 3

Saat langit segan-segan menampakkan mentari
Dia sudah tunggu di kerusi pagi
Dengan kitab fiqh yg mesti difaqehi
Menelaah ilmu samawi
Tanpa jemu ditekuni

Balik dari malaysia, aku terus terpa jamiah. Dan tangan itu seringkali menamparku. Alasan aku mengabaikannya. Kami cukup cemburu jika ada antara kami mendapat kawan baru. Aku tak mahu kasihku dimadukan,begitu juga dia.

Berpelukan. Sentiasa kolar baju kami basah, kerinduan yg tak pernah hilang (aku menulis dgn air mata).

kami tak pernah kisah rakan2 lalu-lalang menonton adegan kami. Terkadang saling memarahi macam laki bini, terkadang sweet melebihkan couples, terkadang membebel tak semena-mena.

لا أعرف أن أدرس بدونك
حبيبتي

Dan kemudian...
Tak semua malam disinari bulan
Tak semua saat pula ia muncul mengambang


Kadang-kala dalam hidup kita, tak setiap detik akan indah. Saat-saat perit muncul untuk kita kuatkan diri. Aku, pada saat kehilangan mereka, aku benar-benar hilang arah. Aku sangat sayang mereka, ibarat keluargaku di sini.

Mereka ini yang bertanggungjawab mengajarkan aku bahasa arab dan fiqh islam. Semoga Allah balas jasa mereka, dimanapun mereka berada. Semoga..

Jika aku tak layak ke syurga,
Mereka menjemputku ke dalamnya.

الله يشفي و يعافي